Wednesday, May 18, 2011

mak buyung pegi wedding

tahniah untuk Puan Wanie yang baru bergelar seorang isteri kepada Mie. :)



gambar diambil dari tuan punya blog. :P


of kos la mak buyung pun terhegeh-hegeh jugak nak g org kawen. yela, dah lama rasanye tak g kawan-kawan MMU kawen. tapi masalah utama adalah :

no 1: baju kurung mmg dah tak muat. baju kebaya?? apa tu?? roti ke??
no 2: tidak mendapat kebenaran ayahbonda utk drive sendiri sbb majlis Puan Wanie ni dekat Shah Alam. pastu malam pulak tu. bukannye ape, diorang takut jadi ape2. alahaii mmg dah frust dah actually. hadiah dah wrap takkan nak kirim je lagi. (macam jadi dekat wedding Atira haritu. wuwuwuuwwu )


lantas, mencuba nasib mengsms gfren di Putrajaya. dengan harapan yg rendah. sbb faham la takkan dr Putrajaya nak patah balik masuk Bangi baru nak pegi Shah Alam kan. aa tak suke nye menyusahkan org ni. tapi try jugak la.

skali dapat reply sungguh positif. yahhuuuuu... melompat2 mak. eh tipu la kalau mak lompat kan. tu nama dia harus dah terberanak dah tu. :P

dengan ini jutaan terima kasih skali lagi diucapkan kpd gfren mak yg berada di putrajaya kerana sudi menumpangkan kami dua beranak ini. ecehhh. mestila baby pun ckp time kasih jugak :)owh tidak lupe kepada driver beliau skali. ternyata beliau sgt teringin membuat post mortem selepas wedding mlm itu. :P

haa ni la Cik Eita, gf mak yg tinggal kat Putrajaya tu. rupenye time ni deme tangkap gamba guna polaroid eh? mak tak perasan lah. byk sgt camera. rasa mcm artis. :P

gembira sungguh tidak terkata dapat pegi wedding Puan Wanie ni.dapat jumpe kawan-kawan lama. pastu pelamin pun cantik. yelah, makanan pun sedap. owh tak lupe ayah dan husband Wanie yg sporting abes siap karaoke lagi utk hiburan tetamu. hehe

so mcm biasala kalau dah jumpe kawan-kawan lama byk menda nk disembangkan. pastu tak lupa acara bergambar2 ni. tp mak ni kan bawak perut. tak larat nak berdiri lama2. dah rasa cm kurang seimbang dah. hahahaaha. owh tidak dilupa sempat la jugak mak jumpe geng-geng mak buyung yang bawak perut jugak. tapi diorang ni apsal ntah pregnant pun cun melecun. mak je belengaihhh. haihhh

kebetulan gfren yg lagi sorang ni nak balik bangi jugak. so tak payah la susahkan gfren yg tinggal kt putrajaya nak kene masuk Bangi dulu kan. so mak tompang la lalink mak, Nisa balik rumah. sejak dr dlm dewanu mak sampai ke masuk federal sampai ke masuk Plus hiway, toksah ckp la ayahbonda kat rumah tu telepon, sms manjang. adehlaaaa. jangan taktau skrang dah ade curfew ibu mengandung ye kat rumah. mak pasrah!! tapi apepun, jutaan terima kasih jugak buat lalink mak, Nisa yang sudi anto sampai ke rumah, naseb baik dia tak tinggal kat tol je kan. :P

geng mak buyung. yang baju ijau tu baru lepas mabuk alahan. yg baju oren ni ex-roomate yg hotzz. lagi sorang mane ntah hilang. sebok tangkap gambo agaknye :P



haa ni la lalink mak, Nisa nama dia. masih single. sape2 berkenan, boleh hantar CV. :P


ala mak kan gile glemer. tak main lah duduk tepi2 ke bawah2 ke. harus mak kene duduk atas pelamin tepi pengantin. nasib baik pengantin lelaki tu sporting abes. hehe. kasikla chance mak buyung perasan kejap. pasni dah takleh dah, sebok dukung anak je. :P

Monday, May 16, 2011

eh dah 3rd trimester?


skejap je masa kan. dah masuk 3rd trimester dah. maknanya dah bole bersedia lah utk brg2 baby kan. hehe.

kalau ikutkan skarang, baby dah 1kg lebih. ( ok mari makan sekilo chocolate demi VISUAL yang bagus :P). pastu dulu baby just moving kan. skarang sudah pandai kicking okeh!! setiap kali kene kick di bladder harusla asyik rasa nak terkencing saje. itu belom masuk time2 baby active buat somersault dalam perut. senak kadang-kadang tu.






sekarang si kecik ni akan cepat2 membesar, tapi dgn syarat mommy baby kene makan banyak la. tapi yg stressnye, baby akan absorb 0.5 per 6 dari apa yang mommy makan. so tak ke mommy akan naik badan kaw-kaw punye? aisehhhhh.... pulak tu, mommy kene tido extra jugak untuk perkembangan otak baby yang bagus. mmg mommy jadi belon la lepas ni baby.


tambah-tambah skarang dah masuk 7 bulan. so lagi la kene berhati-hati extra careful sket. sbb dokte ckp bulan yg ke tujuh ni mmg possibility untuk terbersalin tu mmg ada. untuk elakkan melahirkan baby dlm keadaan premature, so haruslah kurangkan aktiviti lasak. duduk rumah diam-diam. centu la. stress pun tak boleh. pun akan menyumbang kepada terjadinye premature birth ni. harap-harap baby taknak keluar lagi la k. tunggu 9 bulan k baby?


skarang ni pun blakang makin sakit. mungkin sebab perut makin besar dan berat kan. pastu malam-malam, kaki cramp kaw2 punya. sakitt :(( dah la mr hubs jauh. so sakit la sorang-sorang. well baby, ni sacrifice mommy and daddy untuk baby. mommy terpaksa balik KL awal-awal sbb tanak nnti stranded dekat Brunei, so terpaksa baby lahir kat sana. so mommy duduk jauh-jauh ngan daddy so that mommy bole buat early preparation for your birth. both mommy and daddy did this because we love you so much. :)



Thursday, May 5, 2011

final entry on babymoon

entry ni kalini kombo untuk the rest of babymoon entry. sbb rasa cm dah basi sgt dah ni. tp mcm nk jot down jugak, ye lah mane tau anak2 sempat baca catatan mommy dia yg mengarut2 ni nnti diorang besar kan. :P

hari ke 4, kalini no more breakfast on bed. sbb dah packing nak pegi ke fountainebleu. check out adalah tengahari so sempat la pagi ni kita pegi bersiar2 dulu kan. so kalini kitorang pegi breakfast dekat luar. mmg la takde menu lain melainkan espresso dengan croissant. owh rindu nasi lemak pls.

pegang menu konon2 paham. hahahhaa. tengok dia punye kopi. kaw gila!!! owh baju tu baju baru tau beli dekat H&M. tp murah gile yang ni. hanya Euro10. baju baby lagi mahal okeh.

pastu menu dia pun langsung membantu tau. semua pun dlm french. haih. tanya ikut English pun dia jawab ikut french. kalau dah agak2 sakit hati, tanya je ikut melayu.

Lepas breakfast, kitorang pegi Galleries La Fayette. yela, masa first day haritu cam pegi kenal-kenal je kan. kalini pegi ade misi. kehkehkeh. memandangkan sampai cam awal lagi, so cam takde org ramai sgt la. tapi tak ramai pun, beratur jugak nak masuk LV. yg dasyat, yg beratur tu kebanyakan makcik2 tua from China dtg nak beli LV. siap print dekat website okeh nak yg model mana satu. yelah, nak ckp french tak reti. so print siap2 senang keje. tunjuk je kan.


ni dekat Longchamp. ni sebelom di serbu oleh segerombolan manusia dari Korea dan Jepun. pastu mmg lepas tu nak masuk pun kene beratur jugak la.

ni dekat LV. owh jangan tatau ye kalau kite beli LV, kita boleh buat initial nama kita for free. lama ke kejap tu bergantung pada ramai org ke tak. so warna ape, font size besar mana kita boleh pilih sukati kita. tp hanya tiga alphabet saje okeh. takleh banyak2. memandangkan kat paris ni terlampau ramai org beli LV, so initial tu akan siap dlm masa 3 hari. kalau beli LV kat KL, sejam pun boleh siap rasanya. pastu seriously beza gile harga KL dgn Paris. yelah, ikutkan mmg tak mampu pun. tapi sbb beza harga dia yg melampau, pastu consider pulak lepas ni dah tatau bila lagi nak sampai Paris, so sanggup ku caraskan kredit kad ku itu. dengan perjanjian pada diri sendiri, yg ni first and last. sekian.


haa tengok tu pakcik2 dan makcik2 from China bersemangat waja beratur nak masuk LV.

Pastu kitorang pegi lunch siap2 kat La Fayette punya fudcot. fudcot dia mmg la sgt heaven. walaupun fudcot, tapi tatau nape rasa mcm best giler. maybe sbb org yg makan kat situ semua stylo mylo agaknye. ahahhahaa.




perjalanan ke Fountainebleu makan masa sejam lebih. kalini kitorang amek cab. tak mampu nak heret luggage yg bertambah kadar berat dgn naik tren. kenapa pegi fountainebleu? sbb mr hubs ada conference dekat Melun 2 hari. mmg jauh sgt dr Paris. kalau naik tren, dah kat ujung dah. cam kalau naik komuter tu, stesyen seremban eh yg plg last tu? haa centu lah.

Fountainebleu famous dengan Chateau of Fountainbleu. ni istana raja2 paris zaman dulu dah ditukar jadi museum, yg stock furnite lavish giler. senang cite, suku dari keluasan Fountainebleu tu adalah Chateau of Fountainebleu.

dalam kawasan Chateau of Fountainebleu.

ni cinema dekat Fountainebleu. kalau nak tengok movie kat Paris, baik tayah. unless kalau anda paham French. sbb semua muvie akan di alaih suara dengan jaya nya pegi bahasa french.

berangan menetap di Chataeu of Fountainebleu. :P

hari kedua di Fountainebleu, saya cuma berehat di hotel pastu kuar makan dekat Fountainebleu saje.

Fountainebleu ni kira dah kawasan pedalaman. tapi heran betul. tengok makcik tu, style sehh. kalau kat mesia, pakaian harian makcik melintas jalan adalah kain batik semestinya.

adoii kedai ni cam tak sanggup nak baca kuat2 sebenarnye kan. malu sorang2.


pastu keesokan harinya mmg tak dapekla berehat2 lagi kat bilik. walaupun sorang2, ku gagahi pegi ke kota paris seorang diri. cewahhhh. eh tapi betul tau. kene tuka tren ntah brape kali nak sampai kota paris. bole tahan jauh la jugak. tp memandangkan perut ini sudah ke depan, so semua pun kasik tempat duduk dlm tren. hehehehehe.

so sempat pegi ke Malaysia Airlines di Paris, untuk collect tiket baru. alhamdulillah kami dapat upgrade seat kami untuk pulang ke Malaysia, dengan menggunakan enrich miles. kalau tak, mau berlipat baby dalam perutku. :P

balik dr kota paris dengan tersengih-sengih. yelah, kalau tak sengih lagi tatau la kan. tuhhh mende yang di initialkan dah siapppp. jeng jeng jenggg...
*cough*

singgah makan di Pizza Mimi. not bad la. ramai jugak org kat kedai ni.
depan building dimana terletaknya Malaysia Airlines, Rue De Pepeiniere. terpaksa amek gambo diri sendiri dah kata pegi sorang2 kan.


keesokan harinya, adalah hari berangkat pulang. so pegi airport mmg awal. check out dari hotel after breakfast. bukan main cab yg jemput kami, BMW 5 series lagi. pastu tambang nak g airport pun mahal gila. lebih kurang Euro200. kalau convert duet ringgit, darab lah dengan 4.5. huhuhuhuhu. takmo ingat nanti kecik ati.

sampai je airport, mende pertama kene buat harus lah pegi claim VAT. since kita bukan european, so kita bole claim dlm 12%-15% back from our total spending, tak masuk makan minum transport sume tu la. yg ni kire mende2 yg kita shopping je. tapi kire okla kan. dah la murah compare to malaysia, pastu boleh claim vat lagi. so kawan-kawan, kalau pegi sana jgn lupe claim tau. kumpul semua resit2 tu.

setel claim vat, terus pegi drop luggage sbb dah check in siap2 from hotel. memandangkan kami naik business class, so bole la pegi melepak di golden lounge dulu kan. sempat la singgah duty free jamu2 mata sambil beli sket2.

pegi lounge, keciwa kejap. sebab lounge dia tak secantik golden lounge kat malaysia. food and beverages pun tidak memberangsangkan anak tekak. so duduk tak sampai stengah jam pun, kitorang kuar. terus pegi boarding hall. lebih baik membazir masa kat duty free dr lounge yg mcm tu.

elok je boarding, mmg jakun lah kejap dengan seat yg mcm kapsul tu kan. ye lah, saya ni org kampung. naik flight pun mampu naik economy je. mungkin ni rezeki baby. alhamdulillah. so kurang lah sket sakit pinggang mcm flight ke paris hari tu. tido pun best sebab seat dia boleh ubat jadi foldable bed. makan toksah ckp la. kalau kat economy, ko makan lah dalam tray. appetizer ngan main dish ngan dessert semua dlm satu tray. kalau kat bisnes class, amboih hidang satu2. pulak tu, appetizer makan satay okeh. sedap gila. even, stewardess akan address nama kita betul2. diorang dah ada list. kalau salah mau kene sembur agaknye kan. mane taknye, yg ade dlm cabin tu, tan sri lah, dato' lah. kitorang je manusia biasa yg tidak berpangkat lagi hina ini. *sobs*. (takpelah pasni dapat pangkat mommy and daddy :P )


beratur nak claim VAT!

depan lounge. nama je premiere lounge. tapi ayam je lounge ni. oppsss perut terkeluar!


pembuka selera di business class. sedap okeh! serious tak tipu


err ni bukan pramugara terlampau ye kawan-kawan. ni mr hubs saya. dia mmg ceni, manja keterlaluan. tp kalau depan kawan-kawan dia, kontrol macho lah konon kan. nanti dah ada baby takpat la eden nak manjakan ekau lagi. hahahahahaha

sekian, entry paris babymoon. :P


Wednesday, May 4, 2011

babymoon part 3

Hari ke3 pun memaksa kitorang bangun awal. Mandi2 siap2 then brekfes dengan roti + tuna mayonnaise yg di bawa dari Brunei. mmg kat paris langsung tak amek brekfest kat hotel. Ye lah stakat nk mkn croissant sebijik campur expresso secawan kecik bersamaan dgn euro10. Tak ke mahal gile tu.

Hari ke3 destinasi mmg banyak. Tp destinasi utama actually nak pegi la vallee village. Ni cam shopping outlet yg terletak dekat dgn Disneyland. Maknanya jauh dr pekan paris la. So nak sampai sini, sama jugak cm Disneyland kene tuka2 tren.

Kitorang gerak dari hotel dlm pukul 730 pagi. Semangat okeh. Mmg sejuk gile. Hujan renyai2 pulak tuh. Ckp mmg kuar2 asap. So bole tengok org2 paris kuar pegi kerja naik tren. Boleh dikatakan semua org cam stylo mylo. Tak kesah la tua ke muda ke. Kalau kita kat mesia yg pegi keje pun sememeh mmg malu gile la tgk org2 paris berpesyen.

So sampai je stesyen yg dituju, kene lalu sebuah mall sepanjang midvalley utk sampai ke entrance la vallee village ni. So cam tak rasa jauh sgt sbb lalu dlm mall kan. Sempat la jeling2 jugak. Hahhaaha. La vallee ni bukak kol 10pg. kitorang sampai dlm 915 centuh. So mr hubs ckp meh la rest kejap sambil tunggu la vallee bukak. So kitorang lepaklah di Paul. Mmg recommended la tpt ni kalau nk mkn French food. Sedap dan cantik tempatnya. Since kitorang sampai tu pagi lagi, so harus la menu dia breakfast kan.

ni cam tempat husband menunggu wife pegi toilet. curlasttt makk, siap ada massage chair. mmg sah2 takleh buat mende ceni kat mall malaysia.


breakfast at Paul. sedap! recommended!

opposite Paul adalah McDonalds. tapi eksyen kan takmo pegi MCD. hahahaha

Elok je la vallee bukak, kitorang pegi redeem vip vouchers yg dpt time naik tourist bus time 1st day haritu. Syok ooo. Dapat 6 vouchers, entitled us for further 10%. Ngehngehngehhhh. Bila masuk je dlm la vallee village tu mmg rambang mata. Harga mmg bole dikatakan lebih murah dr biasa. Mr hubs masuk je Ralph Lauren terus lupa ada bini ikut skali. Dia punye syok shopping mmg tak ingat dunia. Tp honestly speaking, mende2 kat la vallee ni cam out season. Dia takde latest collection. So maybe tu la reason dia murah sket kot. Untuk senarai butik yg ada dekat la vallee, bole visit http://www.lavalleevillage.com/en/home/home


entrance untuk masuk ke La Vallee Village from the mall. mmg sah2 la kitorang antara early birds yang sampai. tolong bukak kedai. :P

yeay hati girang setelah redeem VIP vouchers dekaat customer service. further discounts!

So sempat la jugak grab few branded clothes untuk baby. Ganas daddy dia ni. Mmg excited mengalahkan mommy baby. Semua mende nak beli satu set. Dari ke topi sampai ke bib. Baju seluar tayah cakap la. Baby pun nak beli baju tommy la Ralph Lauren la Timberland la, mommy dia pun tak beli. Huwaaaa.


tengok tu suamiku shopping sampai dah tak tengok bini. agaknye lupe kejap dtg ngan bini, ish ishhh ishhhhhhh. time ni dekat Ralph Lauren. mmg la kan. try ajak pegi masuk kedai pompuan, baru tau!!

Since mende kat sini cm mmg la murah kalau nak compare dgn kat luar, so kitorang decided utk beli sorang satu utk anak2 beranak di kampung. Kalau dah nama anak beranak, toksah pelik la kalau beli beg longchamp sampai 9 bijik kan. Of course la beli satu untuk baby. *cough..

Boleh dikatakan duet habes kat sini je. Tp takpelah, kali ni je k berbelanjan mcm ni. Lepas ni, beli baju anakku je utk baby. Takpun, mintak ehsan daripada sepupu2 yg baru bersalin yg agak2 anak derang dah tak muat baju newborn tuh, bole la hulur2 ke kami. Hahahaha.

Dah penat shopping, (padahal dah abes duet), maka kitorang pun gigih la bawak shopping beg tu semua naik tren untuk balik ke pekas paris. Perghhh rupanya banyak jugak. Tengok nii.. ni kalau upah pun tak nak shopping kat KL naik tren kene tuka2 ceni. Bole gile kejap. Mmg sampai hotel je terus flat.

sanggup ko usung paperbags ni semua tuka-tuka tren? kat Paris mak sanggupppp. kat KL, kasik upah pun jangan harap!!

Sampai hotel mmg flat. Tp takleh flat lama2 sbb nak keluar pulak. Kalini nak pegi De Lourve pulak. Ala muzium yg ade mona Lisa tu. Kali ni mmg sakit kaki sakit pinggang sakit bontot semua takyah cite la kan. So tuka pakai selipar kickers yg baru beli tadi. Dah tak pakai boot. Tp mmg jadi perhatian semua org la kan. Dah la selipar, stoking puteh pulak tu. Hahahaa. Ni la kalau dah sakit kaki kan.

Pegi De Lourve semata2 utk tengok Mona Lisa. Kalau nak tau muzium ni mmg the largest muzium. Mmg besar gile. Kalau tawaf dua hari pun blom tentu habes. Even nak pegi ke tpt mona lisa pun gile jauh nak mampos. Entrance fee adalah Euro10 seorang. Kalau nk g kat mona lisa ni, amek entrance Denon. Jgn amek entrance yg lain2 tu. Mmg takkan jumpa la mona lisa nya. Pastu nnti ada la direction nak pegi ke tpt mona lisa tu. Sebelom sampai, kene melalui patung2 bogel lelaki dan perempuan. Haihhh. Malu aiii. Manusia mmg ramai gile. Cam tak percaya ada org suka art sampai centu. Ke diorang ni berlakon je ni? Cam kitorang kan. Ahakss!!

ok kawan-kawan kalau dtg De Lourve semata-mata nak tengok Mona Lisa, sila masuk ikut entrance Denon. jangan salah entrance ye. bangunan ni besar. kang tak pasal2 jumpa Mona Lisa lain. tak berbaloii. :P

Ramai gile manusia. Mona Lisa tu dah la kecik, pastu letak lagi dalam cermin. pastu selapis lagi cermin. mmg terbaik lah kan. haihhhhhhh. ntah ape yg spesel sgt pun tak paham ni.

Di luar De Lourve. tu pyramid yg cm dlm Da Vinci code tu. actually pyramid tu cam entrance dari atas untuk masuk dlm museum.

kesian kami. datang berdua macam ni lah. terpaksa tangkap gambar sendiri-sendiri. pastu mula lah tak kene, nampak double chin lah, nampak gemok lah, nampak lebar lah. alah sume salah camera lah senang cite. :P

Pastu, kitorang terus pegi Seine River nak kejor boat. Boat tu nnti dia bawak tour sambil cerita2 la. Kalau amek yg dinner package punya, mmg romantic abes la, dinner atas boat sambil sunset. Hehehe. Tp kitorang kan tak romantik. So tak perlu la kan. :P tp seriously seine river boat tour ni kiranya is a must kalau dtg paris tau. Sbb cam most of the tourist attraction places ada along the river. So kalau nk untung amek yg hop on hop off. Tayah susah payah tuka2 tren dah nak g tpt2 ni. Tp cm kitorang dh lambat kan, so amek yg express. Kirenye dia tak brenti2 la.


Then, kitorang pegi st Michael untuk dinner. Mr hubs punya choice mmg la kebab. But I ate something different that day. I ate crepe. Okla not bad. Just bila dia dah sejuk cheese dia jadi keras, so muak. Cheese cepat keras sbb kat sana kan sejuk. Kalau kat Malaysia lambat sket la.

posing depan kedai crepe. tu kalau dpt nutella sebesar tu tatau la setahun pun blom tentu abes makan agaknye kan.

mr hubs tetap dengan pilihan kebabnya. mmg tak makan mende lain dah.

Then lepas kekenyangan, kitorang pegi Eiffel tower. Nak beratur nak naik to the top. :D kitorang gerak time tu dah pukul 7 .30 cm tu. Then beratur lebih kurang stengah jam baru bole naik. Tiket utk naik sampai ke puncak ialah euro13.40 seorang. Kalau nak naik sampai level 2 je, lain pulak harga dia. Tak sure brapa. Tp kat atas tu pun ada restoren tau. Since kitorang dah kenyang so tak pegila restoren tu. Harus mahal gile la kan.

Masa beratur nak naik lif ke puncak Eiffel tower tu, ada sorang lady ni siap bagi tpt duduk dia. Time tu rasa mcm aah laaa I am pregnant. :P


ni tiket Eiffel Tower. tuh dia dah koyak half untuk naik lif naik ke 2nd floor. lagi sbelah dia koyak nnti nak naik ke 3rd floor. kire floor paling tinggi.


Naik atas sana mmg sejuk gile. Angin lagi. Rasa cm nak beku je. Siap pegi toilet at the top. Hahahahaa. Don’t play play. View dari top of Eiffel tower adalah sungguh menakjubkan. Nampak satu kota paris. Pack giler. Jauh la kalau nk compare ngan KL. Kalau KL pack cam paris, harus jalanraya dah jadi Jakarta. Traffic jem! Tp kat paris cm takde traffic jam sbb most of them guna public transport. Tgh2 tangkap gambo, sunset. Bayangkan sunset kol 830mlm. SubhAnaallah. Kalau kat tpt kita dah nak isyak dah tu. So tidak dpt menahan kesejukan punya pasal, kitorang turun. Elok cecah tanah je, lampu kelip2 di pasang. Mmg susah nk dpt timing betul utk lampu ni actually. So kitorang cm very lucky jgakla. Mmg cantik sgt.

Dah abes tgkp gambo sume, kitorang cepat2 kene balik sbb kene kejar tren. Last tren dlm kol 1030 centu kot. Sampai je hotel rasa mcm nak patah semua anggota badan. Tuhan saje yg tahu.





Tp seriouslah, korang pegila melawat Eiffel Tower tu. Cantik sgt.