Saturday, October 23, 2010

kuching meow meow

pulang dari singapore, keluarga datang buat visit ke brunei. so first time having sleepover in my own house was a little bit tangled. i mean u think u've prepared everything but there's still something missing here n there. hahahaha. luckily its my own family. so takdela segan sangat kan. kene la paham, kami baru kawen. rumah tak complete lagi. hahahaha (alasan)

family stayed in for four days. first day and second day, saya cuma bawa pusing-pusing di Kuala Belait dan Miri sbb mr hubs kan kerja. 2nd day buat makan-makan ajak kawan-kawan celebrate bday iman. 3rd day bawak family pegi jalan-jalan di bandar seri begawan. 4th day, family berangkat ke kuching for short holiday. dandengan tidak semena-mena saya ikut skali. hahahaha. tak malu betul kan?




alah lagipun mr hubs pegi offshore saya keseorangan jugak. so better saya ikut pegi kuching. lagipun saya tak penah pegi kuching. so terkulat-kulat beli flight tiket last minute. haih, mmg saya rasa mmg saya ni dah ditakdirkan akan beli semua tiket flight last minit. yang harga dia semua mahal-mahal bole koyak poket seluar. kalini lebih koyak, sbb family kalini travel in business class. hadoiii. so tepaksa la jugak click butang confirm itu sambil telan air liur.

tapi flying business class best, bole pegi golden lounge. kalau naik royal brunei airlines, bole masuk sky lounge. compare both lounge, brunei lagi byk selection of foods and snacks. tapi kalau setiap kalu mau terbang, saya rasa saya belom mampu utk beli tiket business class lagi. takpelah, asalkan sampai ke destinasi. mungkin satu hari nanti saya mampu di tahap itu. insyaallah.

tapi bila kita holiday bawak kanak-kanak mmg leceh. sebab kanak-kanak dia tak berminat nak pegi shopping mall. kakak ngan mak kanak-kanak yg suka pegi shopping mall ni. tapi kalau tak ikut, nanti meroyan pulak kanak-kanak tu kan. kalau dah meroyan, semua org susah. so better ikut saje. dengan itu, tak pasal-pasal la kitorang tepaksa la pegi crocodile farm. (read: TAMAN BUAYA) pastu belom masuk lagi tempat-tempat kebudayaan seperti Sarawak Cultural Village. haih.

kitorang di kuching adala dalam 4 hari jugak. 2 hari pertama bermalam di town, 2 hari lagi kami di damai, tepi laut. abah mau main golf dengan kawan-kawan dia. but its a worth visit to kuching. ni tpt yg sempat kitorang pegi:

1) sarawak river cruise - cruise sepanjang sarawak river dan akan melalui lebih 20 tempat femes di sarawak.cruise 2 tingkat yg bhgn bawahnya adalah romantic restaurant, boleh bertukat menjadi pub pada malam hari dan bhgn atas adalah open air. very nice and luxury cruise, siap dihidangkan refreshments. 2 jam jugak nak perabih cruise ni. nanti bole tengok sunset from the cruise. at the end of it, ada tarian kebudayaan di atas cruise. kami tepok tangan bersama mat-mat saleh di atas cruise. hahaha

2) jalan gambir - tempat jual2 brg hasil kerja tangan org2 sarawak dengan harga yg murah. so boleh tengok makcik2 borong tikar, kain pua dan bakul2 sarawak tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling.

3) jong's crocodile farm - actually bukan buaya je ade sini. bole jadi mini zoo jugakla. buaya disini agak gemok dan malas. ada sekor tu nama dia Pak Sudin, mmg bapak besar gile. bole masuk 2 orang dlm perot. tp dinasihatkan, kalau nak dtg sini harus pakai baju nipis2 ok. sbb tempat dia besar.

4) Sarawak Cultural Village- sampai sini akan diberi satu passport. motivasinya: sampai setiap rumah kebudayaan akan dicop pada passport anda. maka anda pun harus bersemangat utk kumpul kesemua cop2. di setiap rumah ada welcoming tersendiri woo. dont forget the theatre show every 1130am and 430pm. the show is hilarious!

5) kilang kek lapis - memang rambang mata! ada satu meja khusus untuk letak semua skali tester kek. so bole test sebanyak yg mungkin sebelom membeli. ni bukan mcm kek lapis beli tepi jalan tu tau. yg ni c=betul2 sedap. tak manis sgt. tak spicy sgt. very soft and rich!

6) ikan masin terubok- sekor ikan terubok masin range from rm5 - rm 100 seekor. kalau saya sudah tentu saya akan beli yg murah2 je sbb ni kan nak masuk perut dan bakal diproses menjadi najis. tapi saya kurang faham kenapa ayah saya beli yang rm80 seekor. kalau beli sekor saya ok lagi, tapi kalau dah 10, angin tak? saya bole beli handbag coach sebijik dengan total yang dia bayar kat cashier ikan terubok nih. haih.

7) borneo oddysey spa - kebetulan ada promotion rm60 (u.p: rm200) utk one hour body massage, so ape lagi kan. mmg kebetulan perlukan satu good body massage pun. mmg mantap betul. cuma minyak yg dia guna tak wangi mcm spa lain. minyas promotion agaknye. hahaha. tp jgn lupa request utk tukang urut pompuan ye. kalau tak nnti dia kasik laki, dgn selambanya dia akan ckp derang professional. ai tak brape sanggup disitu. :P

8) simpang buntal seafood restaurant- walaupun seafood di kuching tidak semurah di sabah, tapi seafood di kuching jauh lebih murah dari KL. so ini adalah peluang membedal lobster, ketam, sotong, dan kawasan yg sewaktu dengannya. so makan tanpa rasa bersalah ye.

yang paling best, sempat rasa makanan org2 sarawak yg femes seperti umai, ayam pansuh & nasi bario, dan laksa sarawak. not bad ai tell yuhh!

gambar dibawah: mama sedang rambang mata. lenguh kaki dia tiba2 hilang. magic kan?

see? kek lapis lady gaga? tu blom tengok kek lapis datuk k lagi tu.

ok ni maskot taman buaya. ramalan: bakal menjadi buaya dalam jangkamasa 10 tahun akan datang!
theatre performance at sarawak cultural village. ni time dia nak menyumpit ni. seksi woo org ini
di entrance sarawak river cruise.


tapi seperkara yang saya belajar tantang sarawakian ini. walaupun mereka datang dari pelbagai kaum yang tinggal di pedalaman, but they are so proud of themselves. siap ajak pegi rumah panjang derang lagi. and derang takde gaduh2 ke dengki2 ke mcm org yg kat semenanjung. sape-sape tak penah pegi kuching, pegi la. tak rugi. tapi jangan pegi lama-lama. hehe


owh, hows your weekend? i miss my mr hubs. dah seminggu tak jumpa. i hate sleeping alone :(




3 comments:

@yU said...

kenapa tak boleh pegi kuching lama2? ehehe.

schmellow said...

uish. family sumer dah balik KL takkan nak tnggal sorang2 kat kuching. huhuhuu

~ Lady D ~ said...

sowi mie xdapat jupe. stil tgh kusus ni.byk gak tmpt yg sempat visit ek.blom nek cruise tu lagi la..