Wednesday, May 4, 2011

babymoon part 3

Hari ke3 pun memaksa kitorang bangun awal. Mandi2 siap2 then brekfes dengan roti + tuna mayonnaise yg di bawa dari Brunei. mmg kat paris langsung tak amek brekfest kat hotel. Ye lah stakat nk mkn croissant sebijik campur expresso secawan kecik bersamaan dgn euro10. Tak ke mahal gile tu.

Hari ke3 destinasi mmg banyak. Tp destinasi utama actually nak pegi la vallee village. Ni cam shopping outlet yg terletak dekat dgn Disneyland. Maknanya jauh dr pekan paris la. So nak sampai sini, sama jugak cm Disneyland kene tuka2 tren.

Kitorang gerak dari hotel dlm pukul 730 pagi. Semangat okeh. Mmg sejuk gile. Hujan renyai2 pulak tuh. Ckp mmg kuar2 asap. So bole tengok org2 paris kuar pegi kerja naik tren. Boleh dikatakan semua org cam stylo mylo. Tak kesah la tua ke muda ke. Kalau kita kat mesia yg pegi keje pun sememeh mmg malu gile la tgk org2 paris berpesyen.

So sampai je stesyen yg dituju, kene lalu sebuah mall sepanjang midvalley utk sampai ke entrance la vallee village ni. So cam tak rasa jauh sgt sbb lalu dlm mall kan. Sempat la jeling2 jugak. Hahhaaha. La vallee ni bukak kol 10pg. kitorang sampai dlm 915 centuh. So mr hubs ckp meh la rest kejap sambil tunggu la vallee bukak. So kitorang lepaklah di Paul. Mmg recommended la tpt ni kalau nk mkn French food. Sedap dan cantik tempatnya. Since kitorang sampai tu pagi lagi, so harus la menu dia breakfast kan.

ni cam tempat husband menunggu wife pegi toilet. curlasttt makk, siap ada massage chair. mmg sah2 takleh buat mende ceni kat mall malaysia.


breakfast at Paul. sedap! recommended!

opposite Paul adalah McDonalds. tapi eksyen kan takmo pegi MCD. hahahaha

Elok je la vallee bukak, kitorang pegi redeem vip vouchers yg dpt time naik tourist bus time 1st day haritu. Syok ooo. Dapat 6 vouchers, entitled us for further 10%. Ngehngehngehhhh. Bila masuk je dlm la vallee village tu mmg rambang mata. Harga mmg bole dikatakan lebih murah dr biasa. Mr hubs masuk je Ralph Lauren terus lupa ada bini ikut skali. Dia punye syok shopping mmg tak ingat dunia. Tp honestly speaking, mende2 kat la vallee ni cam out season. Dia takde latest collection. So maybe tu la reason dia murah sket kot. Untuk senarai butik yg ada dekat la vallee, bole visit http://www.lavalleevillage.com/en/home/home


entrance untuk masuk ke La Vallee Village from the mall. mmg sah2 la kitorang antara early birds yang sampai. tolong bukak kedai. :P

yeay hati girang setelah redeem VIP vouchers dekaat customer service. further discounts!

So sempat la jugak grab few branded clothes untuk baby. Ganas daddy dia ni. Mmg excited mengalahkan mommy baby. Semua mende nak beli satu set. Dari ke topi sampai ke bib. Baju seluar tayah cakap la. Baby pun nak beli baju tommy la Ralph Lauren la Timberland la, mommy dia pun tak beli. Huwaaaa.


tengok tu suamiku shopping sampai dah tak tengok bini. agaknye lupe kejap dtg ngan bini, ish ishhh ishhhhhhh. time ni dekat Ralph Lauren. mmg la kan. try ajak pegi masuk kedai pompuan, baru tau!!

Since mende kat sini cm mmg la murah kalau nak compare dgn kat luar, so kitorang decided utk beli sorang satu utk anak2 beranak di kampung. Kalau dah nama anak beranak, toksah pelik la kalau beli beg longchamp sampai 9 bijik kan. Of course la beli satu untuk baby. *cough..

Boleh dikatakan duet habes kat sini je. Tp takpelah, kali ni je k berbelanjan mcm ni. Lepas ni, beli baju anakku je utk baby. Takpun, mintak ehsan daripada sepupu2 yg baru bersalin yg agak2 anak derang dah tak muat baju newborn tuh, bole la hulur2 ke kami. Hahahaha.

Dah penat shopping, (padahal dah abes duet), maka kitorang pun gigih la bawak shopping beg tu semua naik tren untuk balik ke pekas paris. Perghhh rupanya banyak jugak. Tengok nii.. ni kalau upah pun tak nak shopping kat KL naik tren kene tuka2 ceni. Bole gile kejap. Mmg sampai hotel je terus flat.

sanggup ko usung paperbags ni semua tuka-tuka tren? kat Paris mak sanggupppp. kat KL, kasik upah pun jangan harap!!

Sampai hotel mmg flat. Tp takleh flat lama2 sbb nak keluar pulak. Kalini nak pegi De Lourve pulak. Ala muzium yg ade mona Lisa tu. Kali ni mmg sakit kaki sakit pinggang sakit bontot semua takyah cite la kan. So tuka pakai selipar kickers yg baru beli tadi. Dah tak pakai boot. Tp mmg jadi perhatian semua org la kan. Dah la selipar, stoking puteh pulak tu. Hahahaa. Ni la kalau dah sakit kaki kan.

Pegi De Lourve semata2 utk tengok Mona Lisa. Kalau nak tau muzium ni mmg the largest muzium. Mmg besar gile. Kalau tawaf dua hari pun blom tentu habes. Even nak pegi ke tpt mona lisa pun gile jauh nak mampos. Entrance fee adalah Euro10 seorang. Kalau nk g kat mona lisa ni, amek entrance Denon. Jgn amek entrance yg lain2 tu. Mmg takkan jumpa la mona lisa nya. Pastu nnti ada la direction nak pegi ke tpt mona lisa tu. Sebelom sampai, kene melalui patung2 bogel lelaki dan perempuan. Haihhh. Malu aiii. Manusia mmg ramai gile. Cam tak percaya ada org suka art sampai centu. Ke diorang ni berlakon je ni? Cam kitorang kan. Ahakss!!

ok kawan-kawan kalau dtg De Lourve semata-mata nak tengok Mona Lisa, sila masuk ikut entrance Denon. jangan salah entrance ye. bangunan ni besar. kang tak pasal2 jumpa Mona Lisa lain. tak berbaloii. :P

Ramai gile manusia. Mona Lisa tu dah la kecik, pastu letak lagi dalam cermin. pastu selapis lagi cermin. mmg terbaik lah kan. haihhhhhhh. ntah ape yg spesel sgt pun tak paham ni.

Di luar De Lourve. tu pyramid yg cm dlm Da Vinci code tu. actually pyramid tu cam entrance dari atas untuk masuk dlm museum.

kesian kami. datang berdua macam ni lah. terpaksa tangkap gambar sendiri-sendiri. pastu mula lah tak kene, nampak double chin lah, nampak gemok lah, nampak lebar lah. alah sume salah camera lah senang cite. :P

Pastu, kitorang terus pegi Seine River nak kejor boat. Boat tu nnti dia bawak tour sambil cerita2 la. Kalau amek yg dinner package punya, mmg romantic abes la, dinner atas boat sambil sunset. Hehehe. Tp kitorang kan tak romantik. So tak perlu la kan. :P tp seriously seine river boat tour ni kiranya is a must kalau dtg paris tau. Sbb cam most of the tourist attraction places ada along the river. So kalau nk untung amek yg hop on hop off. Tayah susah payah tuka2 tren dah nak g tpt2 ni. Tp cm kitorang dh lambat kan, so amek yg express. Kirenye dia tak brenti2 la.


Then, kitorang pegi st Michael untuk dinner. Mr hubs punya choice mmg la kebab. But I ate something different that day. I ate crepe. Okla not bad. Just bila dia dah sejuk cheese dia jadi keras, so muak. Cheese cepat keras sbb kat sana kan sejuk. Kalau kat Malaysia lambat sket la.

posing depan kedai crepe. tu kalau dpt nutella sebesar tu tatau la setahun pun blom tentu abes makan agaknye kan.

mr hubs tetap dengan pilihan kebabnya. mmg tak makan mende lain dah.

Then lepas kekenyangan, kitorang pegi Eiffel tower. Nak beratur nak naik to the top. :D kitorang gerak time tu dah pukul 7 .30 cm tu. Then beratur lebih kurang stengah jam baru bole naik. Tiket utk naik sampai ke puncak ialah euro13.40 seorang. Kalau nak naik sampai level 2 je, lain pulak harga dia. Tak sure brapa. Tp kat atas tu pun ada restoren tau. Since kitorang dah kenyang so tak pegila restoren tu. Harus mahal gile la kan.

Masa beratur nak naik lif ke puncak Eiffel tower tu, ada sorang lady ni siap bagi tpt duduk dia. Time tu rasa mcm aah laaa I am pregnant. :P


ni tiket Eiffel Tower. tuh dia dah koyak half untuk naik lif naik ke 2nd floor. lagi sbelah dia koyak nnti nak naik ke 3rd floor. kire floor paling tinggi.


Naik atas sana mmg sejuk gile. Angin lagi. Rasa cm nak beku je. Siap pegi toilet at the top. Hahahahaa. Don’t play play. View dari top of Eiffel tower adalah sungguh menakjubkan. Nampak satu kota paris. Pack giler. Jauh la kalau nk compare ngan KL. Kalau KL pack cam paris, harus jalanraya dah jadi Jakarta. Traffic jem! Tp kat paris cm takde traffic jam sbb most of them guna public transport. Tgh2 tangkap gambo, sunset. Bayangkan sunset kol 830mlm. SubhAnaallah. Kalau kat tpt kita dah nak isyak dah tu. So tidak dpt menahan kesejukan punya pasal, kitorang turun. Elok cecah tanah je, lampu kelip2 di pasang. Mmg susah nk dpt timing betul utk lampu ni actually. So kitorang cm very lucky jgakla. Mmg cantik sgt.

Dah abes tgkp gambo sume, kitorang cepat2 kene balik sbb kene kejar tren. Last tren dlm kol 1030 centu kot. Sampai je hotel rasa mcm nak patah semua anggota badan. Tuhan saje yg tahu.





Tp seriouslah, korang pegila melawat Eiffel Tower tu. Cantik sgt.

4 comments:

Jes_Oren said...

rase cam nk fly g sana skang juge..hehe

farahayuni said...

ayat yang last tu!
*stress! lol

schmellow said...

ayat last tu memang mambakar! hahahahaa.

schmellow said...

ayat last tu memang mambakar! hahahahaa.