Tuesday, September 28, 2010

mari beli prescription frame

smalam saya pegi beli spek mata. yela, dah kata rabun kene la terima hakikat rabun kan. kalau power stakat 100 tu boleh gagah lagi jalan tanpa spek. tapai kalau dah lebih melampau itu, tak payah la over confident sangat kan. terima kasih buat penyumbang utama iaitu channel 712 dan juga "Latip" si macbook pro ku. hahaha. kan bagus kalau rabun sbb baca buku ke kan. well, patutnya buat entry ni smalam. ni dah beli baru kecoh nak buat entry ni. citpodah.

sebenarnya saya ingin berkongsi informasi tentang pemilihan frame spek mata mengikut bentuk muka. fyi, beli frame sunglasses adalah amat berlainan sama sekali dengan beli frame prescription glass. kalau sunglass tu lebih kepada glamorama dan fabulosity. tp kalau prescription glass lebih kepada kesesuaian kerana kita akan pakai nya dalam masa yg lebih lama. so utk memastikan muka kita cute2 dan cantik2 seperti mereka2 di bawah ini, sila kaji bentuk muka anda sebelom membeli prescription glass yg sesuai so that takdela nampak lebih makcik-makcik. ini berlaku utk spek saya sebelom ini. mr hubs slalu panggil saya makcik bila saya pakai spek tu. so saya end up pakai contact lense je manjang. tidak bagus okeh.




so untuk memastikan spek anda akan menghasilkan anda yang lebih kiut, pls examine your face shape first! so lets start.. mula2 senang je, tangkap gambar diri sendiri dalam focus yg agak close-up, then baru nampak bentuk muka tu bentuk apa. spek yang akan dipilih harus la dapat membantu kita kelihatan lebih cute. remember that :)

PEAR SHAPE

kalau muka mcm ni nampak pipi bulat dan plumpy sbb dahi dia lagi kecik dari bahagian dagu dan pipi. so kene pilih frame yang agak square dan bersegi supaya dapat balance kan bahagian dahi dan dagu serta pipi. so takde la nampak chubby sgt. :)

HEART SHAPE

ok kalau bentuk muka mcm ni, terang-terang bahagian dahi paling luas. so kita kene tambah keluasan pada pipi dan dagu so nampak lebih balance. kombinasi frame berbentuk bulat di bahagian atas, square di bahagian bawah adalah sesuai.kalau boleh, pakai rimless punya.

OVAL FACE

sapa ada oval face mcm ni mmg blessed! sbb sentiasa nampak muka kurus je. so apa-apa frame boleh tp elakkan yg geometrical punya ok.

ROUND FACE


untuk round face mcm saya, mmg agak sukar. sbb kalau dah bulat tu tgkp gambo cemane pun buruk. hahahahaa. so, utk "slim down" kan muka sket, harus pakai square frame. tak bole pakai frame lain. nnti nampak lagi chubby. lepas tu jgn pilih frame yg bold sgt. tak sehsuwaiiii

SQUARE FACE


square face pun jarang meghadapi masalah. cuma frame yg dipilih harus dapat membantu menumpulkan bucu2 empat segi tu ye. so bolehla pilih yg berbentuk bulat. jangan pilih square punya. nnti lagi nampak muka bersegi-segi. semi-rimless would be a great choice!

then smalam kami pegi kedai spek regular yang slalu kami pegi. dekat miri ada bersepah kedai spek. tp kami tetap akan pegi kedai ni. sbb kedai ni adalah sole distributor utk oakley. ye mr hubs adalah oakley-freak. tak tau dah brape byk dia perabih utk oakley. so secara tidaklangsung saya juga kene beli oakley. (hancur harapan mahu beli tag heuer). tapi yg best, kedai ni ada alatan canggih yg saya tak penah tgk kat KL. maybe skarang KL dah ada kot. :P

1)mula-mula dia buat eye screening mcm biasa
2)then masukkan data-data , result drpd screenig tadi.
3) then tanpa perlu bangun, dia buat eye test guna computer. haa tak perlu bangun utk pergi masuk bilik khas dan pancar huruf2 tu kat dinding ke. pastu dia monitor ikut komputer je. mmg canggih manggih ok. saya amazed skejap.
4) power saya maintain. cuma silau saja naik. owhh abaikan peningkatan size badan di situ.
tengah-tengah tunggu mr hubs punya turn check mata (of course la dia nak sepasang jugak. padahal baru je beli spek dia tu. takde org dlm setahun beli berpasang-pasang spek ye. kita bukan waris donald trump ok ), saya pun gatai2 la pi try2 sunglass yang ade kat kedai tu kan. yg best nya, saya try ini.
selama ini hanya mampu tgk je kat tv kan. hah, harini ade depan mata. fyi, its not so expensive. senang cite, product mampu milik la :)


source: mr google, LLC, Moscot.

1 comment:

ohtheaida! said...

aaaaa.knapa nampak sagat tu tumbesaran badan tu kak miiiiiiii! hihi ;p