Thursday, September 16, 2010

45 fakta dan auta hari raya 2010

1. mula-mula dah confirm tak balik. dah siap telepon mak bapak mintak maap sume ckp tak bole balik
2. bukan tu je, siap dah beli nasi himpit adabi instant byk2 konon pagi raya nak mkn ketupat ngan kuah kacang
3. last minute mr hubs decide utk lari skejap. kire cuti wiken je la. bukan cuti raya
4. so beli tiket balik semenanjung very last minute.sehari sebelom. harga dia toksah ckp la, bole beli LV dua bijik
5. route kitorang dalam masa 2 hari: Kuala Belait-Miri-KL-KT-KB-KL-Miri-Kuala Belait
6. dah kata tak jadi balik so mmg la tak kesah sgt ngan baju raya. senang cite takde baju raya la. kire final decision nak pakai baju vietnam tu je la sbb tu yg plg baru pun. lgpun mr hubs ade baju melayu warna pink. konon matching la tu.
7. songkok pun kelam kabut pegi cari kat town mlm sebelom berangkat. tapi sempat jugakla beli mercun satu plastik. prektis utk sukan komanwel akan datang
8. mula-mula packing ingat nak bawak cabin luggage saja, sbb takmo check in. tp skali kalau dah bawak semua keperluan cam towel la kasut la sampin la sume tu, jadi tak muat. so tepaksa bwk beg besar sket yg mmg tak bole bwk masuk cabin. kene check in
9. mr hubs sempat pegi keje dulu pagi sebelom nak bertolak balik
10. driver dtg pukul 11pagi. flight miri-kl kol 430pm.
11. sampai airport sangap sebab ade 2-3 jam lagi b4 boarding. hampir bukak puasa sbb tak tahan tengok cheesecake starbucks dgn coffeejelly frap edition.
12. tapi memujuk hati dengan beli cikedis bika dan double decker. jajan paling agung masa skolah.
13. pastu withdraw duet utk duet raya budak2. haha. mmg tak sempat nak tukar duet kecik2 dah. untung budak2
14. naik je flight, tapau food utk berbuka. kene pulak takde plastik. tepaksa bwk kotak centu
15. sampai klia, ade gap sejam before flight to KT. sempat perabih duet beli coklat2 utk bawak balik since takde bwk balik kek lapis ke ambuyat ke kan.
16. dlm boarding hall, semua dah ready ngan food.kfc la, nasi bungkus la, mcd la, sandwich la. maghrib pukul 735, boarding pukul 745. tak ke haru. tp elok je announcement dah masuk waktu, semua org khusyuk ngap makanan masing2. kitorang berbuka bika!
17. masuk je flight, elok signal tali keledar tu padam terus bukak food tapau td. makan tanpa mengira perasaan org sebelah. lapo ok.
18. sampai KT, bag sangkut kat KL sbb MAS dah overlimit bawak brg org balik umrah punye pasal. parah parah parah. esok pagi baru dpt, first flight from KL-KT. kol 930pg.
19. kene pulak staff MAS dekat KT tu cam haram. report tak amek sume. suruh dtg esok je. gile la. kitorang pun stress gak wey.
20. masing-masing emo. pegi town carik berus gigi, disposable panties dan contact lense solution. yela, takkan nak share.
21. sampai rumah, mmg mata dah tak larat bukak. borak2 skejap. pinjam baju tdo dgn SIL. pastu iron baju yg maid mr hubs bawak dari kemaman.
22. pagi raya- pinjam telekung, tudung, accessories dan ape2 yg bole dipinjam dari MIL and SIL.
23. lagi hebat, kami pasangan paling anggun sebab first year kawen patutnye manis2 lagi. tp mr hubs pakai baju kuning, gua pakai baju merah. tangkap gambar dah macam alien.

24. dah amek bag kat airport, mr hubs cepat2 tuka baju. time tu gua dah malas nak tuka baju. nak kene iron dia leceh. so takpelah, at least takdela teruk sgt cam merah-kuning kan.
25. lepas amek2 gambo, pegi visit family belah papa. pastu visit rumah2 family rapat. mmg tak bole nak pegi semua la kan sbb time constraint yg melampau. yg best, album kawen dah siap utk kemaman's side. cantik!
26. kol 4.30pm, bertolak ke KB dihantar oleh BILs. sampai di rumah untie kol 7.15pm. pegi rumah untie sbb untie nak kasik pinjam kete. muahahahha. takdelah, dia buat kenduri kesyukuran beli rumah baru.
27. soalan pertama mama, "ko mengandung ke gemok sgt ni?".. cet!
28. tengok family gua pakai baju baru sedondon lagi cantik dan glemer, lagi gua kecik ati. :(
29. lepas babai BILs balik KT, kitorang amek kete untie pegi KB. yela, kete abah mane muat. sume dah besar.
30. check in di kampug halaman-renaissance hotel. baru ada rasa ruang bernafas seketika. lepas tu nana hand in kad raya from nisa, eita n aida. owhh dakula insan paling gembira!
31. mlm tu patut pegi rumah sedara tapi mama tak larat. so abah suruh bawak mr hubs jalan2 Kota Bharu since this is his first time since kid. so pusing2 berbangga dengan kemajuan negeri kelantan. hahahhaa. pastu lepak tepi sungai dekat ridel hotel.
32. esoknya, pegi studio amek gambar family. ni aktiviti wajib hari raya. tu yg byk frame gambar kat rumah tu. kedai gambar pilihan adalah kedai gambar yg sama every year, sebab ni kedai gambar mama ngan abah dari kecik! KEDAI GAMBAR MEDO.
33. time ni la baru ada perasaan satu pasang suami isteri sbb pakai baju sama. hahahahaha.
34. Pegi ziarah kubur tokmek dan sedara2 belah mama dekat pasir puteh. dlm kereta, gua dera mr hubs dengar radio kelantan. hahahaha
35. pastu ziarah family belah abah pulak. yg kelakarnya, kitorang still dpt wedding gifts dr unties & uncles. rasa cam takdela semalam baru kawen kan.
36. sepanjang jalan penuh org kenduri. mmg styke skarang kenduri time hari raya eh?
37. skali lagi takbole pegi semua rumah la sbb kene balik kemas brg sbb flight KB-KL pukul 10pm mlm tu jugak. sambil kemas, mr hubs ajak iman pegi main ps3 kat brunei. selamba dia tanye, ps5 blom ade kan? haha. advance adik aku
38. sampai dekat airport KB, mak ai dia punya ramai manusia dah cam nak pegi haji. tau la raya kan, sampai sorang bawak 2-3 bag. pastu staff dekat kaunter airasia tu mmg super lembab.
39. lepas check in, konon nak belanje iman kfc. beratur sket nye lama sampai boarding time dah. abah ckp next time jela. nnti takut tak sempat. kesian iman.
40. elok nak masuk boarding hall, flight delayed 1/2 jam. hampeh. naseb baik 1/2 jam je. mmg airasia takkan jadi 1st choice la pasni.
41. pastu naik flight jadi blur kejap sbb duduk plg depan, pastu dekat dinding tu penuh sign2 org yg tak dikenali. teringat zaman naik bas mini yg seat depan kita penuh conteng2 tak tentu hala.
42. sampai KL dah pukul 11.30pm. check in di Concorde Inn. diorang ckp sini byk cite hantu. hohohohohooo
43. esok tu pukul 5pg dah angkut bag pegi breakfast. gelap lagi. dah mcm bersahur dah.
44. amek 1st shuttle bas pegi KLIA. flight KL-miri pukul 8pg. pastu baru perasan gambo dgn family gua takde ok dlm camera ni. diulangi TAKDE! punya la sebok raya sana sini. sedih :(
45. selamat sampai di Kuala Belait pada hari raya ke-3. dah tak pakai baju raya dah. dah tuka uniform pakai suar pendek










apepun, selamat hari raya aidil fitri dari kami berdua. mohon maaf andai ada terkasar bahasa terguris sini sana. dtgla beraya di rumah. HAHAHAHHAHA.












saya harap raya saya tahun depan akan lebih tersusun dan organised. harap maklum.

4 comments:

miszeita said...

Pernah amek gambar kt MEDO jugak... fames la kedai tu! Ekekee ;p

schmellow said...

aah kedai tu femes giler. kalau raya 1st day, amek nomo pagi tengahari baru sampai turn amek gambar

farahayuni said...

crazy life :P

Suraya said...

LOL.. can't believe u can jot down semua fakta2 tuh.. hehehe.. nice family picture btw.. selamat hari raya!