Showing posts with label 3rd trim. Show all posts
Showing posts with label 3rd trim. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

ujung2 pregnant nii

ptg tadi MIL called cakap dia mimpi mak buyung ni dah masuk ward ready nak bersalin dah. huhuhuhuuuuuu. mmg la cute. tapii ohh pleasee baby, mommy blom ready lagiii. daddy baby pun still kat brunei lagi. tunggu daddy balik ari jumaat ni dulu tau. :)


so nak ujung2 pregnant ni rasa cm sayu pulak. ye lah, being pregnant for me rasa mcm best sgt. maybe i am blessed without any complication. alhamdulillah. org lain muntah2 mabuk loya semua cukup lengkap. bukannye kata takde langsung, tapi takdelah seteruk org lain. sakit2 belakang pun ade je. tp ye lah. kene kuatkan diri sbb duduk jauh dengan mr hubs kan. kalau dah jauh mcm ni nak manja2 mengada2 ngan sape je. terpaksa layan diri sendiri.


ujung2 ni makan semua yang boleh. tak kesah pukul brape. before mandi ke before tido ke tak kesah. yelah dah mmg dah mok mok pun kan. pasni lepas deliver, dah takle la kan nk buat perangai ceni kan. harus kene diet (ehemm!!)dan makan kene teratur to get back in shape. ecewahhhh in shape la sangat kan. hahahahaa


buat masa sekarang, baby kicks and moves all the time. mmg sungguh active ini baby. kdg2 org sbelah pun perasan baby tgh bergerak sbb perut senget-senget. hihihiii. yelah, kata baby dah makin besar dan kuat. kalau tido malam tu mmg sgt la uncomfortable. pusing kiri, baby tumbuk. pusing kanan, baby tendang. adoii. kdg2 kelakar. but honestly, this is the most wonderful feeling of being pregnant.


ujung2 mcm ni mmg digalakkan untuk bakal-bakal ibu dan bapa bykkan baca al-quran dan surah2 pilihan. bykkan solat hajat. semoga dipermudahkan proses kelahiran nnti. plg penting baby selamat, sempurna dan sehat walafiat.


terjumpe gamba ni kat intenet. rasa mcm suke sgt. tatau kenapa. hihihiii.



tak sabar nak pegi check up baby dis weekend. jangan la perhimpunan BERSIH tu mengganggu perjalanan kami. aminnnn

Monday, July 4, 2011

13 months of marriage + 36 weeks of pregnancy

harini genap setahun sebulan kami kawen. (yes mr hubs, i am still waiting for your WISH!!!). rasa mcm kejap je kan. tp honestly bila kita kawen, mmg lain tau dengan zaman couple2. skang dah kawen alhamdulillah dah dpt menghalalkan pegang2 tangan deting2 sana sini ciom2 pipi ke molot ke. hahahaaa. hang toksah claim la hang couple berbelas tahun so hang lg byk experience. try kawen tengok. sbb zaman couple ni tak sama ngan zaman kawen yg tinggal sebumbung, makan share sepinggan, tengok tv satu couch, tido satu blanket, mandi satu bathroom. eh eh ape ni ??? :P


walaupun tiada post tentang celebration first year wedding anniversary, tp jgn ckp takde tau. suami mak ni bukannye teruk beno. kehkehkehhhh. kitorang celebret la sket2 simple2 ye la nak bawak pegi jauh2 dah tak bole ngan boyot2 ceni. nnti tahun depan sebok ngan baby pulak nak candle light pun. so kitorang pegi la 7eatanine, KL. ambiance bole dikatakan excellent. tp food not so good. hospitality sgt bagus. siap bila mention nk reserve for anvrsry dinner, dia punya decoration dah cam valentines day dah. belon-belon bentuk love siap. so after all, it was a very romantic dinner. sometimes, its not about the place or food or price, but who are we having it with and how we appreciate it. :)

so ni ade la secebis gambar buat kenang-kenangan dari restaurant tu. haa siap tangkap gamba kitorang lagi tau :)



then a surprise gift from my hubs. haaaa sape tadi ckp laki mak tak romentik??? :P



seriously i like it so much :) mak kasik ape? hehe. mak kasik baby. baik tak mak? hahahahhahahahaaaaa. takdelah. mak kasik ipad2 siap smart cover okeh!

so minggu ni adalah minggu ke 36 of my pregnancy. 36 bahagi 4 tak ke 9 bulan tu? huhuhuhuhu ketaq lutut mommy!!

normally org ckp kalau kita dah nak dekat2 bersalin, ibu ibu mengandung akan slalu mimpi pelik dan takut2. a friend of mine siap mimpi jatuh bangunan la, bunuh diri la, mati lemas la. macam-macam. but for me, takdela teruk sgt. kdg2 tu ada la skali dua mimpi hantu. tp lately mimpi sume cm tak masuk akal. mimpi sti norhaliza dtg rumah la, mimpi makan ice cream byk2 la, mimpi deting dgn goerge clooney pun ada. hahahahahaa. tatau la nak tafsir apa sbb cm tak masuk akal sume2 tu. hahahaaa. harapnya mimpi2 tu sume sekadar mainan tidur. :)


so bila dah nak dekat2 nak bersalin ni, check up pun kerap la sket. kalau kat hosp kerajaan maybe check up dah dikerapkan ke seminggu skali. tp dengan dr seri ni, maybe dia busy sgt ke ape ke, i will have it twice a month. so next check up adalah hari sabtu ni. yeayyy honestly mmg kitorang looking fwd sgt2 everytime check up baby mesti countdown tinggal lagi bape jam sume tu. :P

last check up, berat mommy ni dah melebihi 60 kg. untuk manusia yg berat seblom kawen hanya 45 kg, mmg rasa cm berat gile la kan. cm tak pecaya bole gain sebanyak tu. ahhahahaa. alhamdulillah baby pun dah +- 2.3kg.

so far, baby:
- anggota dan organ baby dah complete. skarang adalah masa2 untuk baby kumpul lemak so that dia keluar nanti takde la kedut2 sgt kan. hahaha
- gradually dropping. maknanya slowly pegi turun dekat pelvic bone. preparation for labor
- getting stronger. mmg active betul anak mommy ni. tendang menendang tu mmg hobi. pastu kalau merajuk bagi bontot sampai senget2 perut. malu tau kdg2 tu.

mommy plak:
- appetite dah kembali. hoyeahhhh. tiada lagi masalah takmo makan. (*abesla next check up timbang tatau la bape kg lagi nak naik ni)
- cepat letih. sangat cepat letih. kdg2 mlm kol 9 dah tdo. tp impossible la nak dpt a very goodnite sleep. owh thanks to my big belly!
- cramping. skarang bukan stakat kaki je. sampai ke bontot dah ni. haihhh ni yg kene rajin jalan-jalan ni. eksesais!! ok esok jom pegi pavilion. :P
- frequently having braxton-hicks contraction.
- very bad lower back pain. lagi teruk, mr hubs jauh :( takde org nak tolong gosokkan. :((
- kaki bengkak toksah ckp la. mmg tak muat pakai kasut dah. urat-urat kaki pun dah makin timbul.

actually byk lagi changes to both mommy n baby. tp setiap org cam lain2. tak semestinya sama.


hospital bag for baby n mommy dah siap packing. insyaallah tade yg tertinggal la kot.
brg2 baby pun bole dikatakan dah cukup. maybe ada la benda2 kecik yg tak terperasan blom beli. tp mende2 penting dan besar2 insyaallah sumer dah ready. :)



jadi bulan ni enitaim kalau baby rasa ready nak keluar dah, dia akan keluar. doakan kami selamat dan dipermudahkan jalan ye kawan-kawan :)




till then. nnti mommy apdet lagi :)

Monday, June 20, 2011

mommy wannabe is writing again


haii, cik yung di sini. bersalin?? eh belom lagiiiiii.. baby masih gumbira di dalam sana tak ready lagi nak keluar ye.

hahahaaaa. so my last update was really A MONTH ago?? bravoo!!
well, blame the baby hormones.. (selagi boleh pakai excuse tu confirm akan ku pakai. ahhahaa)

so i am officially in 34 weeks of pregnancy. Alhamdulillah. everything is ok. at this stage, deria pendengaran baby dah fully developed. so baby dah bole recognize familiar sounds/voices. sbb tu kalau bising2 ke bukak volume kuat2 ke, mak aii kuat nya dia tendang2. babysepatutnya by this week dah reach 2kg. tp last time punya check up (31 weeks), our baby still 1.5kg. haihh baby, mommy rasa cm mommy dah makan byk dah. tp baby tak absorb eh? abes laa kalau semua pun pegi kat mommy. hahahaa. hopefully, by next check up (27th June), baby dah reach 2kg tu.

bila dah 34 weeks ni, Braxton-Hicks contraction dah mula terasa on a regular basis. walaupun ianya hanya false labour pains, tp MIL dah pesan soh siap2 ready with baby n mommy hospital bags. sbb ada sorang Bro-in-law lahir during 34weeks of pregnancy. huhuhuuu. so bag dah ada, just belom packing saje lagi.


owh, we hv attended an antenatal class, last saturday. we chose antenatal class @PCMC sbb mmg nak deliver kat situ pun kan. walaupun a lil bit pricy compared to other places, but it really worth it! mmg penoh bermakna lah senang cite. kelas tu dari pagi sampai ke petang. pagi punya topic mostly on the theoretical parts mcm dietary, pregnancy, labouring, confinement, etc. pastu tengahari dia bawak labor room,nursery and wards tour. then after lunch baru semua yg kene buat practical. exercise, breathing techniques, pushing, bathing baby, massaging bla bla blaaaa.. tp mmg letih la actually.

after antenatal class, me n hubs pegi reunion skolah. iyee, kami satu sekolahhh. kalau ikut hati dan keletihan, mmg rasa mcm tanak pegi. tp kesian pulak dekat mr hubs. dia dah lama sgt tak jumpa kawan2 dia. and kwn2 dia pun kwn2 ku jugakkan. so pegila jugak even skejap. it was actually a bbq reunion. buat dekat shah alam. diorang overnight kat sana. kitorang tak pat la nak overnight dengan boyot2 ceni kan. :P

keesokan harinya, adalah hari menghadiri Baby Shower yg di organized oleh GFS!! kalau ikut schedule, katanya kol 1230 tengahari. tp kitorang dr kol 830 dah ada kat KL pun. so nk soh dtg awal pun tak kesah. hehe. pastu dpt sms soh dtg kol 1pm. so sempat la pegi temankan mr hubs potong rambut kat KLCC sambil mkn eskremmm Fudge n Cream Factory. nyummm nyummmm. owh siap sempat jadi model utk giorgio armani sbb beli perfume. hahahahaa.

baby shower haritu mmg superb!! thumbs up to the organizer. decoration cantik gile. games mmg fun habes. pastu tema pun cun. :) thanks again to all attendees yg sanggup bersusah payah dtg jauh2 meluangkan masa bersama2, to make things happen!!. dah la father's day kan yg patutnya semua pun celebrate ngan bapak masing2. i hope you guys sempat celebrate it after kita balik tu. :) i am so blessed having you guys in my life. nnti baby keluar, of cos dia pun happy sbb ada untie2 dan uncle2 yg sporting habes. hehehee.

so di bawah adalah gambar2 sket2 from baby shower. of cos la gambar semua ni adalah dari GFS yg dicilok dari FB. hehehehee. kalau ikut hati nak letak semua gambar kat sini. tapi paham2 la kan blogspot ni cemana kan. :P

enjoy the pixies! p/s: gambar tidak mengikut turutan

excellent decorations!
semua org sporting giler main games. :)
an attempt "to make a baby". :P
word scrambler of the day- OBESITI!! hahahahha


the table setting. i'm loving it!!

doorgifts and itinerary.
cake cutting! actually it was jelly cutting. hahahaa

in front of Levain, venue of the day.

mr hubs and me in green theme - Parti Islam Malaysia
and baby yg tertonggeng tu sampai harini blom makan2 lagi. ada kat dlm peti ais. comel sgt , tak sampai hati nak makan. wuwuwuu


so itu sahaja untuk kali ini. akan cuba mengupadate sekerap yg mungkin sebelom bersalin ni kan. :P

Wednesday, May 18, 2011

mak buyung pegi wedding

tahniah untuk Puan Wanie yang baru bergelar seorang isteri kepada Mie. :)



gambar diambil dari tuan punya blog. :P


of kos la mak buyung pun terhegeh-hegeh jugak nak g org kawen. yela, dah lama rasanye tak g kawan-kawan MMU kawen. tapi masalah utama adalah :

no 1: baju kurung mmg dah tak muat. baju kebaya?? apa tu?? roti ke??
no 2: tidak mendapat kebenaran ayahbonda utk drive sendiri sbb majlis Puan Wanie ni dekat Shah Alam. pastu malam pulak tu. bukannye ape, diorang takut jadi ape2. alahaii mmg dah frust dah actually. hadiah dah wrap takkan nak kirim je lagi. (macam jadi dekat wedding Atira haritu. wuwuwuuwwu )


lantas, mencuba nasib mengsms gfren di Putrajaya. dengan harapan yg rendah. sbb faham la takkan dr Putrajaya nak patah balik masuk Bangi baru nak pegi Shah Alam kan. aa tak suke nye menyusahkan org ni. tapi try jugak la.

skali dapat reply sungguh positif. yahhuuuuu... melompat2 mak. eh tipu la kalau mak lompat kan. tu nama dia harus dah terberanak dah tu. :P

dengan ini jutaan terima kasih skali lagi diucapkan kpd gfren mak yg berada di putrajaya kerana sudi menumpangkan kami dua beranak ini. ecehhh. mestila baby pun ckp time kasih jugak :)owh tidak lupe kepada driver beliau skali. ternyata beliau sgt teringin membuat post mortem selepas wedding mlm itu. :P

haa ni la Cik Eita, gf mak yg tinggal kat Putrajaya tu. rupenye time ni deme tangkap gamba guna polaroid eh? mak tak perasan lah. byk sgt camera. rasa mcm artis. :P

gembira sungguh tidak terkata dapat pegi wedding Puan Wanie ni.dapat jumpe kawan-kawan lama. pastu pelamin pun cantik. yelah, makanan pun sedap. owh tak lupe ayah dan husband Wanie yg sporting abes siap karaoke lagi utk hiburan tetamu. hehe

so mcm biasala kalau dah jumpe kawan-kawan lama byk menda nk disembangkan. pastu tak lupa acara bergambar2 ni. tp mak ni kan bawak perut. tak larat nak berdiri lama2. dah rasa cm kurang seimbang dah. hahahaaha. owh tidak dilupa sempat la jugak mak jumpe geng-geng mak buyung yang bawak perut jugak. tapi diorang ni apsal ntah pregnant pun cun melecun. mak je belengaihhh. haihhh

kebetulan gfren yg lagi sorang ni nak balik bangi jugak. so tak payah la susahkan gfren yg tinggal kt putrajaya nak kene masuk Bangi dulu kan. so mak tompang la lalink mak, Nisa balik rumah. sejak dr dlm dewanu mak sampai ke masuk federal sampai ke masuk Plus hiway, toksah ckp la ayahbonda kat rumah tu telepon, sms manjang. adehlaaaa. jangan taktau skrang dah ade curfew ibu mengandung ye kat rumah. mak pasrah!! tapi apepun, jutaan terima kasih jugak buat lalink mak, Nisa yang sudi anto sampai ke rumah, naseb baik dia tak tinggal kat tol je kan. :P

geng mak buyung. yang baju ijau tu baru lepas mabuk alahan. yg baju oren ni ex-roomate yg hotzz. lagi sorang mane ntah hilang. sebok tangkap gambo agaknye :P



haa ni la lalink mak, Nisa nama dia. masih single. sape2 berkenan, boleh hantar CV. :P


ala mak kan gile glemer. tak main lah duduk tepi2 ke bawah2 ke. harus mak kene duduk atas pelamin tepi pengantin. nasib baik pengantin lelaki tu sporting abes. hehe. kasikla chance mak buyung perasan kejap. pasni dah takleh dah, sebok dukung anak je. :P

Monday, May 16, 2011

eh dah 3rd trimester?


skejap je masa kan. dah masuk 3rd trimester dah. maknanya dah bole bersedia lah utk brg2 baby kan. hehe.

kalau ikutkan skarang, baby dah 1kg lebih. ( ok mari makan sekilo chocolate demi VISUAL yang bagus :P). pastu dulu baby just moving kan. skarang sudah pandai kicking okeh!! setiap kali kene kick di bladder harusla asyik rasa nak terkencing saje. itu belom masuk time2 baby active buat somersault dalam perut. senak kadang-kadang tu.






sekarang si kecik ni akan cepat2 membesar, tapi dgn syarat mommy baby kene makan banyak la. tapi yg stressnye, baby akan absorb 0.5 per 6 dari apa yang mommy makan. so tak ke mommy akan naik badan kaw-kaw punye? aisehhhhh.... pulak tu, mommy kene tido extra jugak untuk perkembangan otak baby yang bagus. mmg mommy jadi belon la lepas ni baby.


tambah-tambah skarang dah masuk 7 bulan. so lagi la kene berhati-hati extra careful sket. sbb dokte ckp bulan yg ke tujuh ni mmg possibility untuk terbersalin tu mmg ada. untuk elakkan melahirkan baby dlm keadaan premature, so haruslah kurangkan aktiviti lasak. duduk rumah diam-diam. centu la. stress pun tak boleh. pun akan menyumbang kepada terjadinye premature birth ni. harap-harap baby taknak keluar lagi la k. tunggu 9 bulan k baby?


skarang ni pun blakang makin sakit. mungkin sebab perut makin besar dan berat kan. pastu malam-malam, kaki cramp kaw2 punya. sakitt :(( dah la mr hubs jauh. so sakit la sorang-sorang. well baby, ni sacrifice mommy and daddy untuk baby. mommy terpaksa balik KL awal-awal sbb tanak nnti stranded dekat Brunei, so terpaksa baby lahir kat sana. so mommy duduk jauh-jauh ngan daddy so that mommy bole buat early preparation for your birth. both mommy and daddy did this because we love you so much. :)