Tuesday, December 28, 2010

KL aku datang!


HOYEAHHHHHH KUALA LUMPUR TUNGGU AKUUUU!!!!


Ecewahhhhh. feeling nak balik kampung halaman macam dah lapan tahun tak balik.
eh harus lah. semenjak ada makhluk bernyawa didalam perut ni, macam-macam dia nak makan.

pastu yang lagi haru, mende-mende tu takde kat bumi brunei pulak tu. tak ke sadis.
kalau nak makan kene masak sendiri. tapi mcm mana nak masak kalau jejak je kaki kat kitchen rasa macam nak muntah. padahal maid dah mop dah aritu. siap spray ambi pur.
apelah naseb badan. tu la, kalau kat rumah mak, nak makan apa mesti mak masakkan.
ok sayu disitu. :( *nyanyi lagu dambaan pilu*
so hari-hari pun tak lalu makan sbb asek terkenangkan makanan-makanan ni.


so ni adalah senarai top-10-must-have-food once i step my feet on KL! kalau ikut list ada doploh, tapi macam pelahap sangat nak letak semua. malu lah ai. awwww..



friendly reminder: ni baby tau nak makan. bukan mak baby. :P



TOP 10




10. Tony Roma's Fried Mushroom
Orang lain kalau pegi Tony Roma's semua pun berlumba order steak. ala, that famous rib tuh la. but for me, order appertizer ni pun dah cukup.sedap giler. makan sambil dip dlm mustard sauce or whatever sauce , u choose. kenyang okay. sbb portion dia banyak giler. so normally, kalau pegi tony roma's, me n mr hubs just pegi untuk tea sahaja. makan mende ni, kenyang perut senang hati, bole sambung shopping. :D


9. chicken nachos fajitas , TGI Friday.
sedihkan kat sini susah nak jumpa mexican food yang sedap dan lazat mcm yg ni. kalau order kat sini, rasa mcm nak pergi masukkan dlm tong sampah serta merta. tapi yelah, kita kan org melayu. masih beradab mulia bersopan santun menjaga hati semua pihak. so harus balik KL kene carik time beli mende alah ni. tak dpt TGI Fridays, Chillis pun sodap. takleh makan kat restoren, tapau pun jadi la.



8. Laksa Penang
tengok gambar pun dah meleleh air liur. ni malas nak google gambar food nih. haih. laksa penang, kat sini tak sedap. enough said. kalau kat KL, laksa penang kat pasar malam pun boleh buat high. kat sini laksa penang punya la meriah ada segala isi ikan ketul-ketul. ai tak prefer yang tu lah you. ai suka yang kuah light-light je. hehe.


7. Subway




kalau la subway bukak kat Brunei, i swear i wanna buy the shares. saya lah kipas susah mati subway. belilah brape inch long, tetap akan ku makan sampai habes. nyum nyum. my all time fav is subway club and italian BMT. memang pojaan hatiku.



6. Otak-otak dan sata
ok yang ni demi mengambil hati mr hubs. HAHAHAHHAHAAHA. tapi otak-otak ni ada dekat kemaman je. original punya. yang ni kat KL mmg takde. kat Kl ada otak-otak chewing gum tu je. kalau kat kemaman, dia punya otak-otak betul2 isi ikan fresh. tastes so sweet. kalau makan otak-otak, kene makan dengan sata. baru complete. sebab otak-otak dengan sata ni cam sehati sejiwa sehidup semati. pastu ada cinta ketiga, nama dia pais. tapi pais ni tak menawan sangat. tapi dia saje je suka dekat otak-otak. padahal, kopok lekor dah lama menghulur cinta dekat pais. dia je jual mahal. eh ni ape pulak nih?




5. Egg Tart
ok yang nih, bukan takde kat brunei. bersepah-sepah ada kat bakery. tapi yang ai mahu makan ni very very very very special. hanya boleh didapati di Pavilion foodcourt sahaja! skali makan yang ni, dah takmo makan yang lain! sumpah tak tipu. tak percaya boleh tanya misz eita atau lalink saya.




4. JCo
kat sini ada Big Apple. tapi dia punya glaze donut tak sama dengan JCO. hatiku masih pada JCO. cintaku pada JCO tidak berbelah bahagi. balik ni, nak beli 48 keping donut JCO. tak kire!! kalau dulu, JCO jadi tempat hangout bersama kawan-kawan selepas melantak. (dah la lepas makan, pastu susah-susah beratur untuk another makanan. buruk lantak) owhh rindunyaaaa.



3. Roti banjir

hah yang ni memang legend. roti banjir kuah dal dengan sambal. aduhaiiii lemah semangatttt. rindu giler nak makan roti banjir. kalau kat sini, dah la mapley tak best. roti canai pun mengecewakan. lebih tepat, kuah dia la. jangan sesekali order kuah dal atau anda akan menerima sejenis kuah yang sangat cairrrrrr tanpa rasa. lagi ada hati nak buat banjir? down giler!


2. Nandos
hah terkejot ke Borneo takde Nandos? ahhahahaha. memang discriminate betul kan. branches sampai ke UK tapi Borneo yang part of Malaysia nih pun takde. sedehhhhhh... harus balik ni makan nandos with the peri-peri sauce. kalau dulu, penakut makan yang flavour lemon and herb je. tapi skarang dah berani ok. so up satu level. sauce pun sama. dulu makan yang garlic je. skarang dah up pergi hot per-peri. hehehee. kemajuan kan? haritu pegi singapore happy gila dapay makan nandos kat sana.





1. Char Koay Teow
kat sini? tarakkk!! koteaw goreng adelah. ok yang ni, ada satu tempat ni mmg superb. iaitu di satu gerai depan restoren amir ali dekat seksyen 15, bandar baru bangi. dengan lebih tepat, depan rumah. hahahahhaa. serious dowhhh char koay teow terbaikkk dari ladang! tempat lain tak boleh celen. tapi adikku kata, skarang dia cam ikut hari meniaga dekat situ sbb dia ada meniaga dekat pasar malam. aisehhh. mencabar nih. tapi wajib makan jugak. disebabkan depan rumah je, so pegi kol 3 pagi pun takde problem.





haaa itu diaaa. basically tu semua food yang slalu makan kalau hidup kat KL. so skarang hidup di bumi borneo, maka dah jadi kempunan pulak dengan makanan rutin di zaman dahulu kala. kalau ikut ada banyak lagi dalam list ni yang wajib makan nanti balik ni seperti red velvet cake di Heavenly, Tutti Frutti, Yong tau foo, bla bla bla bla.. tapi itulah. malu nak letak semua. nnti org salah anggap. mesti ingat mak baby pelahap giler. tapi sebenarnya baby yang nak makan. tak caya lagi? haihhh tatau dah nak cakap cemana.




pastu, saya dengan bangganya mahu mengumumkan saya telah berjaya membulat bagai juara!
maka, baju-baju, kasut kasut, apatah lagi seluar sudah makin ketat. doktor cakap tak elok pakai ketat-ketat. *ehem ehem*



so kebetulan balik ni masih ada sisa sisa SALE di pavilion, klcc, midvalley dan sewaktu dengannya. saya harap saya boleh la membeli belah sedikit demi keperluan. bukan kehendak ye. harus dibezakan keperluan dan kehendak di sini. *ehem ehem batuk lagi*.
bak kata Melly Goeslow, "Di mana malumu? Tak sesuai, dengan wajah itu tak ada uang."



8 comments:

@yU said...

rase macam garlic tu lagi pedas dari hot peri peri.

kHeRoNe NiEySa said...

yeker baby yg nk mkn???mcm mak baby jerk yg nk mkn,hahahaha:P

schmellow said...

aik, garlic lagi pedas? serious ke?
eh betull baby yang nak makan. bukan mak baby. hahahaaa

ohtheaida! said...

HAHAHAHHA!mak aih mende yg cravingnyaaa taleh blah! ni mak babyyyy ni yg nak sgtt. baby nak sweet2 je tuuu. hahahahahaha!

farahayuni said...

notty btol baby tu punye craving iye? hihihihi

kHeRoNe NiEySa said...

tuhler pesal...sblm jd mak baby pun craving sumer bender nie gaks...cmner tuh???hahahahaha

nurl_shzna said...

mimi, i pon dah jadi mcm tu... apa-apa teringat nak mkn je, trus hubby bwk p mkn.. heheh... syok jugak time pregnant ni... semua kemahuaan dituruti.. :D aritu masa blk perlis, teringin mkn laksa penang... so aritu gak kami ke penang semata-mata utk mkn then blk ke perlis semula... ;)

Miss Inaza said...

Looking at those pictures meleleh air liur.. hehe susah kan at Brunei they don't have TGI Fridays, Tony Romas, NANDO's especially.. *sigh* So are you residing in Brunei permanently? =) Btw, Salam kenal..