Wednesday, November 3, 2010

Jangan Kawen Lelaki Pantai Timur????



dulu seblom kawen, saya berangan yang nnti bakal hasben saya



1) sangat romentik
2) hensem dan kaya seperti David Beckham
3) pandai masak. so that saya toksah susah masuk dapur.
4) rajin buat kerja rumah
5) alim bak ustaz ustaz tapi at the same time rock. (cemane tuh)



oleh itu, saya memegang prinsip takkan kahwen dengan org pantai timur.


kenapaaaaa pantai timurr???

yelah. sbb family saya asal pantai timurr.. so saya boleh tengok ketulenan lelaki pantai timur di dalam rumah saya sendiri. yeahhh tepat skali, ABAH saya!




meh saya kongsi. lelaki pantai timur selalunya dianggap SUPER LELAKI di dalam rumah. SUPER LELAKI tu macam rajalah lebih kurang. mungkin tak semua lelaki pantai timur ni SUPER LELAKI. tapi majoriti yang saya tahu dan kenal didpean biji mata sendiri. makanya, kelebihan SUPER LELAKI ini.......

1) kerja-kerja rumah tak perlu buat sbb adik beradik perempuan yg lain akan bereskan. banyak cantik.
2) owh basuh pinggan mangkuk periuk belanga? apa tu? macam sejenis biskut untuk diberi ikan makankah?
3) siang ikan ayam sotong dll -------> awww geli lah. ada darah lemak daki daki sumer. yuckss..
4) basuh dan melipat baju. kalau satu baju upah dia RM100 maka harus mereka ini buat. malangnya baju sendiri. mana ada upah. so paham-paham la kan.
5) pandai masak. LOL! umpama kucing bertanduk lapan.
6) lapar lah. mana makanan? kenapa tak hidang? <----- sapa bagi soalan ni boleh makan pakej pelempang pergi balik doploh kali. SERIOUS!!!!

masih saya ingat, mama bersalinkan adik bongsu saya, Iman pada 1 Ramadhan. sbb tu nama dia Iman AL-Ramadhan. lahir bulan puasa okay. owh silap besar lah kan. naseb baik bulan puasa. so siang takyah makan. tapi mmg tak berasaplah dapur tu. almost sebulan kami adik beradik bersama abah bukak puasa kat masjid putrajaya. naseb baik heaven. :P


tapi, pernah dengar org ckp, yang kita tanak tu la kita akan dapat????


now mari gelak besar..

HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAAAA....


padan muka, kau kawen dgn lelaki pantai timur.




walaupun begitu, manusia boleh berubah jika dia mahu. betul kan?

kenapa saya ckp centu?




sbb pada suatu hari, rumah kami tiada air. ntah malaun mana ntah yang gatai pegi tutup kami punya meter air. so sampai ptg saya tak mandi. (owh mr hubs pun pegi keje tak mandi hari tu. hahahahaa. terimakaseh kepada doedoran dan perfume di atas hantaran tempohari!!)


maka terpaksal lah saya survive dengan memakan makanan yg tidak perlu dibasuh atau dimasak atau tidak perlu menggunakan air.

contohnya:
1) biskut raya dan maruku
2) air vitagen
3) cereal + fresh milk

tapi memandangkan saya ni orang melayu tulen, maka takkan la kenyang makan mende2 centu kan. boleh meroyan kan??? harus cari nasi jugak! adoiiii. nak keluar, tak kuasa lah sbb tak mandi. walaupun org len taktau, tapi saya tau. nnti saya malu pada diri sendiri. sampai petang, badan saya dah kurang energy (ok ayat mula berbaur poyo disitu). mr hubs balik awal utk setelkan masalah air rumah kami.

alhamdulillah selesai jugak masalah tu. mmg ada malaun tutup meter air rumah kami. mangkuk hayun betul.



oleh kerana saya dah kepenatan nak masak, mr hubs telah mengofferkan dirinya untuk tolong masak utk saya. (ye lah silap banyak lah cerita mkn lunch nasi beriyani kepada org yg mkn cereal je utk lunch kan).


walaupun initially nya saya yang kene sediakan bahan-bahan. tapi tak mengapa. sbb dia nak masak kan. ahahhaa







so dengan brtungkus lumus, maka terhasillah.........



jeng jeng jengggggg.....
























































saspen sket.....






























































MIHUN GORENG KASIH SAYANG!!!!


ai tell yuu, sedap gilerr!! mmg menambah-nambah buat muka tak malu kan. hahhahaa. ni bukan bodek, kalau tak sedap, kita jujur ckp direct, tak sedap lah! lalu terus makan tak abes, siap keluarkan megi, masak megi letak telur sibijik.



tapi yg ini mmg kalah la org-org brunei punya mihun goreng. memang menjilat semua jari-jari yang ada. siap lebihan tu saya simpan utk makan esok pagi. kalau tak, selalunya saya akan buang je food2 yg lebih. ahhahahaha. nampak sgt saya masak tak sedap! >.<


setelah dipuji berbakul-bakul dan mr hubs pun dah kembang bermagkuk-mangkuk, maka dia isytiharkan kalau nak makan mihun goreng, dia nak masak. hahahaha. baiklah bos! :P


mmg sayalah isteri paling bertuah setakat ini. muahahahaha.




tapi utk kawan-kawan diluar sana, toksah la risau kalau calon hasben anda tu tatau masak. terus terang ckp, mr hubs pun tak percaya dia bole goreng mihun sesedap ini. kalau nak tau, mr hubs ni mmg SUPER LELAKI jugak ni.




tapi itulah, kita kan manusia. manusia boleh berubah jika dia nak. so, tinggal nak ngan tak nak je. insyaAllah, kita boleh jadi lebih baik dan disayangi segenap lapisan masyarakat. sekian :P

8 comments:

miszeita said...

*clap clap* to mirul! :))

lourvetravel said...

Hi babe!
nak komen sikit psal "super laki" dan "lelaki pantai timur" ni..
since my dad pon adalah kategori tersebut, hahaha. mmg ape yg u ckp tu sgt lah betul dan accurate..ur dad sebijik mcm my dad..tp i rasa tu utk org dolu2 kot..jenis yg jgn harap nak masuk dapur.
But I guess lelaki pantai timur zmn skrg wayyy more better kot. maybe ade lagi few yg typical yg mmg awal2 lg akan ku reject, mana boleh nak harap wife buat everything, am I rite?
eh tp i noticed my dad dah pencen ni agak rajin jgk tolong my mom (ada perubahan disitu)
ape pon, yes u r lucky dear!

kHeRoNe NiEySa said...

mari gelaks beso gaks...
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA

eh bkn dulu pnah g clas x mandi gaksker???hahahahaha:P

arwah baba i not 'super laki' but i can tell he is more more cerewet than women coz he can do all the women works!!!!huhu

u r rite...ppl can change...nak seribu dayer tak nak seribu dalih...huhu

schmellow said...

dah malam nii ad aorg tidoo dgn lubang idung kembang bole masuk ketapi dahh gara-gara *clap clap* misz eita. :P

haih eira, takkan i nak tunggu laki i pencen dulu. hahahhaa.

eh lalink, rahsia kerajaan tuh. :P

AizA said...

aiza pun dulu gile mati hidup balik pun tkmo kawin dgn org pantai timur. esp kelantan la kan..sbb diorg2 ni rasa mcm bagus2 kot. semua di hujung jari je.tp ape yg tk nak tu la dpt kan. sekali kawen dgn org kelantan daaaa...tp ni kelantan yg dah terpesong.so bole la membantu dlm keje2 umah.waktu aiza lepas operate dulu, jaga tip top.siap mandi kan n pakai kan baju lagi....kira luck masing2 la kan...

waNny said...

babes.

my dad walaupun pure kelantanese pekat. tapi die sangat la bukan "SUPER LELAKI"

coz time my mum bersalinkan my bro and me. time tu kan zaman pakai lampin lagi. my dad yang akan basuh lampin tu sampai sebersih and seputih mungkin. hahahahahahah

then dia jugak akan jemur and akan baju time my mum berpantang. time lahirkan my sis kan c-sect so my dad la goreng ikan haruan seranggup mungkin and i tell u seriously sedap nak mampos! hahahahahah

my dad buat soup ayam pun much much more better than my mum!

maybe coz my mum nie "PEREMPUAN" mean berkerjaya and more to business kan. so xde masa nak masak2 n buat2 keje nie. after seminggu gave birth dah gi ofis buat keje. hahahahahaha

i hope mie mcm tu la. i ckp kt my mum i cari husband mcm my dad coz my dad is a very cool man :D

schmellow said...

wow, lucky both of you, aiza n wanie. told you, tak semua lelaki pantai timur tu SUPER LELAKI kan. hehe. aiza, tatau pulak your husband org kelantan. and wanie, smoga mie memebuhi citarasa anda. ahhahaa

cicayanki said...

mimi, you are so lucky!

oh yes, belated congratulations to you and mirul! wishing you both lots of happiness and love :)

take care!