Friday, August 12, 2011

Thursday, August 11, 2011

Pahala Cium Anak


this entry was taken from mishawads. thank you for sharing :)
........................................................................................................
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
------------


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.

Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
----------------------

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
--------------------
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
-----------------------

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."
Sabda Nabi SAW;
"Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
---------------------
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
---------------------------
Seorang lelaki bertanya;
"Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"

Jawab baginda;
"Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi;
"Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW;
"Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

............................................................................................

Ammar Hafiy, come here mommy wanna kiss kiss :* :*


Tuesday, August 9, 2011

Birth Story of Ammar Hafiy



14 Julai 2011
Daddy: baby, bila nak keluar ni?? Daddy dah tak sabar. Baby keluar la cepat2 sikit.
Baby: banyak cantik!! <-- ok ini rekaan semata :P

15 Julai 2011
Subuh. selalunya time ni baby will actively moving in my womb. tendang sana sini. stretching lagi. taichi toksah cakap la. maybe baby nak kejot mommy dia bangun solat subuh. hehe

tp harini, baby mcm tak bergerak pun. pastu siap sakit lagi kat bahagian pelvic. panic sedikit. sbb takut ada apa2 yg tak best in there.

told mr hubs bout it. dia panic banyak, terus ajak pegi hospital. ishhh jangan laa nak beranak dahh. mommy nak tengok Harry Potter ni ptg ni kat Pavillion. kalau nak keluar pun, tunggu mommy abes tgk muvi dulu k. :P

then off we went for breakfast. seksyen 7 menjadi pilihan.

sakit tu dtg lagi. tp takde la sakit sampai pengsan. masih bearable. off to Kuala Lumpur!
dalam kereta, cubaan utk menelepon dr seri bermula. yela tanak la amek risk ape2 kan. skali dr seri blom masuk. so tried to explain to the nurse what happened to me. bla bla blaaa dia suruh dtg hosp. lepas letak tepon, assistant dr seri, rafeza called. eventually talked to her is much more better than the nurse before. maybe sbb selalu jumpa dia kot. hehe. the same thing, dr seri asked me to go straight to the hospital for ecg. ECGtu actually shortform utk electrocardiogram. satu device utk monitor baby heart rate and contraction level.

sampai PCMC terus get ready utk ecg. procedure ni hanya nurses saje yg buat. nnti the result will assess by the doctor. procedure ni dlm stengah jam centu. so you will need to lie down on the bed with the device attached to your tummy. we met dr seri for the result. alhamdulillah by graph shown, everything is ok. even contraction pun blom ada. kehkehkehhh. dr seri dah terkekek2 gelak ckp this is false alarm!! tp bila buat ultrasound, baru nampak rupanya kepala baby dah start engaged. we cant even see the baby's face anymore. sbb dia dah ready down there. OMG! mcm tak pecaya pls. :P

tersipu2 malu bila mr hubs teased me with Harry Potter thing. rupanya dr seri pun nk pegi tgk harry potter the next day nya itu. so she asked me to "check-in" by tomorrow night since there is no "show" that i'll be in labor by today.so harini konon pegi have fun and makan apa2 yg makan before the confinement. hahhaaha

16 Julai 2011
mr hubs did the repacking of mommy's and baby's bag. yelah, bab2 mcm ni i mmg akan angkat bendera putih. he is far more organized than i am. (p/s: amirul ajri, tlg jgn kembang dgn ayat ini pls). harini pun takde nak pegi jalan2 mana2. try to maximize my time in my own bedroom. yelah pasni kalau dah balik, of course la takkan naik atas sampai abes pantang. so lepak2 borak2 with mr hubs. cerita itu ini tengok2 dah petang. then kemas2 sket baby wardrobe and baby cot. set up confinement room dgn apa2 yg perlu mcm flusk, bottle warmer, bottle sterilizer, fridge, bla bla blaaa......

malam, after solat berjemaah with mr hubs, we recited surah yassin together. sayu je rasa. mmg berharap sgt baby lahir on nisfu syaaban. besar makna hari tu. segala doa dimakbulkan. then get ready to the hosp. abah n mama ikut sama. katanya, nak pegi hantar org nak bersalin. tp muka takde muka mcm nak bersalin. boleh tergelak2 mengilai2. haahahhaaa. sampai je ward, busy amek gambo. ye lah. ni je last nak amek gambo berdua ni. pasni dah ada anak, dah bertiga. lgpun view pun cantik. bukak mata nampak KLCC, KL tower sumer. then, tuka baju pakai baju hospital. did the ecg. kalini dah ada contraction movement. tp masih tak rasa apa2. mama n abah balik. then we ordered mcdonalds. sebab LAPAR! sebenarnya di hati nak mkn chicken hor fun oldtown kopitiam tu. tp mcm kesian pulak dgn mr hubs nk kene kuar pegi beli. plus dekat pcmc, kol 1030, lif utama dah tutup. so nak keluar masuk kene tawaf sket pegi keluar masuk guna emergency unit. jauh tu. called my lalink, skali dia tengah melepak dengan aida dan nuwul di Murni. alahai. tade rejeki.

11.00 pm: first "seluk" dibuat. sakit pls! check2 baru 1cm dilated. woohooo very long time to go. nak bersalin kene 10cm dilated ye adik-adik. nurse tu suruh cari apa2 yg bole distract the attention. at least jgn fikir dia tgh nak seluk tu. tau tak ape kitorang buat? main sudoku dekat ipad! hahahhaahhaa. and it works! maybe sbb ku mmg suka main sudoku so bole divert the focus to the game. so mmg pasni harus ku main sudoku everytime nak diseluk!

mcd sampai. melantak atas katil hospital. siap posing lagi. haihh mmg takde rupe nak beranak.
lepas melantak, borak2 with mr hubs. then he recited surah maryam thru the ipad. tak sia2 kasik ipad kan. hahahaa. owh surah maryam tu utk mudahkan bersalin. still borak2 while he's on the sofa bed, and me on the hospital bed. sampai dia berdengkur.

and i, CAN'T SLEEP!! sakitnya pinggang. alahaiii. mmg ku berjalan mundar mandir dlm bilik tu sbb tak bole tidur sakit pinggang. sakit pinggang yg len macam ye. bukan biasa2 punya sakit pinggang. kejot mr hubs suruh picit. tp kalau dah nama tidur tu, haihhh picit tak sampai semenet sambung balik berdengkur dia.

17 julai 2011
5.30 pagi: tak tahan sangat sakit pinggang. told the nurse yg dtg buat ecg. then she did "seluk2" lagi skali. adoiii kalau la ada cari lain nk check bukaan selain seluk2 ni kan bagus. lagi haru, i am still 1cm dilated. tak bergerak pun ok!!

7.00 pagi: breakfast is served. MIL called soh mandi siap2. nnti nak labor dah wangi. kang dah sakit sangat tak sempat nk pk mandi dahh. then sambung tido sbb mengantuk sgt smalam tak tido.

9.00 pagi : dr seri datang. she did the "seluk" by herself. kalini mmg super sakit. lagi sedih, masih lagi 1cm. damn!! dr seri will come back in 2 hours time for next assessment. pastu, mr hubs turun bawah cari breakfast. sian dia lapa.

11.00 pagi: sakit makin hebat. contraction makin kuat. mmg baring je. nak angkat muka pun tak boleh. ribut petir puting beliung rasanya bilik tu. mmg sakit sgt. sakit tu dtg every 5 minutes. sakit dia tak sampai semenet pun. tp sakitnya semenet tu mcm sejam. contraction graph pun mmg horror. turun naik dia dah mcm org sakit jantung. dr seri came and "seluk" again. this time i am 2cm dilated. HAHAHAHAHA what the hell baru 2cm? sakit mcm nak mati dah ni. cant imagine nk tunggu lagi 8cm to go. *gila sekejap*. dr seri suggested an epidural. sbb 2cm pun dah ceni. takut nnti 10cm dah takde energy nak push. mr hubs pun said the same thing. so i agreed for an epi. midwife dtg bagi ubat bersihkan kolon dulu. then baru pegi labour room.

at PCMC, epidural procedure is done in labour room. senang nak monitor patient after that. since i opted for an epi, so i need to sign a consent form . masa tu mmg kalau bole takmo baca lah segala risk lah ape lah. yelah, sbb dah sakit sgt tak tahan dah ni. epidural procedure kejap je. tak sampai stengah jam. then i need to stay in labour room. yg bole masuk sini hanya suami, ibu dan ibu mertua sahaja. org len tak boleh! tupun gilir2.

suddenly, my blood pressure dropped. my baby heart rate pun slowly decreasing. midwife dlm tu mmg tak senang duduk. she put me an oxygen mask. so that baby pun dpt oxygen. but still baby's heart rate is not convincing enough. mmg la cuak kan. dlm hati dah doa mcm2 dah. baca apa2 yg terlintas. tanak ape2 jadi dekat baby. sbb in this case, kalau baby heart rate masih lagi tak improve, maka c-sect la jawabnya. ohh nooooo. tp alhamdulillah, doa dimakbulkan. baby's heart rate makin stable.

after epidural procedure, lunch is served. ye la tadi kan tak sempat lunch. owhh lupe nak ckp. menu dekat pcmc ni sedap okeh. except for the confinement menu. menu biasa, mmg tiptop!!
maka, i'm having lunch in labour room. hahaha. ko hado??

of course la mak-mak ni bila dah dengar anak dah masuk labor room, terbayang anak tengah bertarung menahan kesakitan. tp bila mama masuk, hampeh je katenye. betul ke nak bersalin ni bole sengih2 lagi ni . hahhaa. same goes to my MIL yg baru sampai dr Kemaman. siap ckp ni kalau tengok muka ceria mcm ni, lambat lagi ni nak bersalin ni. hehehe.

selepas bersuka ria receiving guests ( ala mama ngan MIL je pun :P) , mr hubs pulak masuk. kalini dia dtg suap makan. yela, tangan dah penuh jarum nak pegang sudu pun susah kot. i know at this time, mr hubs is much more nervous than i am. tp kontrol macho lettewwww!! dr seri ckp, kalau ikut theory, ikut buku, normally 1cm dillation will take about 1 hour. so kalau 8cm to go tu, lama lagi la tu. dalam hati still dia supaya baby sempat lahir nisfu syaaban. walaupun tarikh tu valid sampai asar je. takpe, everything is possible kalau kita yakin dengan kuasa Allah. :)

3.oo petang: dikejutkan dari tertidur utk another "seluk". apparently tak sakit sbb dah amek epidural. hahahaaa. at this time, i am 4cm dilated. hhmmmm. mr hubs ckp, mama abah MIL FIL semua2 yg dtg nak pegi makan. sbb diorang dr sampai pagi tadi blom makan lagi. since baru 4cm, so semua pun pegi makan tanpa susah hati. mr hubs mula-mula nak join. tp nnti takde sape tunggu pulak. so he stayed :)

3.30 petang: sakit bahagian pelvic. pelik sbb dah amek epidural suppose takkan rasa any sakit. and sakit tu makin lama makin kerap dtg. told mr hubs. he said sabar. banyakkan selawat. baca doa. tarik napas..bla bla bla.. told the midwife. dia pun pelik. so she increased the epidural dose. but still sakit tu datang jugak. mr hubs asked the doctor to come.

4.00 petang: dr seri tgh di bilik sebelah, tgh attend another delivery. mr hubs kept on holding my hand while i cant take the pain anymore. mmg dah menangis dah time tu sakit sgt. tak faham kenapa sakit. time ni mmg baca semua yg ingat. mr hubs nampak restless sbb dah tatau cemana nak tolong wife dia yg sgt helpless. apa yg dia bole buat, pegang tangan, pegang dahi, kiss dahi. ulang tindakan yg sama berpuluh kali.

4.15 petang: dr seri is finally here. seluk punya seluk. then she said "owh its time. baby is ready for delivery". on the spot mr hubs menangis, tatau la nangis panic ke nangis terharu ke nangis tak bersedia. :P dr seri and two other midwives were busy preparing the labor while mr hubs makin kuat genggam tangan. dr seri suruh mr hubs amek air selusuh ke apa2 air doa yg ada, and inform the family. alhamdulillah ada air doa yg Ki buatkan .masa tu baru teringat blom mintak maaf lg ngan mr hubs. mr hubs dtg bawak air dan suapkan ke mulut. abes minum ku mintak maaf dgn mr hubs kalau ada salah silap terkasar bahasa termerajuk ntah apa2 sume tu. mr hubs hanya jawab dengan senyuman + air mata. alaaa sensitipnyee laki aku nehh..

time ni mmg dah lupa cara bernafas hee hee huuu tu dahh. nak kire pun rasanya mr hubs pun tatau nak start kire katne. sakit makin sakit. naseb baik ada dr seri and midwives. diorang dah mcm cheerleading team dlm labour room time tu. every encouragemnt make me stronger. dr seri asked me to push bila contraction dtg. ingat ye adik2 time ni muka kene rapat di dada dan jgn angkat bontot anda. bila dah nampak kepala baby, dr seri asked mr hubs dtg tengok. terpaku seketika. then final contraction dtg, ku push abes-abesan. lalu keluar lah seorang bayi dr perutku. (sumpah sampai sekarang pun blom pecaya!!). dr seri letak baby atas dada while asking mr hubs to cut the cord. menggigil tangan mr hubs. hihihi. lepas potong je baru baby nangis. uweekkkk uwweekkkkk uuwweekkkk. then baby was brought to the other side and mr hubs azankan dengan tersedu-sedu.

dr seri keluarkan uri and jahit apa2 yang patut. after that, baby was taken to the nursery for cleaning and measuring. while saya dibersihkan disitu juga. i was so damn tired but relieved. kami sgt bersyukur dengan pemberian Allah yg tidak terhingga ini. Alhamdulillah, Ammar Hafiy lahir 2 menet sebelom asar. so masih lagi Nisfu Syaaban. syukur segalanya dipermudahkan :)

Ammar Hafiy, semoga Ammar tahu its not easy for us. Mommy carry Ammar 9 bulan kesana kemari.Daddy pulak time ni ikut je ape yg mommy nak sbb kite jauh dr family di Malaysia. tiap2 bulan mommy n daddy fly back to Malaysia for your check up to ensure that everything is fine. bila mommy dah 7 bulan, mommy dah tak bole amek risk terbang sana sini lagi. so mommy kene balik duduk Malaysia, berjauhan dengan daddy. kesian daddy. makan pakai takde sapa uruskan. tdo pun atas haunted couch depan tv je. daddy lost weight sbb slalu makan kat kedai yg tak sedap tu sbb mommy jauh nk masak utk daddy. tp still ada spare tyre lagi la kat perut. :P. tp daddy slalu balik. duet abes dekat tiket kapal terbang je. tapi takpe, we just wanna make sure everything is ok. we sacrificed a lot for you son. mommy and daddy harap, Ammar Hafiy jadi anak yg soleh dan mendengar kata nanti. :)


sekali lagi terima kasih buat semua doa yg mengiringi kami di labor room. tidak lupa yg sudi meluangkan masa melawat kami di hopital dan menghulurkan buah tangan untuk Ammar hafiy. :) semoga peroleh keberkatan dariNya. sekian

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan ya kareem

Ramadhan dtg lagi. :)

haih lambat betul mommy nih. harini hari ke-3 puasa baru nak wish selamat menyambut puasa. ape kekdah nii???
mintak maap la u ollz. sejak ada baby ni mmg haru biru tunggang terbalik la kejap kehidupan (konon masih dlm adaptation stage) :P. cerita bersalin pun blom sempat nak share. haishhhhh. yg tu sbb tunggu mr hubs balik dr singapore sbb buku catitan bermula dr checked in ke hospital, sampai lah bersalin ada dgn dia. hehe

tp ape pun, 1 Ramadhan tahun ni org len sebok start puasa menahan lapar dan dahaga kecuali kami berdua. ecehhh berpantunn pulakk. tapi kalau nak tau, 1 Ramadhan, dengan jayanya Ammar Hafiy telah dibotakkan oleh ayahandaku. selamat semua rambut. licinnnnnnnnnn..

kata org sunat utk cukur semua rambut sbb rambut tu kan datang dr dalam perut lagi kan. lagi sunat kalau sampai 3 kali. ada org siap cukup 7 kali. lagi melampau 41 kali pun ada. ok tuh dah extreme sgt la kan. utk Ammar Hafiy, kite tengok pulak la cemana nanti. hehe.



bila dah botak ni, nampak lagi cute pulak. hahahaa. nampak bersih sket. :P ye lahh, harus la daddy dia yg diperantauan tu nyanyi lagu dambaan pilu bila berfacetime tengok anak dah botak kan. hahahhaaa


tp apa pun, selamat menghayati Ramadhan kali ini. semoga ibadah kita semua diterima.
satu petikan dari majalah Solusi bulan ini,

" Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda ; "Allah berfirman: "Setiap amalam manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk- Ku dan Aku yang memberi ganjarannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nyata, Puasa itu hak prerogatif Allah.




oleh itu, Ramadhan ya Kareem dari kami sekeluarga.



out first family picture. complimentary from Prince Court Medical Centre.