Monday, February 14, 2011

salahkah perempuan buat first move?

harini org lain kecoh2 celebrate hari valentine's.
nope, saya tak meraikan hari valentine's. tapi saya takde masalah dengan org yang celebret valentine's. yang tu masing-masing boleh pikir. dah besar panjang pun kan. hehe


kalau saya single haruslah saya lagi menyampah. yela, sempena valentine's ni, banyak je mende2 best dan cute2 dan cantik2 dan berpatutan utk couple2 dijual. contoh nya macam, couple tees by Hush Puppies, couple watches by Swatch, couple fragrances by Replay, couple rings, couple charms, couple keychain, couple pillows.... dan banyak lagik lah. semua pun nak matching gitu. very cute! kdg2 tu mmg irresistable :)


habes kalau dah single cemana? nak pegi beli utk diri sendiri cm segan-segan pulak kan.
tapi kalau dah suka, peduli hape kan. bukan duet korang pun. :P


walaupun tak celebrate valentine's day, but today marked the 6th year that me and my boyfy in a very serious relationship. skarang dah jadi suami yang sah dah. alhamdulillah.
tapi kalau nak tahu, 6 tahun lepas, mr hubs bukan mcm mr hubs harini. dia seorang lelaki yang perasan cool (nak muntah) dan bajet macho (konon). benar kami kenal dari zaman persekolahan. kalau zmn skolah dulu, ya Allah tuhan je tahu rasa mcm meluat sangat dengan dia. sbb dia cm pandang rendah gila dekat perempuan. cm poyo gile. (tapi at the same time dia sebenarnye dah ada hati pada saya. kahkahkah. kontroversi nih).


tapi terus terang cakap, kalau saya tak start first move haritu, mungkin harini tiada kami. sebab lelaki spesis mr hubs ni lembab. mungkin sbb tak ramai kawan pompuan, so buat dia slow sket. tatau ape nak buat. tatau ape nak respon. senang cite, kurang sensitiviti berbanding kawan-kawan lelaki saya yg ada kawan pompuan. so don't expect much to this type of man.




so kenapa saya tulis mende mcm ni harini?
no 1: sbb alhamdulillah mr hubs dah slowly berubah menjadi sedikit romentik. (read: sedikit)
no 2: sbb nak bgtau kawan2 lelaki atau pompuan out there, someone must make the first move.
or else, don't put any hope !!
no 3: sbb nak bagitau kawan2 betul jodoh tu di tangan tuhan. tapi perlu diusahakan kerana tidak akan datang bergolek.
no 4: sbb kalau nak main hard to get, harus lah kene pada tempat. kalau main hard to get dengan stranger, mmg syok sendiri la tu namanya. kalau dengan org yang dah kenal, tu mcm lebih make sense sedikit.
no 5: sbb nak suruh kawan2 yang single tu enjoy lah singlehood anda sepuas-puasnya. chill lah. muda lagi :D



ok tentang first move. first move dekat sini adalah sgt subjektif. tapi sudah tentulah first move ini dalam konteks tidak melampau batas agama ye kawan2. tapi betul, kita dulu before berkawan pun mesti salah sorang buat first move kan? kalau tak mesti kita tak kenal each other pun.


oklah meh saya bagi tips untuk start first move. senang cerita lebih kepada how to start a conversation. sbb ni yang paling susah nak buat kalau dengan stranger kan?


tips untuk kawan-kawan lelaki:



1. JANGAN FIKIR BANYAK SANGAT
- nanti dia cakap aku gatal? nanti dia ingat aku gila? jatuh maruah tak?? aku tak hensem lah....
eh hellllooooooo.. cuba kompiden sket. bukan tak penah becakap dengan pompuan kann??? sebenarnye kan, lagi banyak pikir, lagi banyak la tatau mcm mana nak start. so tarik napassss pelan-pelan, kumpul kekuatan then pergilah tegur. senang kan?


2. PASTIKAN WAJAH DAN PENAMPILAN ANDA FRIENDLY
- meh nak bagitau rahsia. pompuan kan, dia cam gemuruh semacam tau kalau ada lelaki datang dekat. so jangan tukar perasaan gemuruh perempuan menjadi takut. yelah kalau korang dtg nak approach dengan muka bengis inspektor sahab atau pun pakai aksesori tengkorak penuh di badan dengan bertindik sana sini, tu bukan stakat pompuan yang takut. kucing pun takut tu. silap-silap haribulan, pompuan tu bukak silat baru padan muka korang. hahahahaha. so pastikan wajah dan penampilan anda akan membuat kan perempuan selesa. toksah buat lawak bodoh ke, tiba2 nak pegang2 ke. korang just perlu senyum dan respect her personal space! bila pompuan rasa anda bukan penyangak, maka lebih senang lah proses seterusnya.


3. MASA NI LA NAK GUNA PICK-UP LINES. TAPI JANGAN OVER SANGAT
- pompuan masakini lebih suka lelaki yang rendah diri, matang dan direct to the point. takde berkias-kias macam zaman hang tuah. kalau bagi ayat bunga-bunga kang pompuan tu tak paham tak ke buang karan je. so rasanya simple approach pun dah cukup. kalau dah tatau sangat nak ckp ape, tolong bayo dia punya air ke, makanan ke. ayat pelik2 tu tinggal je kat rumah boleh mengayat makcik jiran sebelah.


senang kan? so ape lah nak malu sangat. katakan cubaan ni tak berjaya. so what? ada rugi ape2 tak? at least u've tried. takdela pastu teringat2 menyesal tak tego minah cun tadi. haiiyaaaa. there is nothing to lose. kalau nak tau, berjuta gadis2 single kat luar sana tengah tunggu anda tegur diorang. lagipun bukannye nak tegur terus jadi awek kan. berkawan biar seribu :)



tips untuk kawan-kawan pompuan:





1. TANYA PASAL SUKAN
- kebanyakan lelaki mengikuti perkembangan sukan. so kalau nak perbualan lebih menyeronokkan, so silalah berbual tentang pasukan/sukan kegemarannya. tapi jangan selamba je bagi fakta2 tak masuk akal, nanti lagi turn off. :P taktau apa2 pasal sukan? takpeee. just remember, the more you stand out the more you interesting you are to guys. lagipun kalau kita minat sukan, tak semestinya kita berpewatakan ganas kan. tapi jangan terkejut ada lelaki yang tak minat sukan tau. so kalau jumpa lelaki mcm ni, jangan lah memperlekehkan dia pulak. dah dia tak minat. nak buat cemana kan. so be more creative :)


2. KELUARKAN SOALAN
- hapuskan ego lelaki dengan soalan-soalan. tanya dia soalan yang confirm dia tahu nak jawab. tapi tak perlulah soalan dengan multiple choice answers kan. tu dah mcm main kuiz. ala bagi soalan simple2. cm soalan kereta anda punya masalah ke. tak pun, kenapa Torress tukar team ke. eh tu dah soalan sukan pulak kan. tanya lah ape2. tapi jangan lah cm inspektor sahab kan. tanya je manjang. ape kau ingat dia kaunter pertanyaan. sambil2 tu selit2 lah personal opinion ke ape personal experience ke ape ke. so cam konon-konon kita cm mmg interested habislah dekat topic tu. :P


3. DON'T GO TOO FAR
- mmg diakui lelaki akan lebih relax dan nampak mcm tak menggelabah. tapi kalau dah masuk bab-bab peribadi, rasanya tak siapa suka kot. just keep it light and easy. selain sukan ataupun kepakaran mereka, cakaplah mengenai filem2 terbaru ke. restoren terhebat ke. makanan kesukaan ke. mana tahu tu point2 yang di tunggu2 oleh lelaki untuk grab the chance ajak anda keluar! :D


ini tidak. belom apa2 dah takut kene reject. adoiiii. remember friends, kita semua ada keunikan sendiri. setiap orang yg dilahirkan dimuka bumi ni sudah ditetapkan jodohnya. walaupun begitu, jodoh tidak turun dari langit ke riba anda ye kawan2. kalau anda org bertuah Mr Right itu depan mata. tapi jgn la harap dia juga Mr Perfect.Jangan takut okeh? Jangan risau jumpa orang baru. Remember, most men are just as worried as you are about finding that right person. :)


entry ni bukan untuk korang jadi desperado tau. tapi untuk bagitau ramai lagi org seperti anda di luar sana. so don't lose hope :)





saya punya first move? hehehehee.... yang tu kene tanya mr hubs. :P
oklah. stakat ini sahaja based on pengalaman sendiri. yang baik dr Yang Maha Esa. yang buruk of coz la dr tuan punya blog. now time to compose another entry for maulud nabi, tomorrow. :)



all pictures credit to tumblr



11 comments:

farahayuni said...

dr zaman skola.homaigod...kontroversi btol mie :p

~ Lady D ~ said...

zaman skola?? dulu korg bercinta dlm hati yer =p

Mohd Sukur Ibrahim said...

mimi memang ganas kalau bab cinta.hehe

FaZiLa said...

suka ngn objektif entri ni yg no 5.hehehehe

-mclaa-

miszeita said...

thank you for this entry :)

Jes_Oren said...

tip yg sgt beguna..
*sambil memikirkan strategi..mmuuahaha*

@yU said...

ala nak tau ape first move dgn mr hubs tuu..

schmellow said...

thank you for dropping your comments here. most appreciated. :)
(ni adalah cara utk mengelak utk respon)

Unknown said...

semakin menarik..tips yg terbaik...*thums up

Jes_Oren said...

miey, if x slh, i baru notice ur hubs name on ur letters time former2 dulu ^^..
pergh!terbaeklah!
[like]

farahayuni said...

sila jawab soalan aku! OMGEEEEE