Friday, March 4, 2011
kenapa doa tak dimakbulkan?
Memandangkan harini hari Jumaat, jadi saya mahu berkongsi sedikit bersama para pembaca.
Kita selalu berdoa. hari-hari kita berdoa. tapi kadang-kadang, doa kita tu, tak pernah jadi kenyataan. mungkin kita boleh semak kenapa doa kita tak dimakbulkan.
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahwa Ibrahim bin Adam seorang ulama terkemuka ditanya oleh penduduk Basrah: mengapa doa kami tidak terkabul, padahal Allah menjanjikan akan mengabulkannya? Maka Ibarahim bin Adam menjawab : “Wahai penduduk kota Basrah! Hatimu telah mati dalam sepuluh perkara iaitu :
1. Kamu mengenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-hak-Nya yang wajib kamu kerjakan.
Contoh :
Hak Allah s.w.t. tersebut ialah melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Tidak menyamakan sesuatu dengan-Nya. Sembahyang tak cukup 5 waktu lepas tu kecoh doa tak makbul.
2. Kamu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya.
Contoh :
Kebanyakan orang yang membaca Al-Quran tidak memahami maksud yang terkandung dalamnya dan tidak mengamalkan ajarannya. Pulun malam jumaat je baca surah yassin, tapi tak faham apa-apa, apatah lagi nak mengamalkannya.
3. Kamu mengakui mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
Contoh :
Meninggalkan sunnah rasul adalah bermaksud tidak mengamalkan cara hidup Rasulullah s.a.w. tetapi berlaku sebaliknya iaitu mencipta amalan-amalan yang bukan dari sunnahnya. Ia hanya menjadi bid’ah. Rasulullah cakap kalau makan, berenti sebelom kenyang. Tapi kita selagi perut tak ketat tak boleh bernafas, selagi tu la tak berhenti makan.
4. Kamu mengakui bahwa syaitan itu musuhmu, tetapi kamu mengikuti ajakannya.
Contoh :
Syaitan adalah musuh ketat manusia yang sentiasa berusaha agar manusia akan hidup dan mati dalam keadaan sesat dan menyesatkan. Kebanyakan manusia hidup dengan mengikut kehendak hawa nafsu dengan pengawalan syaitan. Oleh itu Allah s.w.t. tidak dapat mengabulkan doa orang yang mengikut telunjuk syaitan. Dah tahu kalau membazir tu amalan syaitan, tapi pun tak jugak-jugak insaf.
5. Kamu mengira kamu akan masuk syurga, tetapi tidak berusaha untuknya.
Contoh :
Kebanyakan manusia tidak berusaha membuat kebaikan sama ada untuk diri, keluarga atau orang lain. Ada pula yang tidak bersedia menghadapi kematian meskipun tahu kematian pasti tiba bila-bila masa sahaja. Nak masuk syurga, tapi perangai+mulut+kelakuan+hati mashaAllah, tuhan saja yang tahu.
6. Kamu takut akan azab api neraka tetapi tindakanmu menjurus ke arah menjerumuskan diri ke dalamnya.
Contoh :
Kebanyakan manusia berusaha mencapai kepuasan dalam hidup dengan cara yang tidak betul atau yang lebih membawa ke neraka meskipun telah diketahui azab neraka itu pedih dan menyeksakan. Konon kejar lifestyle lah kan, berfesyen stylo-mylo sana sini tapi lupa nak jaga tatatertib sebagai seorang muslimah.
7. Kamu mengatakan bahawa mati itu benar, namun kamu tidak mempersiapkan diri untuknya.
Contoh :
Meskipun telah mengetahui mati itu pasti, kebanyakan manusia tida bersedia ke arah itu, sebaliknya berusaha di dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya. Buktinya, selalu cakap kat org lain "Owh I tak ready lagi nak mati". amboiii cam kau boleh pilih je kan nak mati bila.
8. Kamu sibuk mengambil tahu keburukan orang lain, namun keburukan mu sendiri tidak pernah kamu pedulikan.
Contoh :
Selalu jaga tepi kain orang lain, tetapi sebaliknya kelamahan diri sendiri tidak disedari atau tidak mahu diakui. Org itu tak betul, org ini tak betul tapi yang betul diri sendiri je. OMG! perasan bagus. Lupa yang semuanya pinjaman dari Maha Esa
9. Kamu selalu makan nikmat Allah s.w.t. tetapi kamu tidak mensyukurinya.
Contoh :
Sedari lahir hingga dewasa manusia menikmati nikmat dan rahmat Allah s.w.t. tetapi kurang sekali manusia mensyukurinya secara bersungguh-sungguh. Selalu rasa diri sendiri tak cukup itu ini, tapi tak sedar org lain jauh tak cukup serba serbi. Kadang-kadang terlepas pandang, nikmat boleh hidup sehari lagi di atas mukabumi ini dengan izinNya.
10. Kamu mengebumikan jenazah orang lain tetapi kamu tida mengambil pengajaran daripadanya.
Contoh :
Seseorang itu pasti biasa menguruskan jenazah orang lain yang meninggal dunia atau sekurang-kurangnya mengiringi jenazahnya ke kubur. Namun kematiannya tersebut tidak diambil iktibar bahawa suatu masa nanti waktu kita kan tiba jua. Punyalah bergossip macam-macam tentang si mati, tapi takde pulak nak insaf mende sama jadi kat diri sendiri.
Oleh itu, jika doa-doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t. kita dikehendaki menghisab dan menilai amalan dan perilaku diri kita sendiri dan tidak menyalahkan Allah s.w.t. Ini kerana Allah s.w.t. lebih mengetahui segala sesuatu.
Namun begitu, jangan pernah putus asa dalam berdoa kerana doa itu senjata untuk kita semua.
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..
Wassalam.
picture: google
Labels:
life lessons,
self-help
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
mimi, thanks for sharing :)
when are you due ni dear? take care!
tazkirah jumaat ye miey..^^
and i got this from slot tanya ustaz@tv9:-
password doa = yakin tuhan dengar+faham+khusyuk
renung2kan, slamat beramal..
I loike... Semoga dapat pengajaran darinya.. ~~~
ustazah mimi memang best!
hsalam, nama blog anda sgt best =)
i luv it deeply =) I wish i can marry my best fren too. Amin.
Mohon doanya drp anda =)
saya folo sayang *54 =)
hsalam, nama blog anda sgt best =)
i luv it deeply =) I wish i can marry my best fren too. Amin.
Mohon doanya drp anda =)
saya folo sayang *54 =)
Best info ni...amat bermakna di hati ini..Thanks Ustazah Mimi..
hi! love your blog. i'm marrying my best friend too!! thanks for sharing this entry. it made me realize a lot of things.
Post a Comment