Thursday, July 28, 2011

akhirnyaaaaaaa

alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan pemberian tak ternilai ini.


mak buyung telah tidak buyung lagi. hehe....terima kasih buat semua yg mendoakan keselamtan dan kesejahteran kami. tidak lupa kepada semua ucapan tahniah dan sms dan panggilan telepon yg tidak sempat direspon. serta hadiah danbungaan yg dihantar dan diberi kpd baby (apsal ntah tade utk mak baby) tapi sumpah banyak gilos!! tp itulah yg buat kami tahu semuanya ada bersama-sama kami walau jauh dimata dekat dihati gitewww :) tidak lupa yg meluangkan masa melawat kami di hospital. terima kasih banyak-banyak sekali lagi.


ulasan gambar:
Tempat lahir: Prince Court Medical Centre. baby bukak mata je nampak KLCC.
Tarikh dilahirkan: 17 Julai 2011. jangan tatau ni baby nisfu syaaban. alhamdulillah.
Jantina: lelaki
Berat: 2.4kg. tu yg senang nak teran tu
Jenis kelahiran: SVD-Spontaneuos Vaginal Delivery. maksud dia beranak normal. (ok yg ni mak pun tak pecaya sampai harini!!)
Tinggi: 49cm. yer baby saya tinggi lampai
Paed: Dr Choy - ni ckp 5 menet pastu charge bercakap RM150
Gynae: Dr Seri Suniza - best gynae in town. been assisting me from the first antenatal checkup till delivery stage. you are the best!


duduk sepital 3 hari, pastu balik. pastu setelah bergaduh dan bertekak dengan senarai nama yg panjang berjela, serta tidak mahu mengambil risiko nama akan ditukar oleh kedua belah ibubap kami (kalau nama pelik sgt la kan) maka akhirnya kami DECIDED utk nama yg lebih simple tp penuh makna utk si kecik ini....

AMMAR= the Great Builder
HAFIY = the noble one


so nak panggil apa? tak kesah la sbb both pun makna bagus. kalau tanya saya, saya lebih suka panggil nama penuh. AMMAR HAFIY oooo AMMAR HAFIY..... :P


harini masuk hari ke sebelas kami berdua berpantang. (ecehhh taknak pantang sorang2 tu :P). tp nampkanya masih byk lemak2 dan lebihan2 isi di sana sini masih kelihatan. haihhh. jgn salahkan menu pantang kalau empunya diri minum kopibin. ehemmmmmmmmmmmmm


baiklah. birth story akan diceritakan nanti. bukan kali ni.
ni skarang cemana nak tuka ticker kat sbelah tu?




AMMAR HAFIY - 2nd day

Tuesday, July 5, 2011

ujung2 pregnant nii

ptg tadi MIL called cakap dia mimpi mak buyung ni dah masuk ward ready nak bersalin dah. huhuhuhuuuuuu. mmg la cute. tapii ohh pleasee baby, mommy blom ready lagiii. daddy baby pun still kat brunei lagi. tunggu daddy balik ari jumaat ni dulu tau. :)


so nak ujung2 pregnant ni rasa cm sayu pulak. ye lah, being pregnant for me rasa mcm best sgt. maybe i am blessed without any complication. alhamdulillah. org lain muntah2 mabuk loya semua cukup lengkap. bukannye kata takde langsung, tapi takdelah seteruk org lain. sakit2 belakang pun ade je. tp ye lah. kene kuatkan diri sbb duduk jauh dengan mr hubs kan. kalau dah jauh mcm ni nak manja2 mengada2 ngan sape je. terpaksa layan diri sendiri.


ujung2 ni makan semua yang boleh. tak kesah pukul brape. before mandi ke before tido ke tak kesah. yelah dah mmg dah mok mok pun kan. pasni lepas deliver, dah takle la kan nk buat perangai ceni kan. harus kene diet (ehemm!!)dan makan kene teratur to get back in shape. ecewahhhh in shape la sangat kan. hahahahaa


buat masa sekarang, baby kicks and moves all the time. mmg sungguh active ini baby. kdg2 org sbelah pun perasan baby tgh bergerak sbb perut senget-senget. hihihiii. yelah, kata baby dah makin besar dan kuat. kalau tido malam tu mmg sgt la uncomfortable. pusing kiri, baby tumbuk. pusing kanan, baby tendang. adoii. kdg2 kelakar. but honestly, this is the most wonderful feeling of being pregnant.


ujung2 mcm ni mmg digalakkan untuk bakal-bakal ibu dan bapa bykkan baca al-quran dan surah2 pilihan. bykkan solat hajat. semoga dipermudahkan proses kelahiran nnti. plg penting baby selamat, sempurna dan sehat walafiat.


terjumpe gamba ni kat intenet. rasa mcm suke sgt. tatau kenapa. hihihiii.



tak sabar nak pegi check up baby dis weekend. jangan la perhimpunan BERSIH tu mengganggu perjalanan kami. aminnnn

Monday, July 4, 2011

13 months of marriage + 36 weeks of pregnancy

harini genap setahun sebulan kami kawen. (yes mr hubs, i am still waiting for your WISH!!!). rasa mcm kejap je kan. tp honestly bila kita kawen, mmg lain tau dengan zaman couple2. skang dah kawen alhamdulillah dah dpt menghalalkan pegang2 tangan deting2 sana sini ciom2 pipi ke molot ke. hahahaaa. hang toksah claim la hang couple berbelas tahun so hang lg byk experience. try kawen tengok. sbb zaman couple ni tak sama ngan zaman kawen yg tinggal sebumbung, makan share sepinggan, tengok tv satu couch, tido satu blanket, mandi satu bathroom. eh eh ape ni ??? :P


walaupun tiada post tentang celebration first year wedding anniversary, tp jgn ckp takde tau. suami mak ni bukannye teruk beno. kehkehkehhhh. kitorang celebret la sket2 simple2 ye la nak bawak pegi jauh2 dah tak bole ngan boyot2 ceni. nnti tahun depan sebok ngan baby pulak nak candle light pun. so kitorang pegi la 7eatanine, KL. ambiance bole dikatakan excellent. tp food not so good. hospitality sgt bagus. siap bila mention nk reserve for anvrsry dinner, dia punya decoration dah cam valentines day dah. belon-belon bentuk love siap. so after all, it was a very romantic dinner. sometimes, its not about the place or food or price, but who are we having it with and how we appreciate it. :)

so ni ade la secebis gambar buat kenang-kenangan dari restaurant tu. haa siap tangkap gamba kitorang lagi tau :)



then a surprise gift from my hubs. haaaa sape tadi ckp laki mak tak romentik??? :P



seriously i like it so much :) mak kasik ape? hehe. mak kasik baby. baik tak mak? hahahahhahahahaaaaa. takdelah. mak kasik ipad2 siap smart cover okeh!

so minggu ni adalah minggu ke 36 of my pregnancy. 36 bahagi 4 tak ke 9 bulan tu? huhuhuhuhu ketaq lutut mommy!!

normally org ckp kalau kita dah nak dekat2 bersalin, ibu ibu mengandung akan slalu mimpi pelik dan takut2. a friend of mine siap mimpi jatuh bangunan la, bunuh diri la, mati lemas la. macam-macam. but for me, takdela teruk sgt. kdg2 tu ada la skali dua mimpi hantu. tp lately mimpi sume cm tak masuk akal. mimpi sti norhaliza dtg rumah la, mimpi makan ice cream byk2 la, mimpi deting dgn goerge clooney pun ada. hahahahahaa. tatau la nak tafsir apa sbb cm tak masuk akal sume2 tu. hahahaaa. harapnya mimpi2 tu sume sekadar mainan tidur. :)


so bila dah nak dekat2 nak bersalin ni, check up pun kerap la sket. kalau kat hosp kerajaan maybe check up dah dikerapkan ke seminggu skali. tp dengan dr seri ni, maybe dia busy sgt ke ape ke, i will have it twice a month. so next check up adalah hari sabtu ni. yeayyy honestly mmg kitorang looking fwd sgt2 everytime check up baby mesti countdown tinggal lagi bape jam sume tu. :P

last check up, berat mommy ni dah melebihi 60 kg. untuk manusia yg berat seblom kawen hanya 45 kg, mmg rasa cm berat gile la kan. cm tak pecaya bole gain sebanyak tu. ahhahahaa. alhamdulillah baby pun dah +- 2.3kg.

so far, baby:
- anggota dan organ baby dah complete. skarang adalah masa2 untuk baby kumpul lemak so that dia keluar nanti takde la kedut2 sgt kan. hahaha
- gradually dropping. maknanya slowly pegi turun dekat pelvic bone. preparation for labor
- getting stronger. mmg active betul anak mommy ni. tendang menendang tu mmg hobi. pastu kalau merajuk bagi bontot sampai senget2 perut. malu tau kdg2 tu.

mommy plak:
- appetite dah kembali. hoyeahhhh. tiada lagi masalah takmo makan. (*abesla next check up timbang tatau la bape kg lagi nak naik ni)
- cepat letih. sangat cepat letih. kdg2 mlm kol 9 dah tdo. tp impossible la nak dpt a very goodnite sleep. owh thanks to my big belly!
- cramping. skarang bukan stakat kaki je. sampai ke bontot dah ni. haihhh ni yg kene rajin jalan-jalan ni. eksesais!! ok esok jom pegi pavilion. :P
- frequently having braxton-hicks contraction.
- very bad lower back pain. lagi teruk, mr hubs jauh :( takde org nak tolong gosokkan. :((
- kaki bengkak toksah ckp la. mmg tak muat pakai kasut dah. urat-urat kaki pun dah makin timbul.

actually byk lagi changes to both mommy n baby. tp setiap org cam lain2. tak semestinya sama.


hospital bag for baby n mommy dah siap packing. insyaallah tade yg tertinggal la kot.
brg2 baby pun bole dikatakan dah cukup. maybe ada la benda2 kecik yg tak terperasan blom beli. tp mende2 penting dan besar2 insyaallah sumer dah ready. :)



jadi bulan ni enitaim kalau baby rasa ready nak keluar dah, dia akan keluar. doakan kami selamat dan dipermudahkan jalan ye kawan-kawan :)




till then. nnti mommy apdet lagi :)

Monday, June 20, 2011

mommy wannabe is writing again


haii, cik yung di sini. bersalin?? eh belom lagiiiiii.. baby masih gumbira di dalam sana tak ready lagi nak keluar ye.

hahahaaaa. so my last update was really A MONTH ago?? bravoo!!
well, blame the baby hormones.. (selagi boleh pakai excuse tu confirm akan ku pakai. ahhahaa)

so i am officially in 34 weeks of pregnancy. Alhamdulillah. everything is ok. at this stage, deria pendengaran baby dah fully developed. so baby dah bole recognize familiar sounds/voices. sbb tu kalau bising2 ke bukak volume kuat2 ke, mak aii kuat nya dia tendang2. babysepatutnya by this week dah reach 2kg. tp last time punya check up (31 weeks), our baby still 1.5kg. haihh baby, mommy rasa cm mommy dah makan byk dah. tp baby tak absorb eh? abes laa kalau semua pun pegi kat mommy. hahahaa. hopefully, by next check up (27th June), baby dah reach 2kg tu.

bila dah 34 weeks ni, Braxton-Hicks contraction dah mula terasa on a regular basis. walaupun ianya hanya false labour pains, tp MIL dah pesan soh siap2 ready with baby n mommy hospital bags. sbb ada sorang Bro-in-law lahir during 34weeks of pregnancy. huhuhuuu. so bag dah ada, just belom packing saje lagi.


owh, we hv attended an antenatal class, last saturday. we chose antenatal class @PCMC sbb mmg nak deliver kat situ pun kan. walaupun a lil bit pricy compared to other places, but it really worth it! mmg penoh bermakna lah senang cite. kelas tu dari pagi sampai ke petang. pagi punya topic mostly on the theoretical parts mcm dietary, pregnancy, labouring, confinement, etc. pastu tengahari dia bawak labor room,nursery and wards tour. then after lunch baru semua yg kene buat practical. exercise, breathing techniques, pushing, bathing baby, massaging bla bla blaaaa.. tp mmg letih la actually.

after antenatal class, me n hubs pegi reunion skolah. iyee, kami satu sekolahhh. kalau ikut hati dan keletihan, mmg rasa mcm tanak pegi. tp kesian pulak dekat mr hubs. dia dah lama sgt tak jumpa kawan2 dia. and kwn2 dia pun kwn2 ku jugakkan. so pegila jugak even skejap. it was actually a bbq reunion. buat dekat shah alam. diorang overnight kat sana. kitorang tak pat la nak overnight dengan boyot2 ceni kan. :P

keesokan harinya, adalah hari menghadiri Baby Shower yg di organized oleh GFS!! kalau ikut schedule, katanya kol 1230 tengahari. tp kitorang dr kol 830 dah ada kat KL pun. so nk soh dtg awal pun tak kesah. hehe. pastu dpt sms soh dtg kol 1pm. so sempat la pegi temankan mr hubs potong rambut kat KLCC sambil mkn eskremmm Fudge n Cream Factory. nyummm nyummmm. owh siap sempat jadi model utk giorgio armani sbb beli perfume. hahahahaa.

baby shower haritu mmg superb!! thumbs up to the organizer. decoration cantik gile. games mmg fun habes. pastu tema pun cun. :) thanks again to all attendees yg sanggup bersusah payah dtg jauh2 meluangkan masa bersama2, to make things happen!!. dah la father's day kan yg patutnya semua pun celebrate ngan bapak masing2. i hope you guys sempat celebrate it after kita balik tu. :) i am so blessed having you guys in my life. nnti baby keluar, of cos dia pun happy sbb ada untie2 dan uncle2 yg sporting habes. hehehee.

so di bawah adalah gambar2 sket2 from baby shower. of cos la gambar semua ni adalah dari GFS yg dicilok dari FB. hehehehee. kalau ikut hati nak letak semua gambar kat sini. tapi paham2 la kan blogspot ni cemana kan. :P

enjoy the pixies! p/s: gambar tidak mengikut turutan

excellent decorations!
semua org sporting giler main games. :)
an attempt "to make a baby". :P
word scrambler of the day- OBESITI!! hahahahha


the table setting. i'm loving it!!

doorgifts and itinerary.
cake cutting! actually it was jelly cutting. hahahaa

in front of Levain, venue of the day.

mr hubs and me in green theme - Parti Islam Malaysia
and baby yg tertonggeng tu sampai harini blom makan2 lagi. ada kat dlm peti ais. comel sgt , tak sampai hati nak makan. wuwuwuu


so itu sahaja untuk kali ini. akan cuba mengupadate sekerap yg mungkin sebelom bersalin ni kan. :P