Tuesday, December 28, 2010

KL aku datang!


HOYEAHHHHHH KUALA LUMPUR TUNGGU AKUUUU!!!!


Ecewahhhhh. feeling nak balik kampung halaman macam dah lapan tahun tak balik.
eh harus lah. semenjak ada makhluk bernyawa didalam perut ni, macam-macam dia nak makan.

pastu yang lagi haru, mende-mende tu takde kat bumi brunei pulak tu. tak ke sadis.
kalau nak makan kene masak sendiri. tapi mcm mana nak masak kalau jejak je kaki kat kitchen rasa macam nak muntah. padahal maid dah mop dah aritu. siap spray ambi pur.
apelah naseb badan. tu la, kalau kat rumah mak, nak makan apa mesti mak masakkan.
ok sayu disitu. :( *nyanyi lagu dambaan pilu*
so hari-hari pun tak lalu makan sbb asek terkenangkan makanan-makanan ni.


so ni adalah senarai top-10-must-have-food once i step my feet on KL! kalau ikut list ada doploh, tapi macam pelahap sangat nak letak semua. malu lah ai. awwww..



friendly reminder: ni baby tau nak makan. bukan mak baby. :P



TOP 10




10. Tony Roma's Fried Mushroom
Orang lain kalau pegi Tony Roma's semua pun berlumba order steak. ala, that famous rib tuh la. but for me, order appertizer ni pun dah cukup.sedap giler. makan sambil dip dlm mustard sauce or whatever sauce , u choose. kenyang okay. sbb portion dia banyak giler. so normally, kalau pegi tony roma's, me n mr hubs just pegi untuk tea sahaja. makan mende ni, kenyang perut senang hati, bole sambung shopping. :D


9. chicken nachos fajitas , TGI Friday.
sedihkan kat sini susah nak jumpa mexican food yang sedap dan lazat mcm yg ni. kalau order kat sini, rasa mcm nak pergi masukkan dlm tong sampah serta merta. tapi yelah, kita kan org melayu. masih beradab mulia bersopan santun menjaga hati semua pihak. so harus balik KL kene carik time beli mende alah ni. tak dpt TGI Fridays, Chillis pun sodap. takleh makan kat restoren, tapau pun jadi la.



8. Laksa Penang
tengok gambar pun dah meleleh air liur. ni malas nak google gambar food nih. haih. laksa penang, kat sini tak sedap. enough said. kalau kat KL, laksa penang kat pasar malam pun boleh buat high. kat sini laksa penang punya la meriah ada segala isi ikan ketul-ketul. ai tak prefer yang tu lah you. ai suka yang kuah light-light je. hehe.


7. Subway




kalau la subway bukak kat Brunei, i swear i wanna buy the shares. saya lah kipas susah mati subway. belilah brape inch long, tetap akan ku makan sampai habes. nyum nyum. my all time fav is subway club and italian BMT. memang pojaan hatiku.



6. Otak-otak dan sata
ok yang ni demi mengambil hati mr hubs. HAHAHAHHAHAAHA. tapi otak-otak ni ada dekat kemaman je. original punya. yang ni kat KL mmg takde. kat Kl ada otak-otak chewing gum tu je. kalau kat kemaman, dia punya otak-otak betul2 isi ikan fresh. tastes so sweet. kalau makan otak-otak, kene makan dengan sata. baru complete. sebab otak-otak dengan sata ni cam sehati sejiwa sehidup semati. pastu ada cinta ketiga, nama dia pais. tapi pais ni tak menawan sangat. tapi dia saje je suka dekat otak-otak. padahal, kopok lekor dah lama menghulur cinta dekat pais. dia je jual mahal. eh ni ape pulak nih?




5. Egg Tart
ok yang nih, bukan takde kat brunei. bersepah-sepah ada kat bakery. tapi yang ai mahu makan ni very very very very special. hanya boleh didapati di Pavilion foodcourt sahaja! skali makan yang ni, dah takmo makan yang lain! sumpah tak tipu. tak percaya boleh tanya misz eita atau lalink saya.




4. JCo
kat sini ada Big Apple. tapi dia punya glaze donut tak sama dengan JCO. hatiku masih pada JCO. cintaku pada JCO tidak berbelah bahagi. balik ni, nak beli 48 keping donut JCO. tak kire!! kalau dulu, JCO jadi tempat hangout bersama kawan-kawan selepas melantak. (dah la lepas makan, pastu susah-susah beratur untuk another makanan. buruk lantak) owhh rindunyaaaa.



3. Roti banjir

hah yang ni memang legend. roti banjir kuah dal dengan sambal. aduhaiiii lemah semangatttt. rindu giler nak makan roti banjir. kalau kat sini, dah la mapley tak best. roti canai pun mengecewakan. lebih tepat, kuah dia la. jangan sesekali order kuah dal atau anda akan menerima sejenis kuah yang sangat cairrrrrr tanpa rasa. lagi ada hati nak buat banjir? down giler!


2. Nandos
hah terkejot ke Borneo takde Nandos? ahhahahaha. memang discriminate betul kan. branches sampai ke UK tapi Borneo yang part of Malaysia nih pun takde. sedehhhhhh... harus balik ni makan nandos with the peri-peri sauce. kalau dulu, penakut makan yang flavour lemon and herb je. tapi skarang dah berani ok. so up satu level. sauce pun sama. dulu makan yang garlic je. skarang dah up pergi hot per-peri. hehehee. kemajuan kan? haritu pegi singapore happy gila dapay makan nandos kat sana.





1. Char Koay Teow
kat sini? tarakkk!! koteaw goreng adelah. ok yang ni, ada satu tempat ni mmg superb. iaitu di satu gerai depan restoren amir ali dekat seksyen 15, bandar baru bangi. dengan lebih tepat, depan rumah. hahahahhaa. serious dowhhh char koay teow terbaikkk dari ladang! tempat lain tak boleh celen. tapi adikku kata, skarang dia cam ikut hari meniaga dekat situ sbb dia ada meniaga dekat pasar malam. aisehhh. mencabar nih. tapi wajib makan jugak. disebabkan depan rumah je, so pegi kol 3 pagi pun takde problem.





haaa itu diaaa. basically tu semua food yang slalu makan kalau hidup kat KL. so skarang hidup di bumi borneo, maka dah jadi kempunan pulak dengan makanan rutin di zaman dahulu kala. kalau ikut ada banyak lagi dalam list ni yang wajib makan nanti balik ni seperti red velvet cake di Heavenly, Tutti Frutti, Yong tau foo, bla bla bla bla.. tapi itulah. malu nak letak semua. nnti org salah anggap. mesti ingat mak baby pelahap giler. tapi sebenarnya baby yang nak makan. tak caya lagi? haihhh tatau dah nak cakap cemana.




pastu, saya dengan bangganya mahu mengumumkan saya telah berjaya membulat bagai juara!
maka, baju-baju, kasut kasut, apatah lagi seluar sudah makin ketat. doktor cakap tak elok pakai ketat-ketat. *ehem ehem*



so kebetulan balik ni masih ada sisa sisa SALE di pavilion, klcc, midvalley dan sewaktu dengannya. saya harap saya boleh la membeli belah sedikit demi keperluan. bukan kehendak ye. harus dibezakan keperluan dan kehendak di sini. *ehem ehem batuk lagi*.
bak kata Melly Goeslow, "Di mana malumu? Tak sesuai, dengan wajah itu tak ada uang."



Thursday, December 23, 2010

suami saya sweet


yesterday i spent my whole day watching Giuliana & Bill on E!. if only couch potato is a sport, i think you will find me auditioning for next season of ANTM. hahahhaaa. i dragged mr hubs along to watch it with me after he came home. at that time, Giuliana was preparing a baby shower for her friend. suddenly mr hubs asked me why is she preparing the baby shower when she's not even pregnant? hahaa then i have to explain to him. haihh boys will be boys i guess. then he asked me, when will we have our baby shower since he wanted to do it too. hahahhaaa. kelakar betul mr hubs ni. sabar ok. plus, i don't want to have our baby shower here in Brunei. not fun without my girlfrens. kan? :(


since i have this little pumpkin in my tummy, i get tired easily. very tired that i don't wanna do anything. i just lay down on the couch then slowly fall asleep if nothing good on tv. i feel tired to get online and just enjoy twitting from my bwekbewwy. i have difficulty to choose my meal since i don't feel like eating at all. and blogging? owh i almost forgot that i have a blog. :P


despite of my laziness to blog, (owh its not an excuse anymore. its a reason! blame the pregnancy hormone. :p ) my mr hubs came home with this. i think he bought it online because he said that he had to pick it up from the post office. plus, you can't get such a good book/organizer here. sighh!!


well, i found it so sweet because i think i need it. at least i can do some recording on this pregnancy because i believe that every pregnancy has its own uniqueness. at least this book can help me to create a keepsake to look back on. and it has numerous advices, reminders and checklists for preggers and of course, some beautiful quotes on pregnancy. owh i love it. thank you mr hubs.




the last section of this book is the baby names and their origin and meaning. of course there's no muslim name in here. but i fall in love with this name. DARCY. owhhhhhh..mr darcy mr darcy. i know its the main character in one of the famous movie back then. i forgot what is the tittle of the movie. all i know, mr hubs slept from the first minute when the movie began. well, cik farah, can you pls help me with this since i know this is your fav movie. hehe


last weekend, SLB organized a family day in Empire Hotel. we decided to stay there one night. the hotel is amazing. the building is huge with heavy-classic interior. it has its own cinema, golf course, bowling alley, sea sport centre and etc. no wonder its the most expensive hotel in Brunei. we had a pretty good time there.



this is the latest picture of me and mr hubs. as you can see, both of us now have successfully put on weight with big tummies and butts. pandaikan mr hubs, dia nak cover perut dia, so dia pegang perut kita. cet! but i have to admit, i can't fit in my S size clothes anymore. now its either M or L. give me two more months, i believe i will wear an XL size.


well people, we're going back to KL for my check up. hhoooorrraaaaayyyy!!!
unfortunately, i can't promise anyone to meet because this time i'll be back with my mr hubs. so we need to go back to terengganu for few days as we need to visit the grandparents in Kuala Terengganu as well. (yeah they were soo excited tooo!!!)
but not to worry, because i'll be back to KL frequently. tak sempat jumpa kali ni, kali lain still boleh. hehehehee.

now i am starting my own countdown to go home. i have a list of food (a very long one) to eat when i get back since i am craving for food that i can't find it here. so i can't waitttttt!!!!!!

Thursday, December 16, 2010

s.o.s

nak pilih hospital ni.


do you have any suggestion for good, female gynaecologist?
and recommended hospital to go to?

and which hospital is not worth any penny at all?


help!

Tuesday, December 14, 2010

new addition



first of all, thank you very much for all the hearty wishes. we kept on receiving sweet messages through sms, emails, twitter and FB also ym! . we are so overwhelmed that some of you loved to spend your time sharing with us about your first time experiences getting a bun in the oven. not to forget to all friends and family with a neverending support. not to mention all the propagandas before. hehe



frankly speaking, after finding out about the pregnancy, we were so excited. at first, we were not really planning for baby yet, but if this is called fate, then we are so grateful. alhamdulillah we are the chosen one to be a parent at this age. because there are a lot of marriage couples out there are still struggling for babies. so kami sangat-sangat bersyukur dengan nikmat tuhan ini. mind you, we're not that young. at least, we are still able to send our kids to school without being recognised as their grandparents. hehe.



the first person we called were both of our mums back home. my mom, sarcastically excited and my MIL kinda take it very cool. we decided to stay silent because its too early. at least until we did our first ultrasound. however, for those who has guessed it right, congratulations!! and i can say that you are so good in guessing, lebih tepat, serkap jarang. because, again, honestly we didn't tell anybody except for our parents, until i revealed it in my previous post. i think everyone deserve to know at the very same time because every friends are so special to me. living very far apart makes me realized how important to have supportive and understanding friends and family. i really wish that everyone of you , pray for our lil pumpkin inside.





so this is our first ultrasound done in Jerudong Park Medical Centre. this one done by using vaginal sonographic visualisation. at this time, we could only see the sac. tu nampak tu yang ada kat tengah2. diameter only 4.9mm. very tiny. the gynae done this to ensure that i am having a normal pregnancy. (kalau tak normal,itu ialah pregnant di luar rahim). and if its abnormal, unfortunately u have to remove it. so its good to get it detected while its still early. alhamdulillah, mine is normal.



JPMC is well known as the best specialist centre in Brunei. however, we didn't really favor on the service especially when we knew that we're in private hospital. the gynae was not informative enough, for us. i think its normal for us to ask so many stupid question since this is our first time. and its your task to answer us since we pay for the consultation. not only we got very unsatisfied answer, but also we find that this gynae is sooo irritating, that she can make you lose hope on your pregnancy. pls do not take our difference nationality from you as a problem, since you have your MBBS from UKM.
*sigh*


so, we have decided that we'll be having our antenatal monthly check up done in KL. YABEDABEDUUUUUUU!!!!! i think i am the happiest person on earth. do you know why? because its not easy to have your pregnancy far from your loved ones back at home, especially when this is your first time. i don't know what to do, what to eat, what not to take and etc. i'll share my experience on my expat's maternity on another post. :)










owh, do i have to put up a ticker for my lil pumpkin?




Saturday, December 11, 2010

pengakuan ekslusip. secret revealed!!

hoyeahhh exam sudah habes. susah ke senang ke toksah la tanye okeh. yang penting sudah berakhir penderitaan ku. wahahahahhahahaha. so tak payah dah nak pk buku-buku itu. skarang kita berserah sahaja. :)


orait berbalik kepada top secret itu. apa kene dengan korang nih? nak sangat ke pregnant? aiyooo.
kasik la kami berdua-duaan bermanja-manjaan dulu.
kalau dah ada baby nanti asyik berebut ngan baby je. ahahahhaa.


dia kan, kalau betul pregnant, harus lah ada symptom. atau pun ciri-ciri. ataupun criteria. haih ape-apelah yang org panggil.



so memandangkan ramai sgt yg teka pregnant, so mari kita lihat apakah semua itu ada padaku.






Simptom-Simptom kehamilan



10. Sentiasa berasa lapar
-alah yang ni bukan kalau tak mengandung pun lapar ke? tambah-tambah kalau duduk rumah je. asek-asek bukak freezer tengok apa ada kan. hahahahhaaa. so ni tak boleh pakai.




9. Sembelit
- kalau korang nak tahu, saya adalah pesakit sembelit yang azali sejak di zaman bayi. kalau org normal akan buang air besar sehari sekurang-kurangnya sehari. saya? seminggu pun boleh. hebatkan. so ini pun tak boleh pakai!







8. Kekerapan membuang air kecil
- ha ini lagi skali saya tegaskan. saya lady of leisure. duduk rumah tengok tv je ke keje. tak pun keluar melepak. tak ke aktiviti itu semua melibatkan minum air. so bukan ke tak pasal-pasal kerap membuang air kecil. haihh.. ni pun tak boleh pakai!






7. tumbuh jerawat
- aik, abes budak-budak skolah yang naik jerawat tu takkan mengandung kot? alahaiii. no no





6. paras suhu badan yang meningkat
- ini pun lagi satu. memandangkan saya sukar buang air besar, maka sememangnya suhu badan saya sentiasa panas. kalau cam demam tu, dah panas garing mcm goreng pisang baru rasa demam. lagipun saya kan too hot too handle. wakakakakka. vole?








5. loya dan muntah-muntah
- ini simptom paling kuat kalau kita pregnant kan. tapi masalahnya, saya tak muntah-muntah pun? how?







4. gangguan penglihatan seperti kabur, penglihatan berganda, apa-apa lah berkaitan dengan penglihatan
- sudah sedia ada rabun. terima kasih! so tak bole pakai jugak. huhuhuhu. tak percaya lagik?




3. sakit bahagian bawah abdomen yang teruk di satu sisi atau kedua-dua belah sisi
- bukan kalau pesakit asma memang akan sakit abdomen ke kalau ada attack? damn! tak boleh pakai jugak. :P







2. Payudara semakin membesar dan sensitif dan aerola semakin menggelap
- jap nak check. aah la cam besar sket. hahahaa. tapi bukan payudara kita mmg sensitif ke? gelap ke tidak nnti tanya mr hubs eh. HOHOHOHOHOOO





1. kerap sakit kepala
- kalau ini, saya salahkan teks book! yelah self study bukan senang okay!







alahaiiiii.. baby owhhh babyyyy....











ok itu semua adalah simptom-simptom andai betul kita hamil. tapi kalau kita tak confident cemana? yelah kalau saya ni boleh dikatakan 90% pun takde dlm simptom tu. so apa kita boleh buat ialah pegi guardian atau watson, beli pregnancy test kit sendiri. yg ni bole test-test sendiri okay. so kalau betul positive, maka boleh la terus berjumpa dengan doktor untuk pengesahan dan tindakan selanjutnya. tapi kalau negatif, sila berusaha lebih gigih lagi.
































so apa yg berlaku kepada saya???? tell me tell me. gedik pulak kan. :P




































































jeng jeng jengggggg.....................


























































































































setelah empat pregnancy test saya buat memberi saya result yang mengelirukan. maka saya terus jumpa doktor. maka yang ni mmg sah-sah la tak boleh keliru lagi kan. sbb ni govt hospital yer. tak bole tipu-tipu. nanti kene saman. malu kerajaan.






so keputusannya ialah:













































































































































































































alhamdulillah. Allah kurniakan rezeki buat kami :) .... satu hari mr hubs pegi kerja dengan senyuman tangkap lentok. saya tahu mungkin terlalu awal untuk saya announce sbb ni baru minggu ke-7. tapi seriously, saya perlukan doa untuk kawan-kawan untuk semuanya selamat dan sempurna. so kalau tak bagitau macam mana nak mintak tolong doakan ye tak? so pls pls plssss doakan kami ye.




hi. nama saya baby bam bam







owh kitorang ada buat ultrasound di Jerudong Park Medical Centre. tapi yang tu nanti lah. next post. bagi chance kitorang senyom senyom dulu. :P

Sunday, December 5, 2010

edisi ibu mertua





been busy.







very very very very very very busy..











MIL, FIL, SIL, BIL are here since friday.
and i just toooo busy to get online.















Facebook, Twitter, Blogspot, do we really know each other?













but, seriously i am so happy with them around.
great food, nice people to talk to, funny jokes to laugh at,
which at the same time juggling hard to make everything seems perfect.
the cutleries, the kitchen, the dishes, the refrigerator, the bedsheet, the couch,
the floor, the carpet, the laundry, and etc has to be dustless, clean,
well-folded, well-arranged, fresh, shiny and the best position it can be.
(yelah, aku kan tgh jaga anak dia kan)








see, i am a happy people :)







so for the time being, bye bye text book and practise kit also the past year papers. i really don't have time for you. i dunno how will i sit for my exam. but i know for all these, god must have granted something in return. we will never know. Insyaallah.


















and of course, about the top secret, i'll reveal it right after my party buih. i won't forget. do not worry. owh i'm going to attend this party buih after my exam. hoyeah!!
















A Mother-in-Law and Daughter-in-Law relationship is a mystery. you'll discover it yourself soon.but mine is so wonderful. alhamdulillah. hehehehehe.






















tapi, harini masuk hari kedua dah bangun-bangun mak mertua dah siap-siap sediakan breakfast untuk kitorang. siap fork and spoon teratur di atas meja. siap cuci toilet lagi.. wuwuwuwuwuwuuuu...




Monday, November 29, 2010

top secret


kawan-kawan,






there is something i wanna tell you.


tapi ni mmg top secret.







tapi.






























tungguuuuuuu la dulu. bagi saya masa sket.


sbb ni kan top secret.














sape pandai bole teka-teka dulu. sape betul dapat adiah. :P

Saturday, November 27, 2010

dua alam

jangan salah sangka dengan title entry for this time. its not dokte rozmey's. tapi ini dua alam yang lain ok.

ok this one is going to be a very short one. because i am so running out of time.




alam yang pertama:

I wanna congratulate this sweet couple, my cousin Uyaa + Tawfiq for their wedding last week.
and again, i missed another important wedding. (yes i know i have so many to be missed out.. wuwuwuwuwuuu )

and being so excited from afar, we didn't miss to check out their wedding picture on Facebook since the first day!!
lagi kelakar, takde. we knew that the newly-wed must be very busy since they had their wedding 3 days in a row. nikah-sanding-bertandang. tapi takkan lah takde org upload through mobile ke, live from the event. we were so upset. dah la tak boleh attend, pastu tak bole tgk live pulak tu. hahahahaa. gedik kan. then only the pictures were uploaded after all the event. OMG the wedding was so beautiful. Uyaa, you looked so stunning in all the wedding dresses. make up?? of cos la i like the one with Saidatulnisa's touch.

well Uyaa and Tawfiq, congratulations again. selamat menempuhi alam perkahwinan and semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. :)



owh that she's wearing the same crown that i used to wear on my wedding day. so lepas ni akan diturunkan kepada next bride-to-be didalam family. so sesiapa nak kawen, claim crown dengan Uyaa ye. hehe


alam yang kedua:


Year End Sales is here again!!! ye lah. but this YES can be much more meaningful to me if I were in KL.
Luckily no one email me of the picture of YES that going on right now. hahahhaaa. but i found this one very interesting.
i found this at Jezmine's,she is a young and talented fashion designer.





owh how I wish I am in KL. are you going to splurge your money on YES???? hahahahaa. tricky questionnnn..

do you guys know her, or ever heard about this young lady?



p/s: told you. my dua alam is not dokte rozmey's dua alam

Friday, November 26, 2010

kepala apa yang sedap?


mintak mahap la kalau title entry ni meruntun jiwa ya anak-anak.
jangan lah gatai pikir mende lain.
walaupun harini hari jumaat pun, takde maknenye nak letak entry bukan bukan okay. yelah, blog ni dibaca segenap lapisan masyarakat. semua jadi silent reader eh. ahhahahaha.




tapi itulah.

apakah kepala yang paling sedap?

















nak tau tak?
















jeng jeng jenggg

































kepala paling sedap semestinya ialah....




:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v


perghhhh... kepala ikan tenggiri laaa yang palong sedap. tambah-tambah masak gulai kuning tu. memang meleleh air liur sampai ke siku.

gulai kuning ni, mmg femes di negeri-negeri pantai timur. sbb pantai timur mmg terer bab makan-makan ni. kalau dulu balik rumah arwah tok mek, mmg confirm penderaan usus-usus perut dan pankreas akan berlaku. mana tak nya, pagi-pagi buta dah breakfast dengan nasi bungkus sorang satu. belom lunch. belom dinner. belom kira kueh mueh senggang waktu-waktu makan utama. mmg balik 2 hari weekend pun boleh naik 5 kg. sumpah tak tipu.



so walaupun sedang bergelumang dengan buku-buku dan jugak nota-nota, (konon sebok study lah tu.. katanya!) tapi, ini bukan satu alasan untuk tidak menyediakan makanan apabila anda telah bersuami ye anak-anak. walaupun anda bukan lah manusia yg jenis makan lunch ke brekpes ke, tapi kalau suami ada di rumah, sila lah rajinkan diri masuk dapur masak ape-ape yang patut. org ckp nak jaga suami kene jaga perut dia dulu. haaa itu lah, sampai dah macam pregnant 5 bulan dah tu. tatau dah nak buat cemana. kene beli jusmate dokte rozmey lepas nih. HAHAHHAHAHAHAHA


ini adalah rutin harianku di rumah. menelaah buku-buku ACCA yang tak best ini. i don't know why i feel so tortured.azab giler. kalau bukan sebab hanya tinggal lagi 2 paper sahaja, mmg aku pejam mata tak abeskan ACCA. tapi mengenangkan susah payah meluluskan diri menghabiskan berbelas-belas paper (termasuk paper yg dah exempted) , so macam bangang je kalau tak abes kan. at least, bole lah up sket value diri sendiri kalau ada ACCA kan. yelah, kat market, graduan Accounting bersepah kot. so utk be one step higher dari org-org ini, mesti ada ini hantu ACCA. so kalau pergi kerja, gaji best sket la kan. sbb yelah, takkan nak bagi gaji sikit, ingat nak pass ACCA ni senang ke. tapi takpe, harus yakin. tambah2 skarang ada doa mr hubs bersama-sama. baik, saya boleh!

sambung cerita gulai kuning ikan tenggiri tadi. actually senang je nak buat tu. mama ajarkan. yg ni tak payah tumis-tumis. so i likeeee.

bahan-bahan:
santan + air, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, asam keping, cili padi, air, secubit gula dan garam, dengan ikan tenggiri.

cara-cara:
1.tumbuk semua bahan (kalau malas blend je) ,kecuali ikan dan asam keping.
2.santan kacau dengan air.
3. masuk semua bahan tumbuk dalam santan,kacau then boil atas dapur.
4. masukkan ikan dgn asam keping.
5. gula dan garam secukup rasa

kalau ade nenas, masukkan slice kecik2. perghhh.menjilat jari wa cakap lu. tapi harini takde nenas, sbb malas nak keluar. kan tgh study kan. masa itu emas pls.





so hidangan ni makan dengan sambal belacan. mmg superb!!




so ini hidangan kami "sekeluarga" pada tengahari jumaat. yelah, mr hubs balik skejap before pegi smayang jumaat kan. so makan simple2 je tayah meriah-meriah sgt. yang penting, ini makanan yg seimbang tau. ade telur dadar sket kire on lah. air guava campur grape sbg pencuci mulut. tak kuasa nak masak puding-puding ke jelly-jelly ke di ketika ini. after that, dua-dua orang makan tanpa bercakap menghayati keenakan gulai kuning ikan tenggiri.



ape rase?







marveles!!



Saturday, November 20, 2010

mode: tragis

this article is short. but i cried like a baby when i read this.



thank you hatim for sharing.



now mr hubs, pls take me to Harry Potter 7.

Thursday, November 18, 2010

my make up story?

i swear i don't do make up so much. maybe because i am too lazy. but i admit that i love buying make ups. maybe just for collection purpose. or maybe to feel good that at least i have the make ups. haha. LAME!!!


but they are playing tag on twitter. like i tot we only play tag on facebook or in blogpost. sape cakapp kat twitter pun boleh tauu nak tag-tag. so the topic for this time is Your Make Up Story.


no i don't have any make up story to tell. its because i don't have any story to tell about.but i do click on the stories submitted on youtube. and i find it soooooooooo interesting. and this is one of them. maybe i take this as my favourite.



i loved to see this girl. i might not be as girly as she is, but i love the confidence that she gained from make up. she transformed herself and the message is just soo clear. after watching this, i realized that we don't need to be rich to feel fabulous! because we're born with it. you just have to discover yourself. :)


well people, just be yourself. do what feels best for yourself.

Wednesday, November 17, 2010

Korban 2010

kalau hari raya Eid-Fitri haritu tak jadi beraya di perantauan, tapi kali ni raya Eid-Adha kami tak terlepas beraya di perantauan. hehehe. kalau kat kampung kita, mesti macam semua org berduyun balik kampung atau kumpul dengan family utk beraya. lebih tepat untuk korban lembu. atau lebih tepat lagi melantak daging korban. waduhhduhhhduhhhh.....


Alhamdulillah tahun ni, kami juga korban satu bahagian. tapi dari jauh saje lah. tapi demi meminimumkan rasa rindu pada kampung halaman (padahal rindu nak makan daging korban :P), so haruslah buat apa-apa yang patut kan. so kitorang decide untuk buat makan-makan sikit sempena hari raya nih. jangan tanya lah expert ke tak. kalau nak seribu daya kan? hehe. pastu baju raya pun dah iron siap2 dengan sampin skali. raya sakan okeh.


so bila inform kawan-kawan, diorang pun get excited. and diorang pun ada masak-masak jugak pastu bawak dtg rumah makan sama-sama. hehe. kitorang masak nasi minyak ayam masak merah acar buah dengan murtabak. iszwan masak nasi himpit kuah kacang. pojan bawak kek lapis sarawak dengan puding jagung. kamal tolong bancuh air bandung soda. ana masak mee goreng dengan bawak puding hersheys. so mmg la meriah jugak. kurang la sikit rindu kampung halaman kan. bukan tu je, perut pun boncit macam mengandung 6 bulan. parah parah.

ini makanan sebelom sampai mee goreng dan puding hersheys.


so apa yg korang korban this year? eh salah la soklan tu. apa definisi korban untuk korang?
(sambil lagu "berkorban apa saja" jadi background music)


well for me, tahun ni mmg banyak actually sacrificed. org nampak ke tak,tahu ke tak, tak kesah la. janji pengorbanan kita tu ikhlas. and this thing, i prefer to call it as a compromise rather than a sacrifice. get married to an expat needs you to live apart from your family and friends, even to give up your career. lagi sadis, u'll missed out all the sepcial occassion back at home. tak kesah la wedding ke gathering ke. but i take this to be so great that i have a chance to be a great wife to my husband.


to live my life as a housewife is not something that i dreamt off previously. i used to have a very busy life with a career in hand, where i need to get up and work off my ass early in the morning and come home very late. i am so determined in whatever i do. i am a person that won't do things halfway. and of course, it is quite a big adjustment to me. i don't have to do it anymore. i have my own sweet time and i have nothing to worry about. its a peaceful life, seriously. and knowing me myself, i can easily adapt to any environment. so i get busy with errands, activities, volunteering and etc to get myself occupied.


even more, i enjoy taking care of my hubs.
i do him laundry. kalau dulu, perkara paling perlu di jauhi adalah kemeja kerja lelaki. owh i hate it. skarang hari-hari pun kene iron baju ni. naseb baik iron ku ade steam steam.

i make the bed for him.change the bedsheet frequently. if i were away, he rather sleeps on the sofa. sbb takmo kemas katil. susah katanya.apakah?

i go grocerries shopping by myself. tak perlu tunggu laki balik baru nak ajak pegi beli barang. ini boleh mengoptimumkan masa untuk bermanja-manja.

i clean the house. vacuum hadiah kawen kawan-kawan skolah jenan mmg sangat berguna. plus mop2 yg import jauh dari ikea mmg gasak la kalau tak guna kan.

i cook for him. 6 months ago, i am zero at cooking. but at least now i make a good progress. and improving. dan tanpa segan silu siap jemput org makan. walaupun tu 1st try. tinggi siot level of confidence kan. hahahahaa.

solat berjemaah. tahu tak anda akan rasa ketenangan maksima bila anda solat dengan suami anda. betulll tak tipu. priceless.

mr hubs pergi dan balik kerja pasti akan disambut oleh org paling comel di rumah. ahhahaa. tak ke hilang stress suami kejap kan?

blom kira tido yang ditemani insan paling seksi. kahkahkah. then bukak-bukak mata pagi-pagi terus lihat org yang paling anda cintai terbongkang di sebelah anada adalah tidak boleh didapati di mana-mana supermarket.

and honestly, i won't do these at home. itu belom masuk jadi pendengar setia, peminjam bahu, rakan gossip, rakan tengok wayang, pembantu peribadi, rakan berebut remote serta rakan meraba-raba.


so why i do these? so at least i can serve my husband when there's still time. at least saya ada peluang jadi isteri yang baik dan solehah untuk mr hubs. nnti kalau tuhan dah tarik masa saya and saya dah takde peluang jaga mr hubs macam sekarang yang saya jaga, at least saya tak regret, sbb saya dah buat yang terbaik. saya cuma mahu mr hubs bahagia bersama. :)


ada org ckp saya kawen dengan mr hubs sbb saya materialistik. meh saya cakap. pengakuan ekslusif ni. kalau saya materialistik, mestilah saya kawen dengan org lain. sbb mr hubs bukan org yg boleh spend on me. tambah-tambah sekarang dia sorang je keje. maybe korang nampak kami hidup mewah. but trust me, semua org ada masalah masing-masing. mungkin kami boleh cakap, ini rezeki dan berkat Allah bagi dekat org yang dah kahwen.dan lebih penting, Allah telah menjanjikan syurga dan kelebihan yang tak terbanding bagi wanita yang mentaati dan membahagiakan suaminya. itu adalah segalanya. jangan lah terlalu tamak mengejar dunia ya kawan-kawan. sebab semua ni pinjaman saje. lupa eh?


saya ada copy dari mana ntah saya lupa. tapi ini benar-benar bermakna untuk seorang isteri macam saya.

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a. katanya: Baginda Rasul s.a.w telah bersabda: “Seorang isteri yang beriman kepada Allah tidak dibenarkan memasukkan seseorang ke dalam rumah suaminya jika orang tersebut tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan keluar rumah jika hal itu tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan patuh kepada sesiapa pun di rumahnya kecuali kepada suaminya. Seorang isteri tidak boleh menjauh dari tempat tidur suaminya dan tidak boleh menyakiti hatinya di tempat tidur. Sekiranya suami merasa dizalimi ataupun tersinggung maka isteri hendaklah berusaha untuk melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan suaminya reda dan memaafkan. Dan jika suami menerima maka isteri tersebut telah mendapat hadiah dan nikmat paling besar. Mudah-mudahan Allah s.w.t akan menerima permintaan maafnya dan sekaligus menghapuskan dosanya. Lain halnya jika suami belum dapat memaafkannya namun permintaan maaf dari isteri tersebut jelas sudah sampai kepada Allah s.w.t.” [HR Hakim]


“Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” [HR Ahmad]


untungkan jadi isteri. untuk kawan-kawan yg belom kawen, jangan risau. berdoalah. semoga Allah permudahkan segala urusan. setiap yang berlaku ada hikmahnya. apa yang kita mahu belum tentu apa yang kita perlukan.



Woman was made from the rib of man, she was not created from his head to top him, nor from his feet to be stepped upon. She was made from his side to be close to him, from beneath his arm to be protected by him, near his heart to be loved by him.





so people, hows your Eid-Adha? makan daging banyak tak? :) selamat menghayati erti pengorbanan dari kami di Brunei :)