Showing posts with label funny. Show all posts
Showing posts with label funny. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

kalau pergi karaoke

minggu lepaih, kami sekumpulan kanak-kanak riang telah pegi karaoke.
yelah, rasanya sejak convo dah takde aktiviti menyumbangkan suara bersama-sama.



disebabkan mak nih penganggur tegar, jadi haruslah bijak pandai mengatur perbelanjaan.
maka kawan-kawan yg bijak pandai sekalian telah berjaya menjumpai port baek punya!


lokasi: Redbox, The Curve. (tak main la karoke kotak)
waktu: 11 pagi - 2 petang
harga: RM14 per pax (free drink and lunch set yang sedapp!!)



sungguh berbaloi-baloi kan? kalau tak, lunch saje pun blom tentu RM14 kalau dah nama ko melepas kat The Curve.




rupa-rupanya, manusia yang bernama Ana/ Hana mmg menepati waktu. org lain kol 1130 pun tak sampai lagi. tp Ana dan Hana ini dah selamat menyanyi lagu Justin Bieber satu album. hahahahaha. naseb baik mak sampai lambat. kalau tak, mmg harus kene maki.



untuk memastikan karaoke session anda glamour, funky dan vazz. eh ape kaitan?
sebenanrnya nak cakap lebih meriah je. hehhehe. anda haruslah ada ahli yang gila-gila atau benar-benar gila.



tapi kalau untuk sesiapa yg on 1st date, dinasihat kan jangan bawak date anda ke karaoke jika ada org2 ini bersama. kalau tak, nnti date anda pengsan! ini AMARAN pertama.



anda mungkin mahu memilih rakan-rakan yang bakal berkelakuan sopan seperti ahli-ahli nasyid atau ibu mengandung. kerana mungkin anda rasa keaadaan akan lebih terkawal. tapi anda mungin silap. walaupun anda mungkin menjemput seorang ibu mengandung, tidak mungkin dia tidak boleh berkelakuan liar. ini disebabkan perubahan hormon ketika mengandung. bukan salah ibu mengandung. ini AMARAN kedua.






peilihan lagu juga penting. jika lagu rancak anda akan teruja untuk menari dengan tempo2 yang laju. jika lagu itu adalah lagu g sering anda tengok videoclipnya di MTV , anda mungkin mahu menari sebijik seperti itu. anda mungkin rasa anda mampu rapping, tapi tuhan saja yang tahu sebenarnya. anda mungkin rasa anda Glee, tapi yang keluar adalah videoclip yang langsung bukan Glee. malah siap ada org menari inang lagi. anda mungkin merasakan boleh kontrol macho dengan memilih lagu mendayu-dayu atau jiwang karat atau rock kapak. anda mungkin tersilap disitu. kerana anda mungkin termasuk dalam team Jacob. seterusnya, mati kutu anda bakal dikutuk oleh team Edward. ini AMARAN ketiga.




ini adalah berdasarkan pengalaman yang telah mak lalui pada hari itu bersama kawan-kawan mak yang tak berapa betul. :P



tapi kalau dah nama pun karaoke kan. so lantak la kan. suara ke laut ke, ke mana ke, siapa kesah. kalau suara sedap, harus mak dah lawan dato' siti dah oiii. siapa sangka haritu, kitorang berjaya nyanyi lagu2 yang sangat tersangka. song selection mmg A++++. lagu yang very rare menjadi pilihan utama. tanak la bagitau kan lagu apa. nnti soh kawan-kawan mak yang pegi karaoke itu hari yang bagitau okeh.





nak tau siapa mereka- mereka yang terlibat bersubahat?









haaaa ini lah mereka. gabungan team Edward + team Jacob. HAHAHAHAHHAHA.
i love them so much!!




banyak nak update on latest check up and pregnancy. tapi esok lah eh. baby dah mengantuk. nite2. bye2

Saturday, November 6, 2010

Kak Di Epal Hijau

wahai para readers dan bloggers dan stalkers.


korang ada tak fav blogger? i mean everytime online harus tgk/stalk blog org tu kot2 ada entry baru. saya ada. jujur nih.


alhamdulillah, salah seorang blogger fav saya telah selamat melahirkan setelah mengalami komplikasi yang agak kritikal.




kenapa saya suka kak di epal ni?

sebabnya ialah:

1) saya rasa dia honest sangat. tak payah nak belakon-belakon pun.

2) dia hanya blog for fun tapi pengalaman yang dia share tuh mmg sgt berguna untuk insan biasa, bukan anak bangsawan seperti saya

3) saya rasa dia pun sincere. sampaikan org nak tumpang letak adv dlm blog dia, dia taktau pun patutnya dia kene charge customer yg tumpang letak advertisment. (as org lain akan buat la kan). so memandangkan dia blog for fun, so dia takkan charge. baik gila.

4) bahasa dia guna, bahasa senang. kelakar plak tuh. memang tergelak sorang-sorang

5) dia blogger insan biasa yg bukan kaya raya dan yg tak perlu jadi menjadi model catwalk atau beli handbag mahal2 atau pegi jalan-jalan oversea untuk jadi femes di blogsphere

6) mana tak femesnya. dekat blog stat, kalau saya pegi je mesti tak kurang dari doploh reader tgh online dekat blog dia. tak kesah la bukak blog dia kol 2 pagi skalipun. dahsyat sungguh fenomena kak di nih.

7) bayangkan, insan biasa nih, entry yang pendek secoet pun sampai 365 komen. gile lah ramai peminat.

8) tu kalau tengok total hit, mmg boleh menangis semua artis malaysia. tak payah nak timbulkan kontroversi pun dah total hit mcm ni. taktaulah kalau kak di ni jadi artist.

9) dia punya FB account pun dah full. saya rasa Kak Di boleh buat fanpage la kat FB. haha.

10) kadang-kadang, Kak Di akan bawa saya berpijak ke bumi yang nyata. (even dia tak sedar) dan bersyukur dengan apa yang saya ada.








Kak Di dan saya mungkin tak pernah kenal secara dekat. tapi serious, Kak Di pls keep on blogging!! wa caya sama lu lah!!

Saturday, October 30, 2010

funny funny funny


while i was busy with this, (kecik je gambo sbb malu. hahhaha. sila click utk tumbesaran)




i found these:










sungguh mereka ini tiada kerja. hahahahaa. kelakar giler. owhh plss.. banyak lagi kat sini http://funny-profiles-story.blogspot.com/