Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

sejak ada baby

semenjak dua menjak ade baby ni mmg laaaaa tak menyempat nak blogging okeh.
serious tak tipu. yela korang boleh ckp padahal tak keje pun.
let me tell you the real thing. jadik housewife adalah jauh lebih sibuk dan letih dari jadi org kerja tau. tambahan ammar hafiy dah pandai berjaga malam ni. perghhh mmg terbaik lah. boleh dikatakan every hour dia akan bangun utk feeding. pastu kalau mood 0k dia sambung la tdo after minom susu. tp kalau mood cranky, boleh la sama2 stay up. yang tak tahan nak kene pangku pls.

dah siang hari dia busy tdo kita takleh nak tdo. time ni la nak uruskan makan pakai suami. turunk. naik tangga toksah ckp la bape juta kali sehari. blom kire nak pump susu lagi. tu pun makan masa jugak. so its understandable la kalau blog ni cm nyawa2 ikan. hehehehee.

tp yg herannye, takde plak kurus. makin gemok ade la. wuwuwuuwuwuwuwuuu. fyi, jeans time b4 pregnant semua skali dah tak bole pakai. sdikumpul seluar yg tak jeans toksah cite la. bole packing hantar sedekah kat rumah anak yatim pasni. sedih okayyy!!! takpelah, kirelogikla lemak yg dibela yg dikumpul selama 9 bulan nak hilang dlm sekelip mata agak susah la sket kan. tambah2 yg kurang disiplin ni. :P pernah la try mkn jamu after bersalin konon nak kuruskan badan. dah tu tibe2 baby sakit perut. alahaiii sian dia. so stop centu je sbb tanak effect baby. terpaksa la mommy nak kurus cara manual. alamatnye mmg lambat lagi la ni nak kurus.

well, lupakan pasal kurus2 ni. sensitip okey. rasanya kalau nak ucap selamat hari raya sempat lagi kan? so to every readers, selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga. tahun ni kami plan asal nak pakai ijau. mr hubs dah siap dah sepasang baju melayu ijau. skali last minute tukar sbb mama and abah pakai grey. siap belikan mr hubs sepasang baju grey lagi. so terpaksa la kitorang cari baju readymade warna grey sbb nk sedondon la kononnya. ammar hafiy? naseb baik ada baju guess kids yg kawan mr hubs bagi warna grey. hehehee. so bole la sedondon jugak.
korang warna ape? yg saya tau, lalink saya kale ijau. :P

tahun ni mmg byk ammar hafiy dpt duet raya. ada la dalam pat ribu . semua duet tu dah disimpan dekat tabung haji. dah bukak akaun siap okeh. rasanya mommy and daddy dia pun tak penah dpt duet raya sebanyak tu. huhu. bertuah ammar hafiy ni.

lagi few days ammar hafiy dah nak masuk 2 bulan. so far, berat dia dah 4.25kg (checked on 5th sept 2011). so makin berat dan makin kuat minum susu. rambut pun dah tumbuh sket2 after cukur botak haritu. at this age, baby punya vision blom betul2 clear lagi. still black and white version lagi. tp baby akan gerakkan tangan dan kaki dgn aktif skali. mcm tgh kayuh beskal gitu. pastu kalau dengar suara dia akan start cari2 mana dtg bunyi tu. kepala pun dah pandai angkat sket2. paling kelakar, he knows how to coo already! :P

so nampaknyw weekend ni byk jemputan rumah terbuka kawan-kawan. mmg teringin sgt nk pergi. tp mr hubs maybe busy weekend ni. so takleh nk depend kt dia la if really nk pergi. tp nk drive dgn si kenit ni cam tak berani lg. kalau la ada sape2 nk tumpangkan kami dua beranak ni nk pegi beraya kan best. hahahaaaa. kalau tak, kami dok rumah je la. tunggu korang dtg beraya. ok?

okla till then. so this is the latest picture of ammar hafiy. dah besar sket :P



Monday, June 20, 2011

mommy wannabe is writing again


haii, cik yung di sini. bersalin?? eh belom lagiiiiii.. baby masih gumbira di dalam sana tak ready lagi nak keluar ye.

hahahaaaa. so my last update was really A MONTH ago?? bravoo!!
well, blame the baby hormones.. (selagi boleh pakai excuse tu confirm akan ku pakai. ahhahaa)

so i am officially in 34 weeks of pregnancy. Alhamdulillah. everything is ok. at this stage, deria pendengaran baby dah fully developed. so baby dah bole recognize familiar sounds/voices. sbb tu kalau bising2 ke bukak volume kuat2 ke, mak aii kuat nya dia tendang2. babysepatutnya by this week dah reach 2kg. tp last time punya check up (31 weeks), our baby still 1.5kg. haihh baby, mommy rasa cm mommy dah makan byk dah. tp baby tak absorb eh? abes laa kalau semua pun pegi kat mommy. hahahaa. hopefully, by next check up (27th June), baby dah reach 2kg tu.

bila dah 34 weeks ni, Braxton-Hicks contraction dah mula terasa on a regular basis. walaupun ianya hanya false labour pains, tp MIL dah pesan soh siap2 ready with baby n mommy hospital bags. sbb ada sorang Bro-in-law lahir during 34weeks of pregnancy. huhuhuuu. so bag dah ada, just belom packing saje lagi.


owh, we hv attended an antenatal class, last saturday. we chose antenatal class @PCMC sbb mmg nak deliver kat situ pun kan. walaupun a lil bit pricy compared to other places, but it really worth it! mmg penoh bermakna lah senang cite. kelas tu dari pagi sampai ke petang. pagi punya topic mostly on the theoretical parts mcm dietary, pregnancy, labouring, confinement, etc. pastu tengahari dia bawak labor room,nursery and wards tour. then after lunch baru semua yg kene buat practical. exercise, breathing techniques, pushing, bathing baby, massaging bla bla blaaaa.. tp mmg letih la actually.

after antenatal class, me n hubs pegi reunion skolah. iyee, kami satu sekolahhh. kalau ikut hati dan keletihan, mmg rasa mcm tanak pegi. tp kesian pulak dekat mr hubs. dia dah lama sgt tak jumpa kawan2 dia. and kwn2 dia pun kwn2 ku jugakkan. so pegila jugak even skejap. it was actually a bbq reunion. buat dekat shah alam. diorang overnight kat sana. kitorang tak pat la nak overnight dengan boyot2 ceni kan. :P

keesokan harinya, adalah hari menghadiri Baby Shower yg di organized oleh GFS!! kalau ikut schedule, katanya kol 1230 tengahari. tp kitorang dr kol 830 dah ada kat KL pun. so nk soh dtg awal pun tak kesah. hehe. pastu dpt sms soh dtg kol 1pm. so sempat la pegi temankan mr hubs potong rambut kat KLCC sambil mkn eskremmm Fudge n Cream Factory. nyummm nyummmm. owh siap sempat jadi model utk giorgio armani sbb beli perfume. hahahahaa.

baby shower haritu mmg superb!! thumbs up to the organizer. decoration cantik gile. games mmg fun habes. pastu tema pun cun. :) thanks again to all attendees yg sanggup bersusah payah dtg jauh2 meluangkan masa bersama2, to make things happen!!. dah la father's day kan yg patutnya semua pun celebrate ngan bapak masing2. i hope you guys sempat celebrate it after kita balik tu. :) i am so blessed having you guys in my life. nnti baby keluar, of cos dia pun happy sbb ada untie2 dan uncle2 yg sporting habes. hehehee.

so di bawah adalah gambar2 sket2 from baby shower. of cos la gambar semua ni adalah dari GFS yg dicilok dari FB. hehehehee. kalau ikut hati nak letak semua gambar kat sini. tapi paham2 la kan blogspot ni cemana kan. :P

enjoy the pixies! p/s: gambar tidak mengikut turutan

excellent decorations!
semua org sporting giler main games. :)
an attempt "to make a baby". :P
word scrambler of the day- OBESITI!! hahahahha


the table setting. i'm loving it!!

doorgifts and itinerary.
cake cutting! actually it was jelly cutting. hahahaa

in front of Levain, venue of the day.

mr hubs and me in green theme - Parti Islam Malaysia
and baby yg tertonggeng tu sampai harini blom makan2 lagi. ada kat dlm peti ais. comel sgt , tak sampai hati nak makan. wuwuwuu


so itu sahaja untuk kali ini. akan cuba mengupadate sekerap yg mungkin sebelom bersalin ni kan. :P

Wednesday, May 18, 2011

mak buyung pegi wedding

tahniah untuk Puan Wanie yang baru bergelar seorang isteri kepada Mie. :)



gambar diambil dari tuan punya blog. :P


of kos la mak buyung pun terhegeh-hegeh jugak nak g org kawen. yela, dah lama rasanye tak g kawan-kawan MMU kawen. tapi masalah utama adalah :

no 1: baju kurung mmg dah tak muat. baju kebaya?? apa tu?? roti ke??
no 2: tidak mendapat kebenaran ayahbonda utk drive sendiri sbb majlis Puan Wanie ni dekat Shah Alam. pastu malam pulak tu. bukannye ape, diorang takut jadi ape2. alahaii mmg dah frust dah actually. hadiah dah wrap takkan nak kirim je lagi. (macam jadi dekat wedding Atira haritu. wuwuwuuwwu )


lantas, mencuba nasib mengsms gfren di Putrajaya. dengan harapan yg rendah. sbb faham la takkan dr Putrajaya nak patah balik masuk Bangi baru nak pegi Shah Alam kan. aa tak suke nye menyusahkan org ni. tapi try jugak la.

skali dapat reply sungguh positif. yahhuuuuu... melompat2 mak. eh tipu la kalau mak lompat kan. tu nama dia harus dah terberanak dah tu. :P

dengan ini jutaan terima kasih skali lagi diucapkan kpd gfren mak yg berada di putrajaya kerana sudi menumpangkan kami dua beranak ini. ecehhh. mestila baby pun ckp time kasih jugak :)owh tidak lupe kepada driver beliau skali. ternyata beliau sgt teringin membuat post mortem selepas wedding mlm itu. :P

haa ni la Cik Eita, gf mak yg tinggal kat Putrajaya tu. rupenye time ni deme tangkap gamba guna polaroid eh? mak tak perasan lah. byk sgt camera. rasa mcm artis. :P

gembira sungguh tidak terkata dapat pegi wedding Puan Wanie ni.dapat jumpe kawan-kawan lama. pastu pelamin pun cantik. yelah, makanan pun sedap. owh tak lupe ayah dan husband Wanie yg sporting abes siap karaoke lagi utk hiburan tetamu. hehe

so mcm biasala kalau dah jumpe kawan-kawan lama byk menda nk disembangkan. pastu tak lupa acara bergambar2 ni. tp mak ni kan bawak perut. tak larat nak berdiri lama2. dah rasa cm kurang seimbang dah. hahahaaha. owh tidak dilupa sempat la jugak mak jumpe geng-geng mak buyung yang bawak perut jugak. tapi diorang ni apsal ntah pregnant pun cun melecun. mak je belengaihhh. haihhh

kebetulan gfren yg lagi sorang ni nak balik bangi jugak. so tak payah la susahkan gfren yg tinggal kt putrajaya nak kene masuk Bangi dulu kan. so mak tompang la lalink mak, Nisa balik rumah. sejak dr dlm dewanu mak sampai ke masuk federal sampai ke masuk Plus hiway, toksah ckp la ayahbonda kat rumah tu telepon, sms manjang. adehlaaaa. jangan taktau skrang dah ade curfew ibu mengandung ye kat rumah. mak pasrah!! tapi apepun, jutaan terima kasih jugak buat lalink mak, Nisa yang sudi anto sampai ke rumah, naseb baik dia tak tinggal kat tol je kan. :P

geng mak buyung. yang baju ijau tu baru lepas mabuk alahan. yg baju oren ni ex-roomate yg hotzz. lagi sorang mane ntah hilang. sebok tangkap gambo agaknye :P



haa ni la lalink mak, Nisa nama dia. masih single. sape2 berkenan, boleh hantar CV. :P


ala mak kan gile glemer. tak main lah duduk tepi2 ke bawah2 ke. harus mak kene duduk atas pelamin tepi pengantin. nasib baik pengantin lelaki tu sporting abes. hehe. kasikla chance mak buyung perasan kejap. pasni dah takleh dah, sebok dukung anak je. :P

Wednesday, March 23, 2011

That first kick

bila gynae tanya, dah rasa baby kicking ke belom, masa tu macam sedih je.
sebab belom rasa apa-apa. even my gynae cakap its normal to feel the baby kick a lil bit
later for first timer, tapi masih rasa mcm sedih. sebab org lain pun first timer tapi masuk je 2nd trim most of them dah rasa baby kicking. and masa buat check up tu, i was in my 19weeks. skarang dah 21weeks dah.i kept waiting for that "fluttering" that people were saying :(


tapi harini mmg dah cipta satu sejarah. ye ye saya tahu harini ramai yg ada sejarah sebab harini result spm keluar kan. tapi saya punya sejarah lagi special tau. lepas masak dinner tadi, sedang berehat-rehat di haunted couch sambil minom air sejok, tibe2 rasa mcm geli giler-giler dalam perut. pastu gelak sorang-sorang sebab geli sangat. MY BABY FINALLY KICKED!! Omg it was so amazing!! alhamdulillah now i believe that there is someone in my belly, alive!! hahahaaaa..
this is like the greatest feeling in the whole world. :) so sape2 yang sepatutnya dah rasa your baby moving, tapi belom rasa, boleh try tips ni iaitu minom air sejok!! nanti baby gerak sebab lari dari kesejukan. hahaha



haihh lagi rasa tak sabr nak ada baby shower sendiri.

haritu balik sempat organize baby shower untuk jihan dengan girlfrens!
seriously, eita mmg talented gila in organising and decorating an event. :) i'm loving it.
aida ada port cupcake red velvet sedap. :D
nisa pulak ada port belon helium. owhh i likeeee :D

since jihan is expecting a girl, so harusla theme dia pinkish gitu kan. very cute. sangat lah adorable.





abes kalau baby boy cemana la rupa theme untuk baby shower? cute mcm baby girl tak? ke bosan je? :(


Wednesday, March 2, 2011

#Marchwishes

it's March already people.









I have so many things to be done in March.
my monthly check up.
birthdays to attend.
a baby shower.
weddingssss.
xykxhsjmm.
snshhy.
babymoon planning.
abgdhksl.
clinqpwdr.
kksyrags.
ikealala.
minicooper@@
rahsiapohoncemara.
mochimochi.
iildivo.
planb.
maroon5tix.
bellamyehemehem.
celcomberukbeng.
tuttifwwuuuttyy.
baladahati.



it is definitely going to be a very busy month. but i know, March will be good to me and baby. :)





so what is your plan for March?







photo: http://blog.websitetemplates.bz

Monday, February 14, 2011

salahkah perempuan buat first move?

harini org lain kecoh2 celebrate hari valentine's.
nope, saya tak meraikan hari valentine's. tapi saya takde masalah dengan org yang celebret valentine's. yang tu masing-masing boleh pikir. dah besar panjang pun kan. hehe


kalau saya single haruslah saya lagi menyampah. yela, sempena valentine's ni, banyak je mende2 best dan cute2 dan cantik2 dan berpatutan utk couple2 dijual. contoh nya macam, couple tees by Hush Puppies, couple watches by Swatch, couple fragrances by Replay, couple rings, couple charms, couple keychain, couple pillows.... dan banyak lagik lah. semua pun nak matching gitu. very cute! kdg2 tu mmg irresistable :)


habes kalau dah single cemana? nak pegi beli utk diri sendiri cm segan-segan pulak kan.
tapi kalau dah suka, peduli hape kan. bukan duet korang pun. :P


walaupun tak celebrate valentine's day, but today marked the 6th year that me and my boyfy in a very serious relationship. skarang dah jadi suami yang sah dah. alhamdulillah.
tapi kalau nak tahu, 6 tahun lepas, mr hubs bukan mcm mr hubs harini. dia seorang lelaki yang perasan cool (nak muntah) dan bajet macho (konon). benar kami kenal dari zaman persekolahan. kalau zmn skolah dulu, ya Allah tuhan je tahu rasa mcm meluat sangat dengan dia. sbb dia cm pandang rendah gila dekat perempuan. cm poyo gile. (tapi at the same time dia sebenarnye dah ada hati pada saya. kahkahkah. kontroversi nih).


tapi terus terang cakap, kalau saya tak start first move haritu, mungkin harini tiada kami. sebab lelaki spesis mr hubs ni lembab. mungkin sbb tak ramai kawan pompuan, so buat dia slow sket. tatau ape nak buat. tatau ape nak respon. senang cite, kurang sensitiviti berbanding kawan-kawan lelaki saya yg ada kawan pompuan. so don't expect much to this type of man.




so kenapa saya tulis mende mcm ni harini?
no 1: sbb alhamdulillah mr hubs dah slowly berubah menjadi sedikit romentik. (read: sedikit)
no 2: sbb nak bgtau kawan2 lelaki atau pompuan out there, someone must make the first move.
or else, don't put any hope !!
no 3: sbb nak bagitau kawan2 betul jodoh tu di tangan tuhan. tapi perlu diusahakan kerana tidak akan datang bergolek.
no 4: sbb kalau nak main hard to get, harus lah kene pada tempat. kalau main hard to get dengan stranger, mmg syok sendiri la tu namanya. kalau dengan org yang dah kenal, tu mcm lebih make sense sedikit.
no 5: sbb nak suruh kawan2 yang single tu enjoy lah singlehood anda sepuas-puasnya. chill lah. muda lagi :D



ok tentang first move. first move dekat sini adalah sgt subjektif. tapi sudah tentulah first move ini dalam konteks tidak melampau batas agama ye kawan2. tapi betul, kita dulu before berkawan pun mesti salah sorang buat first move kan? kalau tak mesti kita tak kenal each other pun.


oklah meh saya bagi tips untuk start first move. senang cerita lebih kepada how to start a conversation. sbb ni yang paling susah nak buat kalau dengan stranger kan?


tips untuk kawan-kawan lelaki:



1. JANGAN FIKIR BANYAK SANGAT
- nanti dia cakap aku gatal? nanti dia ingat aku gila? jatuh maruah tak?? aku tak hensem lah....
eh hellllooooooo.. cuba kompiden sket. bukan tak penah becakap dengan pompuan kann??? sebenarnye kan, lagi banyak pikir, lagi banyak la tatau mcm mana nak start. so tarik napassss pelan-pelan, kumpul kekuatan then pergilah tegur. senang kan?


2. PASTIKAN WAJAH DAN PENAMPILAN ANDA FRIENDLY
- meh nak bagitau rahsia. pompuan kan, dia cam gemuruh semacam tau kalau ada lelaki datang dekat. so jangan tukar perasaan gemuruh perempuan menjadi takut. yelah kalau korang dtg nak approach dengan muka bengis inspektor sahab atau pun pakai aksesori tengkorak penuh di badan dengan bertindik sana sini, tu bukan stakat pompuan yang takut. kucing pun takut tu. silap-silap haribulan, pompuan tu bukak silat baru padan muka korang. hahahahaha. so pastikan wajah dan penampilan anda akan membuat kan perempuan selesa. toksah buat lawak bodoh ke, tiba2 nak pegang2 ke. korang just perlu senyum dan respect her personal space! bila pompuan rasa anda bukan penyangak, maka lebih senang lah proses seterusnya.


3. MASA NI LA NAK GUNA PICK-UP LINES. TAPI JANGAN OVER SANGAT
- pompuan masakini lebih suka lelaki yang rendah diri, matang dan direct to the point. takde berkias-kias macam zaman hang tuah. kalau bagi ayat bunga-bunga kang pompuan tu tak paham tak ke buang karan je. so rasanya simple approach pun dah cukup. kalau dah tatau sangat nak ckp ape, tolong bayo dia punya air ke, makanan ke. ayat pelik2 tu tinggal je kat rumah boleh mengayat makcik jiran sebelah.


senang kan? so ape lah nak malu sangat. katakan cubaan ni tak berjaya. so what? ada rugi ape2 tak? at least u've tried. takdela pastu teringat2 menyesal tak tego minah cun tadi. haiiyaaaa. there is nothing to lose. kalau nak tau, berjuta gadis2 single kat luar sana tengah tunggu anda tegur diorang. lagipun bukannye nak tegur terus jadi awek kan. berkawan biar seribu :)



tips untuk kawan-kawan pompuan:





1. TANYA PASAL SUKAN
- kebanyakan lelaki mengikuti perkembangan sukan. so kalau nak perbualan lebih menyeronokkan, so silalah berbual tentang pasukan/sukan kegemarannya. tapi jangan selamba je bagi fakta2 tak masuk akal, nanti lagi turn off. :P taktau apa2 pasal sukan? takpeee. just remember, the more you stand out the more you interesting you are to guys. lagipun kalau kita minat sukan, tak semestinya kita berpewatakan ganas kan. tapi jangan terkejut ada lelaki yang tak minat sukan tau. so kalau jumpa lelaki mcm ni, jangan lah memperlekehkan dia pulak. dah dia tak minat. nak buat cemana kan. so be more creative :)


2. KELUARKAN SOALAN
- hapuskan ego lelaki dengan soalan-soalan. tanya dia soalan yang confirm dia tahu nak jawab. tapi tak perlulah soalan dengan multiple choice answers kan. tu dah mcm main kuiz. ala bagi soalan simple2. cm soalan kereta anda punya masalah ke. tak pun, kenapa Torress tukar team ke. eh tu dah soalan sukan pulak kan. tanya lah ape2. tapi jangan lah cm inspektor sahab kan. tanya je manjang. ape kau ingat dia kaunter pertanyaan. sambil2 tu selit2 lah personal opinion ke ape personal experience ke ape ke. so cam konon-konon kita cm mmg interested habislah dekat topic tu. :P


3. DON'T GO TOO FAR
- mmg diakui lelaki akan lebih relax dan nampak mcm tak menggelabah. tapi kalau dah masuk bab-bab peribadi, rasanya tak siapa suka kot. just keep it light and easy. selain sukan ataupun kepakaran mereka, cakaplah mengenai filem2 terbaru ke. restoren terhebat ke. makanan kesukaan ke. mana tahu tu point2 yang di tunggu2 oleh lelaki untuk grab the chance ajak anda keluar! :D


ini tidak. belom apa2 dah takut kene reject. adoiiii. remember friends, kita semua ada keunikan sendiri. setiap orang yg dilahirkan dimuka bumi ni sudah ditetapkan jodohnya. walaupun begitu, jodoh tidak turun dari langit ke riba anda ye kawan2. kalau anda org bertuah Mr Right itu depan mata. tapi jgn la harap dia juga Mr Perfect.Jangan takut okeh? Jangan risau jumpa orang baru. Remember, most men are just as worried as you are about finding that right person. :)


entry ni bukan untuk korang jadi desperado tau. tapi untuk bagitau ramai lagi org seperti anda di luar sana. so don't lose hope :)





saya punya first move? hehehehee.... yang tu kene tanya mr hubs. :P
oklah. stakat ini sahaja based on pengalaman sendiri. yang baik dr Yang Maha Esa. yang buruk of coz la dr tuan punya blog. now time to compose another entry for maulud nabi, tomorrow. :)



all pictures credit to tumblr



Tuesday, February 8, 2011

kalau pergi karaoke

minggu lepaih, kami sekumpulan kanak-kanak riang telah pegi karaoke.
yelah, rasanya sejak convo dah takde aktiviti menyumbangkan suara bersama-sama.



disebabkan mak nih penganggur tegar, jadi haruslah bijak pandai mengatur perbelanjaan.
maka kawan-kawan yg bijak pandai sekalian telah berjaya menjumpai port baek punya!


lokasi: Redbox, The Curve. (tak main la karoke kotak)
waktu: 11 pagi - 2 petang
harga: RM14 per pax (free drink and lunch set yang sedapp!!)



sungguh berbaloi-baloi kan? kalau tak, lunch saje pun blom tentu RM14 kalau dah nama ko melepas kat The Curve.




rupa-rupanya, manusia yang bernama Ana/ Hana mmg menepati waktu. org lain kol 1130 pun tak sampai lagi. tp Ana dan Hana ini dah selamat menyanyi lagu Justin Bieber satu album. hahahahaha. naseb baik mak sampai lambat. kalau tak, mmg harus kene maki.



untuk memastikan karaoke session anda glamour, funky dan vazz. eh ape kaitan?
sebenanrnya nak cakap lebih meriah je. hehhehe. anda haruslah ada ahli yang gila-gila atau benar-benar gila.



tapi kalau untuk sesiapa yg on 1st date, dinasihat kan jangan bawak date anda ke karaoke jika ada org2 ini bersama. kalau tak, nnti date anda pengsan! ini AMARAN pertama.



anda mungkin mahu memilih rakan-rakan yang bakal berkelakuan sopan seperti ahli-ahli nasyid atau ibu mengandung. kerana mungkin anda rasa keaadaan akan lebih terkawal. tapi anda mungin silap. walaupun anda mungkin menjemput seorang ibu mengandung, tidak mungkin dia tidak boleh berkelakuan liar. ini disebabkan perubahan hormon ketika mengandung. bukan salah ibu mengandung. ini AMARAN kedua.






peilihan lagu juga penting. jika lagu rancak anda akan teruja untuk menari dengan tempo2 yang laju. jika lagu itu adalah lagu g sering anda tengok videoclipnya di MTV , anda mungkin mahu menari sebijik seperti itu. anda mungkin rasa anda mampu rapping, tapi tuhan saja yang tahu sebenarnya. anda mungkin rasa anda Glee, tapi yang keluar adalah videoclip yang langsung bukan Glee. malah siap ada org menari inang lagi. anda mungkin merasakan boleh kontrol macho dengan memilih lagu mendayu-dayu atau jiwang karat atau rock kapak. anda mungkin tersilap disitu. kerana anda mungkin termasuk dalam team Jacob. seterusnya, mati kutu anda bakal dikutuk oleh team Edward. ini AMARAN ketiga.




ini adalah berdasarkan pengalaman yang telah mak lalui pada hari itu bersama kawan-kawan mak yang tak berapa betul. :P



tapi kalau dah nama pun karaoke kan. so lantak la kan. suara ke laut ke, ke mana ke, siapa kesah. kalau suara sedap, harus mak dah lawan dato' siti dah oiii. siapa sangka haritu, kitorang berjaya nyanyi lagu2 yang sangat tersangka. song selection mmg A++++. lagu yang very rare menjadi pilihan utama. tanak la bagitau kan lagu apa. nnti soh kawan-kawan mak yang pegi karaoke itu hari yang bagitau okeh.





nak tau siapa mereka- mereka yang terlibat bersubahat?









haaaa ini lah mereka. gabungan team Edward + team Jacob. HAHAHAHAHHAHA.
i love them so much!!




banyak nak update on latest check up and pregnancy. tapi esok lah eh. baby dah mengantuk. nite2. bye2

Thursday, January 27, 2011

price of a friendship

Bulan ni bulan ketujuh saya di Brunei. seingat saya, belom pernah saya ceritakan dengan detail apa ada di Brunei.
Selalu ada org tanya, Brunei ada apa? respon saya: takde apa pun.




kawan-kawan saya yang lain akan beri respond begini: taknaklah pegi Brunei. takde apa yang menarik. bosan. down!!



*ok kecik hati sedikit*



tapi kawan-kawan sejati saya TELAH respond begini: its not much about Brunei. Its you who lives there. and we want to visit you because we missed you!!





sesungguhnya, saya sungguh terharu.






kini saya tahu betapa bertuahnya saya punya kawan-kawan seperti ini. kawan-kawan yang tahu erti sebenar persahabatan. bukan hanya mementingkan kepuasan diri sendiri.





these people reminds me, friendship is something that you need to put effort to work it out. both ways!!






ye lah, Brunei mmg tiada apa yang menarik.
Bumi nya sepi. tiada traffic jam. tiada jenayah. semua org hidup dlm kemewahan dan serba relaks. tapi kawan-kawan saya sanggup datang ke tempat begini hanya untuk jenguk seorang kawan yang kesunyian. lagi bermakna, mereka dtg untuk meraikan hari lahir saya. *teary*








bertuahnya saya.








kadang-kadang saya ralat. sebab saya bukan kawan yang baik. saya tak hadir wedding kawan saya. lagi dasyat, saya kadang-kadang lupa nak wish bday kawan-kawan. jangan ckp bday present lah kan kalau dah lupa wish. kadang-kadang, saya tak tau pun kesusahan yang kawan-kawan saya lalui. saya hanya mampu berdoa dari jauh untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kawan-kawan.











oleh itu, saya berazam akan buat yang terbaik bila diorang sampai. saya try tau. saya tahu banyak lagi yang perlu dibaiki. yelah first time kawan-kawan dtg dari jauh then tidur kat rumah. rumah pulak, still byk yang belom complete. naseb baik tak perlu pinjam sudu garpu dengan jiran sebelah. :P saya cuba sedaya upaya jadik host yang baik untuk kawan-kawan saya. tapi itulah, yang baik datang dari Yang Maha Esa. Yang kurang dan buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. (ok ni mcm ucapan skolah kan??)










saya dah print cantik-cantik itinerary utk kawan-kawan yang dtg haritu dan letak dlm bag doorgift masing-masing. so saya takkan cerita apa yang dah kitorang buat, pegi mana semua tu. sebab byk sgt gamba kat FB will do the talking. gambar selepas gambar itinerary adalah tidak mengikut susunan. just enjoy ppl!



"The best things in life aren't things...they're friends."




"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joy, and dividing our grief."
-Joseph Addison



"Friendship is like a garden. It is beautiful when it is watered and tended to with love and care of prayers, hugs, tears and cheers, but it will be withered up if, dry up and die if left untouched."
Stacy and Liz




"Wherever you are, it is your friends who make your world"
-William James




Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's nothing something you can be taught in school, but if you haven't learned the value of friendship, you haven't really learned anything at all




Friends are like poems, you may never fully understand them, but you will always love them



"A friend will ride in the Limo with you, but a real friend will ride the bus with you when then limo breaks down."





"The best gift in life is knowing that we have someone who loves us unconditionally, who can makes us laugh, who is there to listen and who warms our heart. The best gift in life is a best friend."




Friendship is like a bank. Don't expect to get to much out if you don't put something in.





When you ask God for a gift, Be thankful if he sends not diamonds, riches, nor pearls, but the love of real true friends. A man with millions of dollars still is not rich if he has no friends.




bukan saya nak cakap kawan-kawan yang lain tak baik, ataupun yang tak dtg Brunei tak baik. bukan bermaksud mcm tu. saya tahu saya ada ramai kawan-kawan baik di luar sana yang tahu erti persahabatan lebih dari apa yang saya tahu. saya hargainya. saya tak boleh beli semua tu dengan duet. hanya entry ini untuk menghargai kawan-kawan yang datang jenguk saya disini minggu lepas. korang yang tak dtg Brunei tetap kawan-kawan saya juga. so kawan-kawan, marilah kita menghargai kawan-kawan kita. sebelom kita kehilangan sesiapa.saya harap anda juga bertuah seperti saya :)