Tuesday, March 29, 2011

of babymoon

korang tau tak ape itu babymoon?


dulu saya penah dengar la tapi tak amek port pun. tapi lepas pregnant ni, tambah pulak dah masuk 2nd trim, kak pejot suggest dah bole plan for babymoon. so mula lah tertanya-tanya apakah babymoon itu sebenarnya?


menurut wikipedia - babymoon is a vacation taken by a couple that is expecting a baby in order to allow the couple to enjoy a final trip together before the many sleepless nights that usually accompany a newborn baby.



so lebih kurang adalah plan untuk honeymoon lagi lah kan, except that you are pregnant. hehe. so mmg sesuai utk kita plan babymoon on the end of 2nd trim. yelah kalau dah 3rd trim takut dah tak larat + tak boleh naik plane dah.



harus di akui, persediaan menjadi ibu dan bapa ni mmg nervous habes tau. i mean, you are about to raise a child. the real family is starting!


kalau skarang, berdua je kan. asal mr hubs balik keje, sebok nak bergentel dulu. hug macam sebulan tak jumpe.
belom masuk time tengok tv pun sebok manja-manja macam anak kucing. pastu tido pun pegang tangan pls.
nanti kalau dah ada baby, semua tu maybe dah tak jadi priority. sebab baby dah jadi priority.
mr hubs balik carik baby dulu, dah tak cari mommy dulu dah. tapi nanti bole la kita tengok daddy berebut mommy ngan baby. hahahhaa. mesti cam kelakar kan.


so thats why kene pegi babymoon. ecewahhhhh. (mak aku cakap, tu mengada je lebih!)




normally, kalau kat negara2 omputih, babymoon package siap ada antenatal massage. yelah, sbb org pregannt actually tak dibenarkan massage, kecuali dengan pakar-pakar antenatal. so harga pun mmg charge pakar la kan. saya pernah la surf package2 ni, mak aii mmg super mahal lah.


rasanya, babymoon kami cukup untuk kami meluangkan masa bersama. (cettt!!!)



insyaallah, kalau diizinkan Yang Maha Esa, hujung minggu ni kami akan pegi BABYMOON. :D


yelah, sape2 yang follow saya di twitter mesti dah tahu saya nak pegi jalan-jalan. tak gitu cik ayu? :P





kemana saya mau pegi babymoon ni? jeng jeng jenggg.....



okla ai bagi you sneakpeak la ye.



ok sila teka. siapa yang teka betul, dapat souvenir dari BABYMOON!
kalini serious ni. hahahhahaaa


Wednesday, March 23, 2011

That first kick

bila gynae tanya, dah rasa baby kicking ke belom, masa tu macam sedih je.
sebab belom rasa apa-apa. even my gynae cakap its normal to feel the baby kick a lil bit
later for first timer, tapi masih rasa mcm sedih. sebab org lain pun first timer tapi masuk je 2nd trim most of them dah rasa baby kicking. and masa buat check up tu, i was in my 19weeks. skarang dah 21weeks dah.i kept waiting for that "fluttering" that people were saying :(


tapi harini mmg dah cipta satu sejarah. ye ye saya tahu harini ramai yg ada sejarah sebab harini result spm keluar kan. tapi saya punya sejarah lagi special tau. lepas masak dinner tadi, sedang berehat-rehat di haunted couch sambil minom air sejok, tibe2 rasa mcm geli giler-giler dalam perut. pastu gelak sorang-sorang sebab geli sangat. MY BABY FINALLY KICKED!! Omg it was so amazing!! alhamdulillah now i believe that there is someone in my belly, alive!! hahahaaaa..
this is like the greatest feeling in the whole world. :) so sape2 yang sepatutnya dah rasa your baby moving, tapi belom rasa, boleh try tips ni iaitu minom air sejok!! nanti baby gerak sebab lari dari kesejukan. hahaha



haihh lagi rasa tak sabr nak ada baby shower sendiri.

haritu balik sempat organize baby shower untuk jihan dengan girlfrens!
seriously, eita mmg talented gila in organising and decorating an event. :) i'm loving it.
aida ada port cupcake red velvet sedap. :D
nisa pulak ada port belon helium. owhh i likeeee :D

since jihan is expecting a girl, so harusla theme dia pinkish gitu kan. very cute. sangat lah adorable.





abes kalau baby boy cemana la rupa theme untuk baby shower? cute mcm baby girl tak? ke bosan je? :(


Monday, March 21, 2011

plan B

alhamdulillah, kitorang selamat sampai di bumi Brunei smalam.
kalini mmg lama betul kitorang kat KL. ada dalam 2 minggu.

so mcm biasa la, kalau balik semenanjung, mmg full abes schedule. baby pun jadi restless.
mommy jangan cerita lah kan. semua tempat nak pegi. semua org nak jumpa.

tapi of course la. tak semua tu jadi kenyataan. so mintak maaf kepada kawan-kawan yang
tak sempat kitorang jumpa haritu. jadual ketat!
insyaallah balik lagi skali, kita jumpa ok?


so mmg banyak sgt nak share pasal trip balik KL haritu.
tp yang ni yang paling paling paling paling nak share ngan korang.


pada suatu hari, kitorang nak balik ke rumah di Damansara.
pastu cam nak singgah makan la kan.

plan A nak pegi satu kedai ni. tapi nape ntah tak jadi haritu.
so secara kebetulan, singgah la kat kedai ni. plan B nama dia.
eh betul tauuu. tak tipu.


kedai dia cam simple je. tapi yg pelik cm penuh mat salleh2 kat depan2 ni.
so kitorang yg sedang lapar, masuk je lah kan.
takmo duduk dlm aircond, so kitorang duduk kat luar atas sofa.

menu dia oh sungguh creative. food selection adalah sangat superb.
harga dia, boleh la kalau first time kuar dating nak impress bakal awek. boleh la try dtg sini.


ni rupe muka depan menu. takmo amek gambo kat dalam dia. takut nanti balik Brunei mengidam pulak kan. susah mr hubs. :P


seating yang selesa, terutama untuk may buyung yang senang lenguh dan sakit pinggang ni.



so belek punya belek, memandangkan dah nak tengahari, saya pilih food ni. nama dia Saba Percik. yang syok, dia punya description besar2 tulis Budu. hahahaaa. tanpa berlengah lagi, saya order yang ni. hasilnya, amat menggembirakan hati. nasi kerabu dia tak mixed skali dengan sayur2 and kerabu-kerabu tu. mmg kene la dengan selera saya sbb saya makan nasi kerabu, tapi kerabu tu saya tak makan. saya suka makan nasi kaler purple dgn budu je. haa itulah nasi kerabu versi saya :D


mr hubs going western breakfast. ecehhhhh. poyo lah kan. mane taknye, esok tu kitorang nak balik teganu. boleh la poyo. balik teganu semua makanan teganu dia bedal. tapi okla, puas hati jugak dengan meal mr hubs. mushrooms dia, pergh sungguh memenuhi citarasa. homemade bakebean jugak mmg recommended!


untuk desserts, mmg terbaik dari ladang!! tengok je dah menggiurkan. kalau makan, mmg tak dapat describe dengan patah perkataan okeh.

so sape2 yang ada masa ke, nak try ubah selera makan ke, nak tukar angin feeling2 first date ke, kedai ini adalah sangat recommended! tempat dia dekat Bangsar Village, betul-betul opposite starbucks. lepas makan boleh minom try minom teh dekat Tea Forty Two dekat atas. :D

ok. till then. tiba-tiba lapar.

Tuesday, March 15, 2011

boy or girl?

Jeng Jeng Jengg!!!


video ni masa check up minggu ke 19.
so I am officially halfway to go!!


video ni cm kelakar sket sbb gender baby dah nampak. wooohoooo. so boy ke girl?? hehe. tengoklah sampai abes. nanti dpt jawapan di akhir video.




alhamdulillah, both mommy and baby are doing well. both of us getting bigger. *i am bulky*
buat masa sekarang, mmg baju2 sebelom pregnant dah tak muat.
so kene beli baru semua skali. dari ke undergarments hingga lah baju2 harian. nak beli banyak2 tak mampu, sbb baju
maternity mahal okeh. so terpaksala ulang2 pakai baju sama. agak2 boring kita pakai baju mr hubs okeh.
pastu supplement mmg byk kene mkn hari2. belom masuk kos2 check up. ulang alik balik Brunei-KL. owhhh belom masuk mengidam ntah apa2. ternyata mengandung itu mahal. :P. tp of cosla, paling mahal ialah experience and the feeling becoming a parent :) syukur, kami di beri peluang.


buat masa ni, I still can't feel any kicking from baby inside. maybe sbb dia kecik kot. berat dia just 300gram. abes yang naik berkilo-kilo ni, mana pegi makanan tu semua. ohhh tidakkkkkkk!!!!

atau mungkin betul kata dokter. baby dah slowly kicking. tp maybe tak perasan. sbb tak de experience. so ada harapan terlepas pandang.


tapi ape pun, i have another week to spend in KL. so time ni kene mkn banyak2 sbb semua sedap2. kene bergembira berjumpa dengan girlfrens and other vitamminsssss. and of cos la, setel semua yg perlu disetelkan. dah balik Brunei dah tak bole buat apa2. jadi lady of leisure balik. hahhahahaaa

Friday, March 4, 2011

kenapa doa tak dimakbulkan?




Memandangkan harini hari Jumaat, jadi saya mahu berkongsi sedikit bersama para pembaca.


Kita selalu berdoa. hari-hari kita berdoa. tapi kadang-kadang, doa kita tu, tak pernah jadi kenyataan. mungkin kita boleh semak kenapa doa kita tak dimakbulkan.







Dalam sebuah riwayat diceritakan bahwa Ibrahim bin Adam seorang ulama terkemuka ditanya oleh penduduk Basrah: mengapa doa kami tidak terkabul, padahal Allah menjanjikan akan mengabulkannya? Maka Ibarahim bin Adam menjawab : “Wahai penduduk kota Basrah! Hatimu telah mati dalam sepuluh perkara iaitu :



1. Kamu mengenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-hak-Nya yang wajib kamu kerjakan.


Contoh :
Hak Allah s.w.t. tersebut ialah melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Tidak menyamakan sesuatu dengan-Nya. Sembahyang tak cukup 5 waktu lepas tu kecoh doa tak makbul.


2. Kamu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya.

Contoh :
Kebanyakan orang yang membaca Al-Quran tidak memahami maksud yang terkandung dalamnya dan tidak mengamalkan ajarannya. Pulun malam jumaat je baca surah yassin, tapi tak faham apa-apa, apatah lagi nak mengamalkannya.


3. Kamu mengakui mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.

Contoh :
Meninggalkan sunnah rasul adalah bermaksud tidak mengamalkan cara hidup Rasulullah s.a.w. tetapi berlaku sebaliknya iaitu mencipta amalan-amalan yang bukan dari sunnahnya. Ia hanya menjadi bid’ah. Rasulullah cakap kalau makan, berenti sebelom kenyang. Tapi kita selagi perut tak ketat tak boleh bernafas, selagi tu la tak berhenti makan.


4. Kamu mengakui bahwa syaitan itu musuhmu, tetapi kamu mengikuti ajakannya.

Contoh :
Syaitan adalah musuh ketat manusia yang sentiasa berusaha agar manusia akan hidup dan mati dalam keadaan sesat dan menyesatkan. Kebanyakan manusia hidup dengan mengikut kehendak hawa nafsu dengan pengawalan syaitan. Oleh itu Allah s.w.t. tidak dapat mengabulkan doa orang yang mengikut telunjuk syaitan. Dah tahu kalau membazir tu amalan syaitan, tapi pun tak jugak-jugak insaf.



5. Kamu mengira kamu akan masuk syurga, tetapi tidak berusaha untuknya.

Contoh :
Kebanyakan manusia tidak berusaha membuat kebaikan sama ada untuk diri, keluarga atau orang lain. Ada pula yang tidak bersedia menghadapi kematian meskipun tahu kematian pasti tiba bila-bila masa sahaja. Nak masuk syurga, tapi perangai+mulut+kelakuan+hati mashaAllah, tuhan saja yang tahu.


6. Kamu takut akan azab api neraka tetapi tindakanmu menjurus ke arah menjerumuskan diri ke dalamnya.

Contoh :
Kebanyakan manusia berusaha mencapai kepuasan dalam hidup dengan cara yang tidak betul atau yang lebih membawa ke neraka meskipun telah diketahui azab neraka itu pedih dan menyeksakan. Konon kejar lifestyle lah kan, berfesyen stylo-mylo sana sini tapi lupa nak jaga tatatertib sebagai seorang muslimah.


7. Kamu mengatakan bahawa mati itu benar, namun kamu tidak mempersiapkan diri untuknya.

Contoh :
Meskipun telah mengetahui mati itu pasti, kebanyakan manusia tida bersedia ke arah itu, sebaliknya berusaha di dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya. Buktinya, selalu cakap kat org lain "Owh I tak ready lagi nak mati". amboiii cam kau boleh pilih je kan nak mati bila.



8. Kamu sibuk mengambil tahu keburukan orang lain, namun keburukan mu sendiri tidak pernah kamu pedulikan.


Contoh :
Selalu jaga tepi kain orang lain, tetapi sebaliknya kelamahan diri sendiri tidak disedari atau tidak mahu diakui. Org itu tak betul, org ini tak betul tapi yang betul diri sendiri je. OMG! perasan bagus. Lupa yang semuanya pinjaman dari Maha Esa


9. Kamu selalu makan nikmat Allah s.w.t. tetapi kamu tidak mensyukurinya.

Contoh :
Sedari lahir hingga dewasa manusia menikmati nikmat dan rahmat Allah s.w.t. tetapi kurang sekali manusia mensyukurinya secara bersungguh-sungguh. Selalu rasa diri sendiri tak cukup itu ini, tapi tak sedar org lain jauh tak cukup serba serbi. Kadang-kadang terlepas pandang, nikmat boleh hidup sehari lagi di atas mukabumi ini dengan izinNya.


10. Kamu mengebumikan jenazah orang lain tetapi kamu tida mengambil pengajaran daripadanya.

Contoh :
Seseorang itu pasti biasa menguruskan jenazah orang lain yang meninggal dunia atau sekurang-kurangnya mengiringi jenazahnya ke kubur. Namun kematiannya tersebut tidak diambil iktibar bahawa suatu masa nanti waktu kita kan tiba jua. Punyalah bergossip macam-macam tentang si mati, tapi takde pulak nak insaf mende sama jadi kat diri sendiri.


Oleh itu, jika doa-doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t. kita dikehendaki menghisab dan menilai amalan dan perilaku diri kita sendiri dan tidak menyalahkan Allah s.w.t. Ini kerana Allah s.w.t. lebih mengetahui segala sesuatu.


Namun begitu, jangan pernah putus asa dalam berdoa kerana doa itu senjata untuk kita semua.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..



Wassalam.



picture: google

Wednesday, March 2, 2011

#Marchwishes

it's March already people.









I have so many things to be done in March.
my monthly check up.
birthdays to attend.
a baby shower.
weddingssss.
xykxhsjmm.
snshhy.
babymoon planning.
abgdhksl.
clinqpwdr.
kksyrags.
ikealala.
minicooper@@
rahsiapohoncemara.
mochimochi.
iildivo.
planb.
maroon5tix.
bellamyehemehem.
celcomberukbeng.
tuttifwwuuuttyy.
baladahati.



it is definitely going to be a very busy month. but i know, March will be good to me and baby. :)





so what is your plan for March?







photo: http://blog.websitetemplates.bz