Wednesday, April 7, 2010

Setem ooohhh Setemm

Harga setem naik mulai 1 Julai
2010/04/06

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.

Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, menurut kenyataan syarikat itu di sini hari ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, setara dengan amalan terbaik antarabangsa."Dalam tempoh 18 tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan penyusutan berterusan jumlah mel awam dan Pos Malaysia telah mengambil langkah untuk mengawal kos di samping mengekalkan produktiviti kami.

"Pada masa yang sama, ini telah menjejaskan keupayaan syarikat melaraskan gaji posmen dan kerani kaunternya yang 19 peratus lebih rendah daripada rakan sejawatan mereka dalam kerajaan.

"Penstrukturan semula gaji posmen dan kerani kaunter akan dilakukan serentak dengan kenaikan harga setem pos domestik," katanya.

Penstrukturan semula gaji akan menjadi satu rangsangan moral bagi kaki tangan operasi sejajar dengan langkahnya untuk meningkatkan prouktiviti dan komitmen mereka ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Apabila dilaksanakan nanti, harga setem pos domestik bagi mel standard seberat hingga 20 gram akan dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan mel seberat hingga 50 gram harga setem akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 70 sen.
Kenaikan harga ini juga membabitkan mel standard yang beratnya kurang daripada 50 gram, mel bukan standard yang beratnya kurang daripada 100 gram, bahan cetak berkala, PosDokumen, mel berdaftar dan bungkusan kurang daripada dua kilogram.

Bagaimanapun, sila rujuk surat khabar berhampiran anda ye.


haih naseb baik ada facebook kan?

1 comment:

~ Lady D ~ said...

a'aa nasib baik ade fb. tp i still want ur real invitation card ek. xnak rsvp n virtual =p