Showing posts with label food and recipe. Show all posts
Showing posts with label food and recipe. Show all posts

Monday, March 21, 2011

plan B

alhamdulillah, kitorang selamat sampai di bumi Brunei smalam.
kalini mmg lama betul kitorang kat KL. ada dalam 2 minggu.

so mcm biasa la, kalau balik semenanjung, mmg full abes schedule. baby pun jadi restless.
mommy jangan cerita lah kan. semua tempat nak pegi. semua org nak jumpa.

tapi of course la. tak semua tu jadi kenyataan. so mintak maaf kepada kawan-kawan yang
tak sempat kitorang jumpa haritu. jadual ketat!
insyaallah balik lagi skali, kita jumpa ok?


so mmg banyak sgt nak share pasal trip balik KL haritu.
tp yang ni yang paling paling paling paling nak share ngan korang.


pada suatu hari, kitorang nak balik ke rumah di Damansara.
pastu cam nak singgah makan la kan.

plan A nak pegi satu kedai ni. tapi nape ntah tak jadi haritu.
so secara kebetulan, singgah la kat kedai ni. plan B nama dia.
eh betul tauuu. tak tipu.


kedai dia cam simple je. tapi yg pelik cm penuh mat salleh2 kat depan2 ni.
so kitorang yg sedang lapar, masuk je lah kan.
takmo duduk dlm aircond, so kitorang duduk kat luar atas sofa.

menu dia oh sungguh creative. food selection adalah sangat superb.
harga dia, boleh la kalau first time kuar dating nak impress bakal awek. boleh la try dtg sini.


ni rupe muka depan menu. takmo amek gambo kat dalam dia. takut nanti balik Brunei mengidam pulak kan. susah mr hubs. :P


seating yang selesa, terutama untuk may buyung yang senang lenguh dan sakit pinggang ni.



so belek punya belek, memandangkan dah nak tengahari, saya pilih food ni. nama dia Saba Percik. yang syok, dia punya description besar2 tulis Budu. hahahaaa. tanpa berlengah lagi, saya order yang ni. hasilnya, amat menggembirakan hati. nasi kerabu dia tak mixed skali dengan sayur2 and kerabu-kerabu tu. mmg kene la dengan selera saya sbb saya makan nasi kerabu, tapi kerabu tu saya tak makan. saya suka makan nasi kaler purple dgn budu je. haa itulah nasi kerabu versi saya :D


mr hubs going western breakfast. ecehhhhh. poyo lah kan. mane taknye, esok tu kitorang nak balik teganu. boleh la poyo. balik teganu semua makanan teganu dia bedal. tapi okla, puas hati jugak dengan meal mr hubs. mushrooms dia, pergh sungguh memenuhi citarasa. homemade bakebean jugak mmg recommended!


untuk desserts, mmg terbaik dari ladang!! tengok je dah menggiurkan. kalau makan, mmg tak dapat describe dengan patah perkataan okeh.

so sape2 yang ada masa ke, nak try ubah selera makan ke, nak tukar angin feeling2 first date ke, kedai ini adalah sangat recommended! tempat dia dekat Bangsar Village, betul-betul opposite starbucks. lepas makan boleh minom try minom teh dekat Tea Forty Two dekat atas. :D

ok. till then. tiba-tiba lapar.

Tuesday, December 28, 2010

KL aku datang!


HOYEAHHHHHH KUALA LUMPUR TUNGGU AKUUUU!!!!


Ecewahhhhh. feeling nak balik kampung halaman macam dah lapan tahun tak balik.
eh harus lah. semenjak ada makhluk bernyawa didalam perut ni, macam-macam dia nak makan.

pastu yang lagi haru, mende-mende tu takde kat bumi brunei pulak tu. tak ke sadis.
kalau nak makan kene masak sendiri. tapi mcm mana nak masak kalau jejak je kaki kat kitchen rasa macam nak muntah. padahal maid dah mop dah aritu. siap spray ambi pur.
apelah naseb badan. tu la, kalau kat rumah mak, nak makan apa mesti mak masakkan.
ok sayu disitu. :( *nyanyi lagu dambaan pilu*
so hari-hari pun tak lalu makan sbb asek terkenangkan makanan-makanan ni.


so ni adalah senarai top-10-must-have-food once i step my feet on KL! kalau ikut list ada doploh, tapi macam pelahap sangat nak letak semua. malu lah ai. awwww..



friendly reminder: ni baby tau nak makan. bukan mak baby. :P



TOP 10




10. Tony Roma's Fried Mushroom
Orang lain kalau pegi Tony Roma's semua pun berlumba order steak. ala, that famous rib tuh la. but for me, order appertizer ni pun dah cukup.sedap giler. makan sambil dip dlm mustard sauce or whatever sauce , u choose. kenyang okay. sbb portion dia banyak giler. so normally, kalau pegi tony roma's, me n mr hubs just pegi untuk tea sahaja. makan mende ni, kenyang perut senang hati, bole sambung shopping. :D


9. chicken nachos fajitas , TGI Friday.
sedihkan kat sini susah nak jumpa mexican food yang sedap dan lazat mcm yg ni. kalau order kat sini, rasa mcm nak pergi masukkan dlm tong sampah serta merta. tapi yelah, kita kan org melayu. masih beradab mulia bersopan santun menjaga hati semua pihak. so harus balik KL kene carik time beli mende alah ni. tak dpt TGI Fridays, Chillis pun sodap. takleh makan kat restoren, tapau pun jadi la.



8. Laksa Penang
tengok gambar pun dah meleleh air liur. ni malas nak google gambar food nih. haih. laksa penang, kat sini tak sedap. enough said. kalau kat KL, laksa penang kat pasar malam pun boleh buat high. kat sini laksa penang punya la meriah ada segala isi ikan ketul-ketul. ai tak prefer yang tu lah you. ai suka yang kuah light-light je. hehe.


7. Subway




kalau la subway bukak kat Brunei, i swear i wanna buy the shares. saya lah kipas susah mati subway. belilah brape inch long, tetap akan ku makan sampai habes. nyum nyum. my all time fav is subway club and italian BMT. memang pojaan hatiku.



6. Otak-otak dan sata
ok yang ni demi mengambil hati mr hubs. HAHAHAHHAHAAHA. tapi otak-otak ni ada dekat kemaman je. original punya. yang ni kat KL mmg takde. kat Kl ada otak-otak chewing gum tu je. kalau kat kemaman, dia punya otak-otak betul2 isi ikan fresh. tastes so sweet. kalau makan otak-otak, kene makan dengan sata. baru complete. sebab otak-otak dengan sata ni cam sehati sejiwa sehidup semati. pastu ada cinta ketiga, nama dia pais. tapi pais ni tak menawan sangat. tapi dia saje je suka dekat otak-otak. padahal, kopok lekor dah lama menghulur cinta dekat pais. dia je jual mahal. eh ni ape pulak nih?




5. Egg Tart
ok yang nih, bukan takde kat brunei. bersepah-sepah ada kat bakery. tapi yang ai mahu makan ni very very very very special. hanya boleh didapati di Pavilion foodcourt sahaja! skali makan yang ni, dah takmo makan yang lain! sumpah tak tipu. tak percaya boleh tanya misz eita atau lalink saya.




4. JCo
kat sini ada Big Apple. tapi dia punya glaze donut tak sama dengan JCO. hatiku masih pada JCO. cintaku pada JCO tidak berbelah bahagi. balik ni, nak beli 48 keping donut JCO. tak kire!! kalau dulu, JCO jadi tempat hangout bersama kawan-kawan selepas melantak. (dah la lepas makan, pastu susah-susah beratur untuk another makanan. buruk lantak) owhh rindunyaaaa.



3. Roti banjir

hah yang ni memang legend. roti banjir kuah dal dengan sambal. aduhaiiii lemah semangatttt. rindu giler nak makan roti banjir. kalau kat sini, dah la mapley tak best. roti canai pun mengecewakan. lebih tepat, kuah dia la. jangan sesekali order kuah dal atau anda akan menerima sejenis kuah yang sangat cairrrrrr tanpa rasa. lagi ada hati nak buat banjir? down giler!


2. Nandos
hah terkejot ke Borneo takde Nandos? ahhahahaha. memang discriminate betul kan. branches sampai ke UK tapi Borneo yang part of Malaysia nih pun takde. sedehhhhhh... harus balik ni makan nandos with the peri-peri sauce. kalau dulu, penakut makan yang flavour lemon and herb je. tapi skarang dah berani ok. so up satu level. sauce pun sama. dulu makan yang garlic je. skarang dah up pergi hot per-peri. hehehee. kemajuan kan? haritu pegi singapore happy gila dapay makan nandos kat sana.





1. Char Koay Teow
kat sini? tarakkk!! koteaw goreng adelah. ok yang ni, ada satu tempat ni mmg superb. iaitu di satu gerai depan restoren amir ali dekat seksyen 15, bandar baru bangi. dengan lebih tepat, depan rumah. hahahahhaa. serious dowhhh char koay teow terbaikkk dari ladang! tempat lain tak boleh celen. tapi adikku kata, skarang dia cam ikut hari meniaga dekat situ sbb dia ada meniaga dekat pasar malam. aisehhh. mencabar nih. tapi wajib makan jugak. disebabkan depan rumah je, so pegi kol 3 pagi pun takde problem.





haaa itu diaaa. basically tu semua food yang slalu makan kalau hidup kat KL. so skarang hidup di bumi borneo, maka dah jadi kempunan pulak dengan makanan rutin di zaman dahulu kala. kalau ikut ada banyak lagi dalam list ni yang wajib makan nanti balik ni seperti red velvet cake di Heavenly, Tutti Frutti, Yong tau foo, bla bla bla bla.. tapi itulah. malu nak letak semua. nnti org salah anggap. mesti ingat mak baby pelahap giler. tapi sebenarnya baby yang nak makan. tak caya lagi? haihhh tatau dah nak cakap cemana.




pastu, saya dengan bangganya mahu mengumumkan saya telah berjaya membulat bagai juara!
maka, baju-baju, kasut kasut, apatah lagi seluar sudah makin ketat. doktor cakap tak elok pakai ketat-ketat. *ehem ehem*



so kebetulan balik ni masih ada sisa sisa SALE di pavilion, klcc, midvalley dan sewaktu dengannya. saya harap saya boleh la membeli belah sedikit demi keperluan. bukan kehendak ye. harus dibezakan keperluan dan kehendak di sini. *ehem ehem batuk lagi*.
bak kata Melly Goeslow, "Di mana malumu? Tak sesuai, dengan wajah itu tak ada uang."



Friday, November 26, 2010

kepala apa yang sedap?


mintak mahap la kalau title entry ni meruntun jiwa ya anak-anak.
jangan lah gatai pikir mende lain.
walaupun harini hari jumaat pun, takde maknenye nak letak entry bukan bukan okay. yelah, blog ni dibaca segenap lapisan masyarakat. semua jadi silent reader eh. ahhahahaha.




tapi itulah.

apakah kepala yang paling sedap?

















nak tau tak?
















jeng jeng jenggg

































kepala paling sedap semestinya ialah....




:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v
:
:
v


perghhhh... kepala ikan tenggiri laaa yang palong sedap. tambah-tambah masak gulai kuning tu. memang meleleh air liur sampai ke siku.

gulai kuning ni, mmg femes di negeri-negeri pantai timur. sbb pantai timur mmg terer bab makan-makan ni. kalau dulu balik rumah arwah tok mek, mmg confirm penderaan usus-usus perut dan pankreas akan berlaku. mana tak nya, pagi-pagi buta dah breakfast dengan nasi bungkus sorang satu. belom lunch. belom dinner. belom kira kueh mueh senggang waktu-waktu makan utama. mmg balik 2 hari weekend pun boleh naik 5 kg. sumpah tak tipu.



so walaupun sedang bergelumang dengan buku-buku dan jugak nota-nota, (konon sebok study lah tu.. katanya!) tapi, ini bukan satu alasan untuk tidak menyediakan makanan apabila anda telah bersuami ye anak-anak. walaupun anda bukan lah manusia yg jenis makan lunch ke brekpes ke, tapi kalau suami ada di rumah, sila lah rajinkan diri masuk dapur masak ape-ape yang patut. org ckp nak jaga suami kene jaga perut dia dulu. haaa itu lah, sampai dah macam pregnant 5 bulan dah tu. tatau dah nak buat cemana. kene beli jusmate dokte rozmey lepas nih. HAHAHHAHAHAHAHA


ini adalah rutin harianku di rumah. menelaah buku-buku ACCA yang tak best ini. i don't know why i feel so tortured.azab giler. kalau bukan sebab hanya tinggal lagi 2 paper sahaja, mmg aku pejam mata tak abeskan ACCA. tapi mengenangkan susah payah meluluskan diri menghabiskan berbelas-belas paper (termasuk paper yg dah exempted) , so macam bangang je kalau tak abes kan. at least, bole lah up sket value diri sendiri kalau ada ACCA kan. yelah, kat market, graduan Accounting bersepah kot. so utk be one step higher dari org-org ini, mesti ada ini hantu ACCA. so kalau pergi kerja, gaji best sket la kan. sbb yelah, takkan nak bagi gaji sikit, ingat nak pass ACCA ni senang ke. tapi takpe, harus yakin. tambah2 skarang ada doa mr hubs bersama-sama. baik, saya boleh!

sambung cerita gulai kuning ikan tenggiri tadi. actually senang je nak buat tu. mama ajarkan. yg ni tak payah tumis-tumis. so i likeeee.

bahan-bahan:
santan + air, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, asam keping, cili padi, air, secubit gula dan garam, dengan ikan tenggiri.

cara-cara:
1.tumbuk semua bahan (kalau malas blend je) ,kecuali ikan dan asam keping.
2.santan kacau dengan air.
3. masuk semua bahan tumbuk dalam santan,kacau then boil atas dapur.
4. masukkan ikan dgn asam keping.
5. gula dan garam secukup rasa

kalau ade nenas, masukkan slice kecik2. perghhh.menjilat jari wa cakap lu. tapi harini takde nenas, sbb malas nak keluar. kan tgh study kan. masa itu emas pls.





so hidangan ni makan dengan sambal belacan. mmg superb!!




so ini hidangan kami "sekeluarga" pada tengahari jumaat. yelah, mr hubs balik skejap before pegi smayang jumaat kan. so makan simple2 je tayah meriah-meriah sgt. yang penting, ini makanan yg seimbang tau. ade telur dadar sket kire on lah. air guava campur grape sbg pencuci mulut. tak kuasa nak masak puding-puding ke jelly-jelly ke di ketika ini. after that, dua-dua orang makan tanpa bercakap menghayati keenakan gulai kuning ikan tenggiri.



ape rase?







marveles!!



Wednesday, November 17, 2010

Korban 2010

kalau hari raya Eid-Fitri haritu tak jadi beraya di perantauan, tapi kali ni raya Eid-Adha kami tak terlepas beraya di perantauan. hehehe. kalau kat kampung kita, mesti macam semua org berduyun balik kampung atau kumpul dengan family utk beraya. lebih tepat untuk korban lembu. atau lebih tepat lagi melantak daging korban. waduhhduhhhduhhhh.....


Alhamdulillah tahun ni, kami juga korban satu bahagian. tapi dari jauh saje lah. tapi demi meminimumkan rasa rindu pada kampung halaman (padahal rindu nak makan daging korban :P), so haruslah buat apa-apa yang patut kan. so kitorang decide untuk buat makan-makan sikit sempena hari raya nih. jangan tanya lah expert ke tak. kalau nak seribu daya kan? hehe. pastu baju raya pun dah iron siap2 dengan sampin skali. raya sakan okeh.


so bila inform kawan-kawan, diorang pun get excited. and diorang pun ada masak-masak jugak pastu bawak dtg rumah makan sama-sama. hehe. kitorang masak nasi minyak ayam masak merah acar buah dengan murtabak. iszwan masak nasi himpit kuah kacang. pojan bawak kek lapis sarawak dengan puding jagung. kamal tolong bancuh air bandung soda. ana masak mee goreng dengan bawak puding hersheys. so mmg la meriah jugak. kurang la sikit rindu kampung halaman kan. bukan tu je, perut pun boncit macam mengandung 6 bulan. parah parah.

ini makanan sebelom sampai mee goreng dan puding hersheys.


so apa yg korang korban this year? eh salah la soklan tu. apa definisi korban untuk korang?
(sambil lagu "berkorban apa saja" jadi background music)


well for me, tahun ni mmg banyak actually sacrificed. org nampak ke tak,tahu ke tak, tak kesah la. janji pengorbanan kita tu ikhlas. and this thing, i prefer to call it as a compromise rather than a sacrifice. get married to an expat needs you to live apart from your family and friends, even to give up your career. lagi sadis, u'll missed out all the sepcial occassion back at home. tak kesah la wedding ke gathering ke. but i take this to be so great that i have a chance to be a great wife to my husband.


to live my life as a housewife is not something that i dreamt off previously. i used to have a very busy life with a career in hand, where i need to get up and work off my ass early in the morning and come home very late. i am so determined in whatever i do. i am a person that won't do things halfway. and of course, it is quite a big adjustment to me. i don't have to do it anymore. i have my own sweet time and i have nothing to worry about. its a peaceful life, seriously. and knowing me myself, i can easily adapt to any environment. so i get busy with errands, activities, volunteering and etc to get myself occupied.


even more, i enjoy taking care of my hubs.
i do him laundry. kalau dulu, perkara paling perlu di jauhi adalah kemeja kerja lelaki. owh i hate it. skarang hari-hari pun kene iron baju ni. naseb baik iron ku ade steam steam.

i make the bed for him.change the bedsheet frequently. if i were away, he rather sleeps on the sofa. sbb takmo kemas katil. susah katanya.apakah?

i go grocerries shopping by myself. tak perlu tunggu laki balik baru nak ajak pegi beli barang. ini boleh mengoptimumkan masa untuk bermanja-manja.

i clean the house. vacuum hadiah kawen kawan-kawan skolah jenan mmg sangat berguna. plus mop2 yg import jauh dari ikea mmg gasak la kalau tak guna kan.

i cook for him. 6 months ago, i am zero at cooking. but at least now i make a good progress. and improving. dan tanpa segan silu siap jemput org makan. walaupun tu 1st try. tinggi siot level of confidence kan. hahahahaa.

solat berjemaah. tahu tak anda akan rasa ketenangan maksima bila anda solat dengan suami anda. betulll tak tipu. priceless.

mr hubs pergi dan balik kerja pasti akan disambut oleh org paling comel di rumah. ahhahaa. tak ke hilang stress suami kejap kan?

blom kira tido yang ditemani insan paling seksi. kahkahkah. then bukak-bukak mata pagi-pagi terus lihat org yang paling anda cintai terbongkang di sebelah anada adalah tidak boleh didapati di mana-mana supermarket.

and honestly, i won't do these at home. itu belom masuk jadi pendengar setia, peminjam bahu, rakan gossip, rakan tengok wayang, pembantu peribadi, rakan berebut remote serta rakan meraba-raba.


so why i do these? so at least i can serve my husband when there's still time. at least saya ada peluang jadi isteri yang baik dan solehah untuk mr hubs. nnti kalau tuhan dah tarik masa saya and saya dah takde peluang jaga mr hubs macam sekarang yang saya jaga, at least saya tak regret, sbb saya dah buat yang terbaik. saya cuma mahu mr hubs bahagia bersama. :)


ada org ckp saya kawen dengan mr hubs sbb saya materialistik. meh saya cakap. pengakuan ekslusif ni. kalau saya materialistik, mestilah saya kawen dengan org lain. sbb mr hubs bukan org yg boleh spend on me. tambah-tambah sekarang dia sorang je keje. maybe korang nampak kami hidup mewah. but trust me, semua org ada masalah masing-masing. mungkin kami boleh cakap, ini rezeki dan berkat Allah bagi dekat org yang dah kahwen.dan lebih penting, Allah telah menjanjikan syurga dan kelebihan yang tak terbanding bagi wanita yang mentaati dan membahagiakan suaminya. itu adalah segalanya. jangan lah terlalu tamak mengejar dunia ya kawan-kawan. sebab semua ni pinjaman saje. lupa eh?


saya ada copy dari mana ntah saya lupa. tapi ini benar-benar bermakna untuk seorang isteri macam saya.

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a. katanya: Baginda Rasul s.a.w telah bersabda: “Seorang isteri yang beriman kepada Allah tidak dibenarkan memasukkan seseorang ke dalam rumah suaminya jika orang tersebut tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan keluar rumah jika hal itu tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan patuh kepada sesiapa pun di rumahnya kecuali kepada suaminya. Seorang isteri tidak boleh menjauh dari tempat tidur suaminya dan tidak boleh menyakiti hatinya di tempat tidur. Sekiranya suami merasa dizalimi ataupun tersinggung maka isteri hendaklah berusaha untuk melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan suaminya reda dan memaafkan. Dan jika suami menerima maka isteri tersebut telah mendapat hadiah dan nikmat paling besar. Mudah-mudahan Allah s.w.t akan menerima permintaan maafnya dan sekaligus menghapuskan dosanya. Lain halnya jika suami belum dapat memaafkannya namun permintaan maaf dari isteri tersebut jelas sudah sampai kepada Allah s.w.t.” [HR Hakim]


“Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” [HR Ahmad]


untungkan jadi isteri. untuk kawan-kawan yg belom kawen, jangan risau. berdoalah. semoga Allah permudahkan segala urusan. setiap yang berlaku ada hikmahnya. apa yang kita mahu belum tentu apa yang kita perlukan.



Woman was made from the rib of man, she was not created from his head to top him, nor from his feet to be stepped upon. She was made from his side to be close to him, from beneath his arm to be protected by him, near his heart to be loved by him.





so people, hows your Eid-Adha? makan daging banyak tak? :) selamat menghayati erti pengorbanan dari kami di Brunei :)



Wednesday, November 3, 2010

Jangan Kawen Lelaki Pantai Timur????



dulu seblom kawen, saya berangan yang nnti bakal hasben saya



1) sangat romentik
2) hensem dan kaya seperti David Beckham
3) pandai masak. so that saya toksah susah masuk dapur.
4) rajin buat kerja rumah
5) alim bak ustaz ustaz tapi at the same time rock. (cemane tuh)



oleh itu, saya memegang prinsip takkan kahwen dengan org pantai timur.


kenapaaaaa pantai timurr???

yelah. sbb family saya asal pantai timurr.. so saya boleh tengok ketulenan lelaki pantai timur di dalam rumah saya sendiri. yeahhh tepat skali, ABAH saya!




meh saya kongsi. lelaki pantai timur selalunya dianggap SUPER LELAKI di dalam rumah. SUPER LELAKI tu macam rajalah lebih kurang. mungkin tak semua lelaki pantai timur ni SUPER LELAKI. tapi majoriti yang saya tahu dan kenal didpean biji mata sendiri. makanya, kelebihan SUPER LELAKI ini.......

1) kerja-kerja rumah tak perlu buat sbb adik beradik perempuan yg lain akan bereskan. banyak cantik.
2) owh basuh pinggan mangkuk periuk belanga? apa tu? macam sejenis biskut untuk diberi ikan makankah?
3) siang ikan ayam sotong dll -------> awww geli lah. ada darah lemak daki daki sumer. yuckss..
4) basuh dan melipat baju. kalau satu baju upah dia RM100 maka harus mereka ini buat. malangnya baju sendiri. mana ada upah. so paham-paham la kan.
5) pandai masak. LOL! umpama kucing bertanduk lapan.
6) lapar lah. mana makanan? kenapa tak hidang? <----- sapa bagi soalan ni boleh makan pakej pelempang pergi balik doploh kali. SERIOUS!!!!

masih saya ingat, mama bersalinkan adik bongsu saya, Iman pada 1 Ramadhan. sbb tu nama dia Iman AL-Ramadhan. lahir bulan puasa okay. owh silap besar lah kan. naseb baik bulan puasa. so siang takyah makan. tapi mmg tak berasaplah dapur tu. almost sebulan kami adik beradik bersama abah bukak puasa kat masjid putrajaya. naseb baik heaven. :P


tapi, pernah dengar org ckp, yang kita tanak tu la kita akan dapat????


now mari gelak besar..

HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAAAA....


padan muka, kau kawen dgn lelaki pantai timur.




walaupun begitu, manusia boleh berubah jika dia mahu. betul kan?

kenapa saya ckp centu?




sbb pada suatu hari, rumah kami tiada air. ntah malaun mana ntah yang gatai pegi tutup kami punya meter air. so sampai ptg saya tak mandi. (owh mr hubs pun pegi keje tak mandi hari tu. hahahahaa. terimakaseh kepada doedoran dan perfume di atas hantaran tempohari!!)


maka terpaksal lah saya survive dengan memakan makanan yg tidak perlu dibasuh atau dimasak atau tidak perlu menggunakan air.

contohnya:
1) biskut raya dan maruku
2) air vitagen
3) cereal + fresh milk

tapi memandangkan saya ni orang melayu tulen, maka takkan la kenyang makan mende2 centu kan. boleh meroyan kan??? harus cari nasi jugak! adoiiii. nak keluar, tak kuasa lah sbb tak mandi. walaupun org len taktau, tapi saya tau. nnti saya malu pada diri sendiri. sampai petang, badan saya dah kurang energy (ok ayat mula berbaur poyo disitu). mr hubs balik awal utk setelkan masalah air rumah kami.

alhamdulillah selesai jugak masalah tu. mmg ada malaun tutup meter air rumah kami. mangkuk hayun betul.



oleh kerana saya dah kepenatan nak masak, mr hubs telah mengofferkan dirinya untuk tolong masak utk saya. (ye lah silap banyak lah cerita mkn lunch nasi beriyani kepada org yg mkn cereal je utk lunch kan).


walaupun initially nya saya yang kene sediakan bahan-bahan. tapi tak mengapa. sbb dia nak masak kan. ahahhaa







so dengan brtungkus lumus, maka terhasillah.........



jeng jeng jengggggg.....
























































saspen sket.....






























































MIHUN GORENG KASIH SAYANG!!!!


ai tell yuu, sedap gilerr!! mmg menambah-nambah buat muka tak malu kan. hahhahaa. ni bukan bodek, kalau tak sedap, kita jujur ckp direct, tak sedap lah! lalu terus makan tak abes, siap keluarkan megi, masak megi letak telur sibijik.



tapi yg ini mmg kalah la org-org brunei punya mihun goreng. memang menjilat semua jari-jari yang ada. siap lebihan tu saya simpan utk makan esok pagi. kalau tak, selalunya saya akan buang je food2 yg lebih. ahhahahaha. nampak sgt saya masak tak sedap! >.<


setelah dipuji berbakul-bakul dan mr hubs pun dah kembang bermagkuk-mangkuk, maka dia isytiharkan kalau nak makan mihun goreng, dia nak masak. hahahaha. baiklah bos! :P


mmg sayalah isteri paling bertuah setakat ini. muahahahaha.




tapi utk kawan-kawan diluar sana, toksah la risau kalau calon hasben anda tu tatau masak. terus terang ckp, mr hubs pun tak percaya dia bole goreng mihun sesedap ini. kalau nak tau, mr hubs ni mmg SUPER LELAKI jugak ni.




tapi itulah, kita kan manusia. manusia boleh berubah jika dia nak. so, tinggal nak ngan tak nak je. insyaAllah, kita boleh jadi lebih baik dan disayangi segenap lapisan masyarakat. sekian :P

Tuesday, November 2, 2010

halloween? nahhhh

i just wrote yesterday that i'll be super busy this month. but it does not mean that i will abandon my social needs. come on guys.i won't turn into a hectic bookworm. never will i. you know i learned on how to divide my time? owhh ya i should share it with you. later in my next post ok?


well, to be honest, i still go out to the market (because i have to! bluergh), still do my household chores (owh yes no one else will do it for this house if its not me? double bluerghh), still have to make time for beloved mr hubs (or else he claimed that he'll get lonely! hahaha), and of course i still need to blog, twit and do some blog-walking. hehe...


and do you believe that studying can make you get hungry even faster? seriously. i am not lying. after hours of punching numbers on my calculator, i'll hear some weird sound from my stomach. then my brain will start imagining delicious tarts or cakes, some pavlova, and even worst it brings me to the nasi with asam pedas ikan merah + bendi. ok now i am salivating!! damn damn damn.


so mr hubs, i blame my books if i gain any more weights after this month ok?


then i found this on net. another food blog. but this time, its an extraordinary food blog. this beautiful woman has a unique way of explaining food stuffs, which can make anyone drool. there is a little biography on her. she gave up her job and pursuing what she likes. the best part is, her husband share the same interest with her. so sweet!! she has published a lot of cooking books. now i envy her. :P


i am glad to find her here in the blogsphere and am proud to know such a great food expert.


they are just celebrating halloween, which is so not my thing. but the way she decorated the food make it soo interesting. check it out ppl.


this picture, she cut the egg and put some olive to make the eyes. hahaha. creative!



this spidey web bun is really nice.


ghost and cemetry cookies looks sooo fun.


OMG this brain is just soooooooooooooo real.



and this is my personal favourite. definitely i would like to give it a try later!
she shared the recipe how to make this vampire cookie lollipop here.





isn't it fabulous? do you like it ???