Showing posts with label self-help. Show all posts
Showing posts with label self-help. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

36 things that change when you have a baby

1. tidur makin lambat. tidur makin kurang.

2. makan makin banyak. sbb breastfeeding itu melaparkan. tp daddy dia tak breastfeed pun makan banyak jugak. hairan bukan?

3. the sacrifices you thought you made to have a child no longer seem like sacrifices.

4. kalau pegi shopping, barang/baju/mainan baby jadi main attraction.

5. you respect your parents and love them in a new way.

6. bujang, packing utk seorang. dah kawen, share satu luggage. now- tambah luggage utk baby. so does the packing!

7. you find that your baby's pain feels much worse than your own. baby kene amek darah, aku yg meraung2.

8. mudah kecik hati makan hati terasa hati towards whatever ppl do/say bout your baby.

9. everyday is a suprise.

10. kalau tgk cermin, dah tengok diri sendiri but tengok baby.

11. you finally realize that true joy doesn't come from material wealth

12. faham kenapa family with babies go onboard before other ppl. its not easy to travel with babies.

13. don't mind going to bed at 9 p.m. on Friday night.

14. tak sanggup tinggal baby dengan bibik utk keluar have fun. seriously.

15. mula fikir utk menabung utk education baby.

16. dulu amek masa 5 menet bersiap, skarang stengah jam plg minimum.

17. you discover an inner strength you never thought you had.

18. you take the time for one more hug and kiss even if it means you'll be late.

19. kalau merajuk, you love your baby so much than your spouse. :P

20.You realize that you can love a complete stranger.

21. If you didn’t believe in love at first sight before, now you do

22. marah kalau ada bunyi bising yg boleh kejotkan baby tidur. marah sangat.

23.You just plain love life more - everything comes together and becomes better because of one tiny person and your love for them.

24. marah dengan org isap rokok dekat baby. bau rokok pun dah menjengkelkan. rasa mcm nak jerit, woi, takde akal ke?

25. you know how useful minyak kayu putih is.

26. its heartbreaking when your milk supply is not enuff for your baby.

27. you kiss your baby more than you kiss your spouse. :P

28. you wanna make world a better place.

29. now someone is depending on you, only you! he has only you, only you!

30. you want to sanitize everything. i mean, EVERYTHING!

31. finally find out the real reason you have those breasts.

32. you want to take better care of yourself for your child.

33. kalau call dari ofis, first thing tanya is baby buat ape? minum susu ke belom? nangis ke tak? baby FIRST!

34. dunia seakan aman gila when your baby smiles at you.

35. you can have the most wonderful conversation using only vowel sounds like "ahhh" and "oooo."

36. you realized that contraceptive is very important. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Thursday, August 11, 2011

Pahala Cium Anak


this entry was taken from mishawads. thank you for sharing :)
........................................................................................................
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
------------


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.

Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
----------------------

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
--------------------
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
-----------------------

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."
Sabda Nabi SAW;
"Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
---------------------
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
---------------------------
Seorang lelaki bertanya;
"Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"

Jawab baginda;
"Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi;
"Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW;
"Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

............................................................................................

Ammar Hafiy, come here mommy wanna kiss kiss :* :*


Monday, July 4, 2011

13 months of marriage + 36 weeks of pregnancy

harini genap setahun sebulan kami kawen. (yes mr hubs, i am still waiting for your WISH!!!). rasa mcm kejap je kan. tp honestly bila kita kawen, mmg lain tau dengan zaman couple2. skang dah kawen alhamdulillah dah dpt menghalalkan pegang2 tangan deting2 sana sini ciom2 pipi ke molot ke. hahahaaa. hang toksah claim la hang couple berbelas tahun so hang lg byk experience. try kawen tengok. sbb zaman couple ni tak sama ngan zaman kawen yg tinggal sebumbung, makan share sepinggan, tengok tv satu couch, tido satu blanket, mandi satu bathroom. eh eh ape ni ??? :P


walaupun tiada post tentang celebration first year wedding anniversary, tp jgn ckp takde tau. suami mak ni bukannye teruk beno. kehkehkehhhh. kitorang celebret la sket2 simple2 ye la nak bawak pegi jauh2 dah tak bole ngan boyot2 ceni. nnti tahun depan sebok ngan baby pulak nak candle light pun. so kitorang pegi la 7eatanine, KL. ambiance bole dikatakan excellent. tp food not so good. hospitality sgt bagus. siap bila mention nk reserve for anvrsry dinner, dia punya decoration dah cam valentines day dah. belon-belon bentuk love siap. so after all, it was a very romantic dinner. sometimes, its not about the place or food or price, but who are we having it with and how we appreciate it. :)

so ni ade la secebis gambar buat kenang-kenangan dari restaurant tu. haa siap tangkap gamba kitorang lagi tau :)



then a surprise gift from my hubs. haaaa sape tadi ckp laki mak tak romentik??? :P



seriously i like it so much :) mak kasik ape? hehe. mak kasik baby. baik tak mak? hahahahhahahahaaaaa. takdelah. mak kasik ipad2 siap smart cover okeh!

so minggu ni adalah minggu ke 36 of my pregnancy. 36 bahagi 4 tak ke 9 bulan tu? huhuhuhuhu ketaq lutut mommy!!

normally org ckp kalau kita dah nak dekat2 bersalin, ibu ibu mengandung akan slalu mimpi pelik dan takut2. a friend of mine siap mimpi jatuh bangunan la, bunuh diri la, mati lemas la. macam-macam. but for me, takdela teruk sgt. kdg2 tu ada la skali dua mimpi hantu. tp lately mimpi sume cm tak masuk akal. mimpi sti norhaliza dtg rumah la, mimpi makan ice cream byk2 la, mimpi deting dgn goerge clooney pun ada. hahahahahaa. tatau la nak tafsir apa sbb cm tak masuk akal sume2 tu. hahahaaa. harapnya mimpi2 tu sume sekadar mainan tidur. :)


so bila dah nak dekat2 nak bersalin ni, check up pun kerap la sket. kalau kat hosp kerajaan maybe check up dah dikerapkan ke seminggu skali. tp dengan dr seri ni, maybe dia busy sgt ke ape ke, i will have it twice a month. so next check up adalah hari sabtu ni. yeayyy honestly mmg kitorang looking fwd sgt2 everytime check up baby mesti countdown tinggal lagi bape jam sume tu. :P

last check up, berat mommy ni dah melebihi 60 kg. untuk manusia yg berat seblom kawen hanya 45 kg, mmg rasa cm berat gile la kan. cm tak pecaya bole gain sebanyak tu. ahhahahaa. alhamdulillah baby pun dah +- 2.3kg.

so far, baby:
- anggota dan organ baby dah complete. skarang adalah masa2 untuk baby kumpul lemak so that dia keluar nanti takde la kedut2 sgt kan. hahaha
- gradually dropping. maknanya slowly pegi turun dekat pelvic bone. preparation for labor
- getting stronger. mmg active betul anak mommy ni. tendang menendang tu mmg hobi. pastu kalau merajuk bagi bontot sampai senget2 perut. malu tau kdg2 tu.

mommy plak:
- appetite dah kembali. hoyeahhhh. tiada lagi masalah takmo makan. (*abesla next check up timbang tatau la bape kg lagi nak naik ni)
- cepat letih. sangat cepat letih. kdg2 mlm kol 9 dah tdo. tp impossible la nak dpt a very goodnite sleep. owh thanks to my big belly!
- cramping. skarang bukan stakat kaki je. sampai ke bontot dah ni. haihhh ni yg kene rajin jalan-jalan ni. eksesais!! ok esok jom pegi pavilion. :P
- frequently having braxton-hicks contraction.
- very bad lower back pain. lagi teruk, mr hubs jauh :( takde org nak tolong gosokkan. :((
- kaki bengkak toksah ckp la. mmg tak muat pakai kasut dah. urat-urat kaki pun dah makin timbul.

actually byk lagi changes to both mommy n baby. tp setiap org cam lain2. tak semestinya sama.


hospital bag for baby n mommy dah siap packing. insyaallah tade yg tertinggal la kot.
brg2 baby pun bole dikatakan dah cukup. maybe ada la benda2 kecik yg tak terperasan blom beli. tp mende2 penting dan besar2 insyaallah sumer dah ready. :)



jadi bulan ni enitaim kalau baby rasa ready nak keluar dah, dia akan keluar. doakan kami selamat dan dipermudahkan jalan ye kawan-kawan :)




till then. nnti mommy apdet lagi :)

Tuesday, April 19, 2011

hello polyvore!

harini actually nak sambung entry babymoon. tapi bangun2 pagi tadi ada bertweet2 dengan cik eita. skali dia mention pasal polyvore. so dengan jujurnya tanya lah dia apekemende kah itu polyvore kan. rupa2nya ni cam satu website kita bole arrange2 kan fashion and art. ala cam dalam magazine tu.

kalau dulu masa kecik2 ade kan permainan paperdoll yg kita main tuka-tuka baju tu kan. ni konsep yang sama tapi bezanya kita takde model tu. tapi yg ni lebih mengujakan sbb cam kita bole pilih baju2 designer mahal2. pastu bole tambah kita punya collection sendiri, atau pun import dari website lain utk baju2 yang kita suka.

oh lagi satu, jangan risau kalau anda tak creative. sbb saya jauh dr creative lah. dia dah ada template siap2. so bole pilih je mana2 yang anda suka and then create your own set.

inilah hasilnya:


1) yang ni yang first skali saya try selepas signup
try 1



2)pastu yang ni yang second punya. hahahahhaaaa. yang ini saya tujukan khas untuk kawan-kawan yang menggilai Ryan Reynolds.


3) then yang ni yang ketiga. yang ni nampak lebih matang sket la kan. :P see bole letak wording jugak tau. not necessarily fashion saje.






tu tiga yang saya publish. yang tak publish sket nya banyak lagi ok. :P tapi yg ni mmg the firsst three polyvore that i've created today. so ini cukup untuk explain kenapa entry babymoon blom ada sambungan. saya tengah busy main polyvore. yelah, lepas ni saya mungkin dah takde masa nak main2 buang masa mcm ni kan. thanks again to cik eita kerana memperkenalkan polymore. :) saya nak main ni sampai bosan dulu then baru saya sambung entry babymoon okeh. :P

pastu untuk sape2 yg telah addictive, boleh la try masuk contest. dia ada banyak sgt contest. plus the prize are sooo great. yelah sapa nak kasik $1000 untuk shopping kan. siap ada hadiah trip to NYC to shopping lagik! so, go set your own at http://www.polyvore.com.
oh jgn lupa cekidaut cik eita punya blog. dia nampaknya sudah addictive. :P

Friday, March 4, 2011

kenapa doa tak dimakbulkan?




Memandangkan harini hari Jumaat, jadi saya mahu berkongsi sedikit bersama para pembaca.


Kita selalu berdoa. hari-hari kita berdoa. tapi kadang-kadang, doa kita tu, tak pernah jadi kenyataan. mungkin kita boleh semak kenapa doa kita tak dimakbulkan.







Dalam sebuah riwayat diceritakan bahwa Ibrahim bin Adam seorang ulama terkemuka ditanya oleh penduduk Basrah: mengapa doa kami tidak terkabul, padahal Allah menjanjikan akan mengabulkannya? Maka Ibarahim bin Adam menjawab : “Wahai penduduk kota Basrah! Hatimu telah mati dalam sepuluh perkara iaitu :



1. Kamu mengenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-hak-Nya yang wajib kamu kerjakan.


Contoh :
Hak Allah s.w.t. tersebut ialah melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Tidak menyamakan sesuatu dengan-Nya. Sembahyang tak cukup 5 waktu lepas tu kecoh doa tak makbul.


2. Kamu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya.

Contoh :
Kebanyakan orang yang membaca Al-Quran tidak memahami maksud yang terkandung dalamnya dan tidak mengamalkan ajarannya. Pulun malam jumaat je baca surah yassin, tapi tak faham apa-apa, apatah lagi nak mengamalkannya.


3. Kamu mengakui mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.

Contoh :
Meninggalkan sunnah rasul adalah bermaksud tidak mengamalkan cara hidup Rasulullah s.a.w. tetapi berlaku sebaliknya iaitu mencipta amalan-amalan yang bukan dari sunnahnya. Ia hanya menjadi bid’ah. Rasulullah cakap kalau makan, berenti sebelom kenyang. Tapi kita selagi perut tak ketat tak boleh bernafas, selagi tu la tak berhenti makan.


4. Kamu mengakui bahwa syaitan itu musuhmu, tetapi kamu mengikuti ajakannya.

Contoh :
Syaitan adalah musuh ketat manusia yang sentiasa berusaha agar manusia akan hidup dan mati dalam keadaan sesat dan menyesatkan. Kebanyakan manusia hidup dengan mengikut kehendak hawa nafsu dengan pengawalan syaitan. Oleh itu Allah s.w.t. tidak dapat mengabulkan doa orang yang mengikut telunjuk syaitan. Dah tahu kalau membazir tu amalan syaitan, tapi pun tak jugak-jugak insaf.



5. Kamu mengira kamu akan masuk syurga, tetapi tidak berusaha untuknya.

Contoh :
Kebanyakan manusia tidak berusaha membuat kebaikan sama ada untuk diri, keluarga atau orang lain. Ada pula yang tidak bersedia menghadapi kematian meskipun tahu kematian pasti tiba bila-bila masa sahaja. Nak masuk syurga, tapi perangai+mulut+kelakuan+hati mashaAllah, tuhan saja yang tahu.


6. Kamu takut akan azab api neraka tetapi tindakanmu menjurus ke arah menjerumuskan diri ke dalamnya.

Contoh :
Kebanyakan manusia berusaha mencapai kepuasan dalam hidup dengan cara yang tidak betul atau yang lebih membawa ke neraka meskipun telah diketahui azab neraka itu pedih dan menyeksakan. Konon kejar lifestyle lah kan, berfesyen stylo-mylo sana sini tapi lupa nak jaga tatatertib sebagai seorang muslimah.


7. Kamu mengatakan bahawa mati itu benar, namun kamu tidak mempersiapkan diri untuknya.

Contoh :
Meskipun telah mengetahui mati itu pasti, kebanyakan manusia tida bersedia ke arah itu, sebaliknya berusaha di dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya. Buktinya, selalu cakap kat org lain "Owh I tak ready lagi nak mati". amboiii cam kau boleh pilih je kan nak mati bila.



8. Kamu sibuk mengambil tahu keburukan orang lain, namun keburukan mu sendiri tidak pernah kamu pedulikan.


Contoh :
Selalu jaga tepi kain orang lain, tetapi sebaliknya kelamahan diri sendiri tidak disedari atau tidak mahu diakui. Org itu tak betul, org ini tak betul tapi yang betul diri sendiri je. OMG! perasan bagus. Lupa yang semuanya pinjaman dari Maha Esa


9. Kamu selalu makan nikmat Allah s.w.t. tetapi kamu tidak mensyukurinya.

Contoh :
Sedari lahir hingga dewasa manusia menikmati nikmat dan rahmat Allah s.w.t. tetapi kurang sekali manusia mensyukurinya secara bersungguh-sungguh. Selalu rasa diri sendiri tak cukup itu ini, tapi tak sedar org lain jauh tak cukup serba serbi. Kadang-kadang terlepas pandang, nikmat boleh hidup sehari lagi di atas mukabumi ini dengan izinNya.


10. Kamu mengebumikan jenazah orang lain tetapi kamu tida mengambil pengajaran daripadanya.

Contoh :
Seseorang itu pasti biasa menguruskan jenazah orang lain yang meninggal dunia atau sekurang-kurangnya mengiringi jenazahnya ke kubur. Namun kematiannya tersebut tidak diambil iktibar bahawa suatu masa nanti waktu kita kan tiba jua. Punyalah bergossip macam-macam tentang si mati, tapi takde pulak nak insaf mende sama jadi kat diri sendiri.


Oleh itu, jika doa-doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t. kita dikehendaki menghisab dan menilai amalan dan perilaku diri kita sendiri dan tidak menyalahkan Allah s.w.t. Ini kerana Allah s.w.t. lebih mengetahui segala sesuatu.


Namun begitu, jangan pernah putus asa dalam berdoa kerana doa itu senjata untuk kita semua.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..



Wassalam.



picture: google

Monday, February 14, 2011

salahkah perempuan buat first move?

harini org lain kecoh2 celebrate hari valentine's.
nope, saya tak meraikan hari valentine's. tapi saya takde masalah dengan org yang celebret valentine's. yang tu masing-masing boleh pikir. dah besar panjang pun kan. hehe


kalau saya single haruslah saya lagi menyampah. yela, sempena valentine's ni, banyak je mende2 best dan cute2 dan cantik2 dan berpatutan utk couple2 dijual. contoh nya macam, couple tees by Hush Puppies, couple watches by Swatch, couple fragrances by Replay, couple rings, couple charms, couple keychain, couple pillows.... dan banyak lagik lah. semua pun nak matching gitu. very cute! kdg2 tu mmg irresistable :)


habes kalau dah single cemana? nak pegi beli utk diri sendiri cm segan-segan pulak kan.
tapi kalau dah suka, peduli hape kan. bukan duet korang pun. :P


walaupun tak celebrate valentine's day, but today marked the 6th year that me and my boyfy in a very serious relationship. skarang dah jadi suami yang sah dah. alhamdulillah.
tapi kalau nak tahu, 6 tahun lepas, mr hubs bukan mcm mr hubs harini. dia seorang lelaki yang perasan cool (nak muntah) dan bajet macho (konon). benar kami kenal dari zaman persekolahan. kalau zmn skolah dulu, ya Allah tuhan je tahu rasa mcm meluat sangat dengan dia. sbb dia cm pandang rendah gila dekat perempuan. cm poyo gile. (tapi at the same time dia sebenarnye dah ada hati pada saya. kahkahkah. kontroversi nih).


tapi terus terang cakap, kalau saya tak start first move haritu, mungkin harini tiada kami. sebab lelaki spesis mr hubs ni lembab. mungkin sbb tak ramai kawan pompuan, so buat dia slow sket. tatau ape nak buat. tatau ape nak respon. senang cite, kurang sensitiviti berbanding kawan-kawan lelaki saya yg ada kawan pompuan. so don't expect much to this type of man.




so kenapa saya tulis mende mcm ni harini?
no 1: sbb alhamdulillah mr hubs dah slowly berubah menjadi sedikit romentik. (read: sedikit)
no 2: sbb nak bgtau kawan2 lelaki atau pompuan out there, someone must make the first move.
or else, don't put any hope !!
no 3: sbb nak bagitau kawan2 betul jodoh tu di tangan tuhan. tapi perlu diusahakan kerana tidak akan datang bergolek.
no 4: sbb kalau nak main hard to get, harus lah kene pada tempat. kalau main hard to get dengan stranger, mmg syok sendiri la tu namanya. kalau dengan org yang dah kenal, tu mcm lebih make sense sedikit.
no 5: sbb nak suruh kawan2 yang single tu enjoy lah singlehood anda sepuas-puasnya. chill lah. muda lagi :D



ok tentang first move. first move dekat sini adalah sgt subjektif. tapi sudah tentulah first move ini dalam konteks tidak melampau batas agama ye kawan2. tapi betul, kita dulu before berkawan pun mesti salah sorang buat first move kan? kalau tak mesti kita tak kenal each other pun.


oklah meh saya bagi tips untuk start first move. senang cerita lebih kepada how to start a conversation. sbb ni yang paling susah nak buat kalau dengan stranger kan?


tips untuk kawan-kawan lelaki:



1. JANGAN FIKIR BANYAK SANGAT
- nanti dia cakap aku gatal? nanti dia ingat aku gila? jatuh maruah tak?? aku tak hensem lah....
eh hellllooooooo.. cuba kompiden sket. bukan tak penah becakap dengan pompuan kann??? sebenarnye kan, lagi banyak pikir, lagi banyak la tatau mcm mana nak start. so tarik napassss pelan-pelan, kumpul kekuatan then pergilah tegur. senang kan?


2. PASTIKAN WAJAH DAN PENAMPILAN ANDA FRIENDLY
- meh nak bagitau rahsia. pompuan kan, dia cam gemuruh semacam tau kalau ada lelaki datang dekat. so jangan tukar perasaan gemuruh perempuan menjadi takut. yelah kalau korang dtg nak approach dengan muka bengis inspektor sahab atau pun pakai aksesori tengkorak penuh di badan dengan bertindik sana sini, tu bukan stakat pompuan yang takut. kucing pun takut tu. silap-silap haribulan, pompuan tu bukak silat baru padan muka korang. hahahahaha. so pastikan wajah dan penampilan anda akan membuat kan perempuan selesa. toksah buat lawak bodoh ke, tiba2 nak pegang2 ke. korang just perlu senyum dan respect her personal space! bila pompuan rasa anda bukan penyangak, maka lebih senang lah proses seterusnya.


3. MASA NI LA NAK GUNA PICK-UP LINES. TAPI JANGAN OVER SANGAT
- pompuan masakini lebih suka lelaki yang rendah diri, matang dan direct to the point. takde berkias-kias macam zaman hang tuah. kalau bagi ayat bunga-bunga kang pompuan tu tak paham tak ke buang karan je. so rasanya simple approach pun dah cukup. kalau dah tatau sangat nak ckp ape, tolong bayo dia punya air ke, makanan ke. ayat pelik2 tu tinggal je kat rumah boleh mengayat makcik jiran sebelah.


senang kan? so ape lah nak malu sangat. katakan cubaan ni tak berjaya. so what? ada rugi ape2 tak? at least u've tried. takdela pastu teringat2 menyesal tak tego minah cun tadi. haiiyaaaa. there is nothing to lose. kalau nak tau, berjuta gadis2 single kat luar sana tengah tunggu anda tegur diorang. lagipun bukannye nak tegur terus jadi awek kan. berkawan biar seribu :)



tips untuk kawan-kawan pompuan:





1. TANYA PASAL SUKAN
- kebanyakan lelaki mengikuti perkembangan sukan. so kalau nak perbualan lebih menyeronokkan, so silalah berbual tentang pasukan/sukan kegemarannya. tapi jangan selamba je bagi fakta2 tak masuk akal, nanti lagi turn off. :P taktau apa2 pasal sukan? takpeee. just remember, the more you stand out the more you interesting you are to guys. lagipun kalau kita minat sukan, tak semestinya kita berpewatakan ganas kan. tapi jangan terkejut ada lelaki yang tak minat sukan tau. so kalau jumpa lelaki mcm ni, jangan lah memperlekehkan dia pulak. dah dia tak minat. nak buat cemana kan. so be more creative :)


2. KELUARKAN SOALAN
- hapuskan ego lelaki dengan soalan-soalan. tanya dia soalan yang confirm dia tahu nak jawab. tapi tak perlulah soalan dengan multiple choice answers kan. tu dah mcm main kuiz. ala bagi soalan simple2. cm soalan kereta anda punya masalah ke. tak pun, kenapa Torress tukar team ke. eh tu dah soalan sukan pulak kan. tanya lah ape2. tapi jangan lah cm inspektor sahab kan. tanya je manjang. ape kau ingat dia kaunter pertanyaan. sambil2 tu selit2 lah personal opinion ke ape personal experience ke ape ke. so cam konon-konon kita cm mmg interested habislah dekat topic tu. :P


3. DON'T GO TOO FAR
- mmg diakui lelaki akan lebih relax dan nampak mcm tak menggelabah. tapi kalau dah masuk bab-bab peribadi, rasanya tak siapa suka kot. just keep it light and easy. selain sukan ataupun kepakaran mereka, cakaplah mengenai filem2 terbaru ke. restoren terhebat ke. makanan kesukaan ke. mana tahu tu point2 yang di tunggu2 oleh lelaki untuk grab the chance ajak anda keluar! :D


ini tidak. belom apa2 dah takut kene reject. adoiiii. remember friends, kita semua ada keunikan sendiri. setiap orang yg dilahirkan dimuka bumi ni sudah ditetapkan jodohnya. walaupun begitu, jodoh tidak turun dari langit ke riba anda ye kawan2. kalau anda org bertuah Mr Right itu depan mata. tapi jgn la harap dia juga Mr Perfect.Jangan takut okeh? Jangan risau jumpa orang baru. Remember, most men are just as worried as you are about finding that right person. :)


entry ni bukan untuk korang jadi desperado tau. tapi untuk bagitau ramai lagi org seperti anda di luar sana. so don't lose hope :)





saya punya first move? hehehehee.... yang tu kene tanya mr hubs. :P
oklah. stakat ini sahaja based on pengalaman sendiri. yang baik dr Yang Maha Esa. yang buruk of coz la dr tuan punya blog. now time to compose another entry for maulud nabi, tomorrow. :)



all pictures credit to tumblr