Showing posts with label comel. Show all posts
Showing posts with label comel. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

That first kick

bila gynae tanya, dah rasa baby kicking ke belom, masa tu macam sedih je.
sebab belom rasa apa-apa. even my gynae cakap its normal to feel the baby kick a lil bit
later for first timer, tapi masih rasa mcm sedih. sebab org lain pun first timer tapi masuk je 2nd trim most of them dah rasa baby kicking. and masa buat check up tu, i was in my 19weeks. skarang dah 21weeks dah.i kept waiting for that "fluttering" that people were saying :(


tapi harini mmg dah cipta satu sejarah. ye ye saya tahu harini ramai yg ada sejarah sebab harini result spm keluar kan. tapi saya punya sejarah lagi special tau. lepas masak dinner tadi, sedang berehat-rehat di haunted couch sambil minom air sejok, tibe2 rasa mcm geli giler-giler dalam perut. pastu gelak sorang-sorang sebab geli sangat. MY BABY FINALLY KICKED!! Omg it was so amazing!! alhamdulillah now i believe that there is someone in my belly, alive!! hahahaaaa..
this is like the greatest feeling in the whole world. :) so sape2 yang sepatutnya dah rasa your baby moving, tapi belom rasa, boleh try tips ni iaitu minom air sejok!! nanti baby gerak sebab lari dari kesejukan. hahaha



haihh lagi rasa tak sabr nak ada baby shower sendiri.

haritu balik sempat organize baby shower untuk jihan dengan girlfrens!
seriously, eita mmg talented gila in organising and decorating an event. :) i'm loving it.
aida ada port cupcake red velvet sedap. :D
nisa pulak ada port belon helium. owhh i likeeee :D

since jihan is expecting a girl, so harusla theme dia pinkish gitu kan. very cute. sangat lah adorable.





abes kalau baby boy cemana la rupa theme untuk baby shower? cute mcm baby girl tak? ke bosan je? :(


Wednesday, February 24, 2010

entri sebelom tidur

this entry should be last week's entry. tapi takpelah. sbb last week memang tak sempat nak blogging.

well, have attended dina's engagement at taman melewar. sebelom tu ada wedding di putrajaya. tema warna ialah merah putih. so tepaksela eden memakai baju merah menyala itu. dah abes kat sana rushing balik tukar baju ijau pulak sbb dina punye tema kaler ijau. aisehmannnnnnnn....kesian la kalau org tu duduk jauh2 nak bertema-tema cm taman tema air pulak. so takpe for those coming to my wedding nanti takde warna tema wajib yang ditetapkan. you can wear any color you like okay. :)

then after fetching eita at her house, terus pecut pegi gombak. oh well, google map pun ada juga part yang takbole pakai i tell you. yela both of us mmg taktau area2 gombak ni. area klcc ke pavillion ke kitorang tau la... hahhahaaa. ni kalau dah masuk area-area cm urban sket ni memang la macam baru sampai mongolia.punyela tatau mane nak pegi. luckily eita did some homework. dia berjaya google jalan pegi rumah dina based on the address given. so ikut je la kan. masuk celah-celah perumahan sume ada. hahahhahaaaa. we were so confident because every junction mesti sama dengan apa yg stated dekat google map. sampai la satu junction yg sepatutnya kami cross, rupenye jalan tu dah tutup ngan batu-batu ala construction gitu. adoiiiii.. tak ke parah.
call punya call ade la sejam jugak rasenye baru kitorang sampai rumah dina... hahahahhaaaaa.... luckily, mood ok sebab eita bawak cd KRU yang dia tolong burnkan.ada 12 album dlm satu cd.. wallaweeeiiii seronokkkkkkkkkkkkkkk!!!



so this is dina. dia memakai warna tema zahid AF- oren putih hitam. amad tunangan dina memakai baju melayu hitam bersampin seolah-olah mahu menerima pingat kebesaran dari sultan. heheheheee.. idea yg menarik. lain dari yg lain. dina tidak kurang hebat.kelihatan sungguh gorjes dan mengancam gituuuuuu.. siap ada fresh flower hand bouquet okay! saya dulu bertunang bunga tangan saya SSF je. sob sob sob... tapi takpe, janji ade bunga. hehehe. so dina, selamat menempuhi alam pertunangan. org cakap byk cabaran. tayah ckp org la, mimi cakap pun same jugak. hahahahaaaaa..
mengikut pengalaman kekerapan bergaduh akan meningkat tiga kali ganda. frekuensi merajuk dan mengada-ngada memang over limit. ketidakstabilan emosi akan berlaku paling minima sebulan dua kali. hahahahhahaaaa. saya harap perkara ini tidak akan terjadi pada anda sebab amad dekat okay. takde reason! :P

saya suka syide punya status di facebook. bunyinya begini:

"M Syahide JalalKita- tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..Kerana, kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..on Tuesday"

saya harap pertemuan saya dengan jodoh saya akan diberkati Allah hingga akhir hayat. aminnnnnn. tapi melihatkan wedding ticker tu menunjukkan lagi 3 bulan tapi saya masih takde baju kawen lagi. omigod. :(




boleh tak kalau taknak kawen lagi?

Wednesday, February 17, 2010

satu suara

hey peeps!

gong xi fa cai. hehe. nak ang pow boleh? kalau tahun-tahun lepas my fiance mmg takkan terlepas kene bagi duet raya. tak kesah la raya ape skali pun. and it must be in the green or red packets!.. isi dalam kadang-kadang seringgit. kalau maju sikit, dua ringgit... hahhahahaahaaaa. and these packets kitorang simpan. tak caye bole tengok album. tapi memandangkan CNY kalini jatuh pada 14 februari ternyata idea untuk memberi angpow terpaksa dilupakan kerana ada perkara yang lebih penting dari itu. oohhhh bukan valentine's day kerana kami tak celebrate valentine's day. mungkin pada kami hari-hari pun hari berkaseh sayang... hahahhahahaaa.... rase cm nak muntah ijau tak?

its actually a date to remark us for being together for 5 years! huhuhuhuuu... this is somewhat i can say "bole tahan lama jugak". hahahaaaa...bukan senang okay! yela,frekuensi pergaduhan bole dikatakan hampir setiap bulan. tp alhamdulillah kami sudah hampir ke "situ". insyaallah mudah-mudahan jodoh kami panjang.aminnnnnn :)...yes, i knew there are people out there have longer period of relationship compared to us. tapi tak kesah la kan. ikutkan bercinte selepas kawen is much more better. ye la kalau bercinta lama2 tak kemana pun buat ape jugak. sadis jugak tu.yang penting harus berkekalan sampai akhir hayat bukan?

so he came back just to celebrate it! sweet kan? so kitorang pegi konsert satu suara terbitan SNP.well i can say that the concert was awesome. performance mmg tiptop. energy mmg superb. suara pun mmg tak boleh dipertikaikan lagi. gabungan 3 org superstar yg sungguh bertenaga and kena! everything was amazing.except for those peminat-peminat fanatic yang sebok berdiri menari-nari. hello ni istana budaya la. tak sehsuawaiiii okay. maybe next time such concert lebih sesuai dibuat di tempat yg tak perlukan kerusi if the singer wants the crowd to dance together. haihhhh...luckily i bought this concert ticket earlier so dpt la cheaper price berbanding org lain yang lambat sedikit.seriously,sungguh tidak mengecewakan. :)



dan nampaknye skill mr fiance sudah makin improved. sudah tidak kayu sangat. tp ade la kayu lagi sikit-sikit. kalau masuk pertandingan bfren siapa lebih romentik, harus dia disqualified since audition stage. ahhahahahaaa... but he will always win me okay. he bought me this as an anniversary gift for me:



oh bukan naomi campbell yang dia beli. tp perfume 3 L'Impératrice by D&G. i really love the smell.bau awal-awal masa spray macam so fruity with musk base.but after several hours it turns into a watery fizzy accent. kadang-kadang rase mcm bau gucci rush. very sensual.

this time D&G menggunakan nama-nama besar sebagai model untuk perfume edisi summer ini.Tyson Ballou as Le Bateleur 1, Naomi Campbell as LImperatrice 3,Noah Mills as L'Amoureux 6, Claudia Schiffer as La Lune 18 and Eva Herzigova and Fernando Fernandes as La Roue de la Fortune 10. i dont know why they have to be nude in the picture. summer agaknye. panas.. hahahahahahaaa.....



source: D&G

so alang-alang my fiance balik kl untuk few days sahaje, so terus cekup dia pegi buat photoshoot untuk pre wedding. ini hadiah saya untuk kali ini. :) actually hajat di hati nak try mekap oleh zaifie collection as per this entry. ye la masalah mencari make up artis pompuan berkarisma sehingga ke harini masih belom selesai. but thanks to kak zai, i am happy with her touch. bole di consider sbb i have 4 sessions of make up nanti and i want different person to each session :)anyhow, the photoshoot went great.jejaka2 di pixelmedia sangat tidak byk songeh dan mudah untuk berkerjasama.siap order mcd lagi.tp kitorang kene bawak props sendiri. agak taktau nak bawak ape mula2 yela mane penah nak bergambo2 ceni. slalu candid je tau. hahahahhaaa. so after did some homework, baru dpt sedikit idea. jenuh suruh mr fiance beli balloons and confetti. ahahhaaa. lepas tu kitorang pegi carik jugak kipas cina yg zmn dulu2 konon mahu kelihatan traditional. sampai org pixelmedia request for that umbrella ok. betapa berkesannya payung itu sebagai props.itu belom masuk lg kesah saya mahukan apron.hahahaaaa sangat laaaa kelakar. disini disertakan beberapa keping gambar hasil photoshoot yang masih belom diedit tp tangan dah gatal sgt nak aplod. hahahahahaa....so mintak maap la ye gambo belom edit dah siap2 curik2 nak aplod. sikit je ok?






sile click pada gambar untuk efek yang lebih menawan. ahaks!
aihhhh sebok buat photshoot. kain baju sanding di rumah belom tempah lagi okay!