ok2 sambung2 post Babymoon pulak k.
hari ke dua di kota paris. bangun pagi2, mandi2 buat breakfast terus siap2 mahu pegi DISNEYLAND PARIS!! gila excited hari kedua pun dah mau pegi Disneyland kan. hahahaa.
basically, Disneyland ni terletak jauh ke zone 6. naik tren tuka2 tren ada la dlm sejam baru sampai. tp view dr Paris nak sampai ke Disneyland ni mmg cantik la kan. since hari ni hari ahad, so cam tren tak sesak sangat.
Disneyland Paris ni ada 2 parks- Disneyland Park dengan Walt Disney Studio Park. mmg la besar gila kawasan dia. tiket pulak depends kpd anda. kalau nak sehari untuk 2 parks harga dia ialah Euro68 seorang. tapi kalau nak 2days 2 parks, harga dia ialah Euro108 seorang. so kitorang amek yg sehari saje. kalau ikutkan mmg la tak cukup masa, tapi kita simpan untuk dtg bersama baby nnti dia besar. :P
so inilah rupa tiket dia. sgt la comel. kalau pompuan dia akan kasik watak2 pompuan dlm disney lah. mcm haritu kitorang dpt satu Daisyduck satu lagi Pluto. entrance dia bukak kol 9am, tp kol 8 dah ramai gile beratur depan gate. untuk Disney Hotel guests, diorang dpt privilege utk masuk dulu. best kan. so next time kalau dah bawak anak, mmg kene duduk dekat Disney hotel. lebih berbaloi.
bukak je Disneyland Park map pun dah rasa cam nak pitam. besar giler. dia cm bahagi park tu ikut Adventureland, Frontierland, Discoveryland, Main Street and Fantasyland. semua area tu ada rides+games tersendiri. memandangkan saya pregnant, kire limited jugaklah untuk saya enjoy mende2 tu. kehkehkeh. walaupun pagi tu hujan, kanak2 situ mmg tak peduli ape dah. diorang redah je sume tu. mmg excited dia atas paranormal sket kalau bawak kanak-kanak. eh jgn ckp kanak-kanak, ni yg pregnant ni pun excited lebih jugak. :P
sila klik semua ganbar diatas untuk tumbesaran yg lebih mengagumkan. :)
ooppsss sorry terkeluar perut pulak gambo ni. :P
haa tengok tu kat blakang tu, semangat betul dlm hujan2 berponcho2 meredah hujan. mak buyung biasala, water resistant!
masuk2 je mmg tersergam indah Sleeping Beauty's castle! mmg besar gile. cantik like heaven!! mmg omputih ni all out betul buat park2 mcm ni kan. kalau kat malaysia, haihh tatau nak komen ape. baik tayah buat la senangkan. castle tu bole masuk. so dia buat la cm fairy2 kat dlm tu jugak. comel je.
pastu jalan2 kat dalam tu skejap,sempat la masuk main dlm rumah Peterpan, Pirates of Carribean, pastu 2-3 games lagi. then mr hubs decided to go to Walt Disney Studio Park sbb ada ada show pukul 11am. owh ya kawan2, sila rujuk anda punya show timetable untuk mengoptimumkan penggunaan masa, especially kalau korang one day punya visitor. takpe korang bole kuar masuk dua2 park tu sesuka hati punya.
so ini adalah first show dekat Walt Disney Studio. Moteurs Action ni kirenye stunt show yang kalau derang buat filem2 stunt derang tunjuk la cane. mmg real la. tunjuk depan2 centu. demonstrasi siap. pastu yg comelnye, siap ada watak2 dlm cite cartton Cars tu kan. mmg menjerit2 la budak2. ahhaahaa.
haa ni mak buyung depan stadium yg derang buat show tu. nakal betul2 org kat sana. siap buat tanduk untuk mak okeh.
mmg kesejukan takleh dibendung. kitorang singgah cafe. cafe ni actually decoration dia penuh High School Musical punya casts dekat dinding. food pun bukan kita punya selera la kan. so kitorang just beli air dgn lays saje. tgk tu akak depan mr hubs, amboi kauu siap pakai crown. ni cinderella ke beauty and the beast kak??
dekat dalam Walt Disney Studio ni cm byk mende indoor. dia ada 4 lots semua skali. Production Courtyard, Toon Studio, Backlot and Front Lot. latest films mcm finding Nemo, Lilo and Stitch, Monster Inc, Mulan, The Lion King, Toy story ke mmg kat sini la tpt dia. pastu ada jugak yg zaman kite kecik punye cartoon cam Three Little Pigs, pastu cartoon pokok yg menyanyi2 tu mmg sgt la mengimbau kenangan masa kecik okeh. so mmg la kitorang byk spend time kat sini sampai ke tengahari sbb hujan lagipun kan.
yang ni kitorang naik train dlm Walt Disney Studio Park. Train ni mcm bawak tour behind the production la kirenye. ada collection kereta2 yg diguna dlm filem. pastu ada kapal2 terbang lama yg dlm film Pearl Harbour tu. pastu siap lalu kawasan ada special effect lagi. siap terbakar la, earth quake la. mmg betul2 mcm set dlm film.
yang ni pulak animation gallery. yg ni mcm small cinema yg diorang explain mcm mana cartoon/muvie tu dihasilkan. start dari character sampai la cemana diorang gerakkan plot2 cerita.
aaa yang ni studio Monster Inc. sangat la comelest!!!
yang ni depan walt disney studio punya entrance. agak2 dah kebulur, makan kitorang pun pegi la McD nak lunch dekat Disney Village.
tu mr hubs saya. sama gemok ngan saya, sbb dia tak sampai hati nak kasik saya gemok sorang2. kahkahakahkahhhh...
after lunch, kitorang pegi balik Disneyland Park. ni actually entrance betul2 dia.
tu mr hubs saya. sama gemok ngan saya, sbb dia tak sampai hati nak kasik saya gemok sorang2. kahkahakahkahhhh...
after lunch, kitorang pegi balik Disneyland Park. ni actually entrance betul2 dia.
haa ni sebelom masuk Disneyland Park, sempat singgah starbucks beli air sbb cuaca maseh lagi sejukkkkkkkkk. tp best kan starbucks kat sana. siap print nama. :P
so masuk je kat Disneyland Park, sambung pegi semua land yang tak sempat pegi tadi. sempat la jugak main byk mende. hehehe. ni mmg kene main sungguh2 la kan. nnti bawak anak, kasik chance dekat anak pulak yang main :P
pastu dah agak penat, tiba2 cam nampak org ramai sgt beratur tepi2 jalan tau. rupa2 nya ada parade. wahhhhh harus la super duper excited kan. so semua character from Disney semua keluar. aaaa bestnyaaaaaaaaaaa!!!!!!
memang la terlupe ada suami kat belakang kejap. ahhahaa. sbb cam ni dream come true tau. dr kecik asek tengok kat tv je kan. haa kalini betul2 depan mata. mmg ku teruja sungguh. kanak-kanak lain toksah cakap la. nampak buzz lightyear tu mcm nampak justin bieber. jerit2 mcm nak histeria. so ni adela gambo sket2 buat jamu mata. nak letak semua kang tak muat pulak. :P
dah abes parade, mmg ngam2 dah ptg. so kitorang pun memulakan operasi membeli belah baju baby. yesszzzaaaaaaa!!!!!
harus lah daddy dia yang plg excited. semua mende dia nak beli. dari ke topi sampai ke kasut cukup satu set satu jenis. adoiii. oh yes, actually, ni adalah first baju baby yang kitorang beli. tak penah lagi beli apa2 untuk baby. so now baby, this is your first baju!!
harus lah daddy dia yang plg excited. semua mende dia nak beli. dari ke topi sampai ke kasut cukup satu set satu jenis. adoiii. oh yes, actually, ni adalah first baju baby yang kitorang beli. tak penah lagi beli apa2 untuk baby. so now baby, this is your first baju!!
tengok tug muka excited daddy beli baju baby!! baju mummy takde pulak dia nak belikan. haihhhhhhhhhh.. dah sakan2 shopping tuh, maka masa untuk pulang. yelah sbb dah ptg sgt. pastu cam nak singgah La Defense kejap.
ok La Defense ni actually cam pekan modern di Paris. dia cm Putrajaya la kalau kat Malaysia. tapi serious, canggih betul tempat ni. building sume pun pelik2. kat sini takde building ukir2 patung2 mcm kat kota Paris. sbb ni cm modern city of Paris.
train berhenti betul2 bawah shopping mall. tapi memandangkan hari ni ialah hari ahad, so shoppingmall tu kedai sume tutup. so cam kejap je la kitorang singgah La Defense ni.
owh ni gambo tgh beratur nak masuk pharmacy. nak masuk pharmacy pun kene beratur sampai ke luar. kat sana kalau nak beli ubat takbleh suka2. sume kene prescribed from doctor. kalau stakat nak beli yoko-yoko tu tayah la beratur ye. kenapa pegi pharmacy? OMG time ni rasa mcm pinggang nak tercabut. :( ni la kalau pregnant ada hati nak jalan2 mcm tak pregnant. mmg sakit sangat. kaki, lutut, betis, paha kalau boleh tanggal kejap agaknye mmg tanggalkan kejap time tu. :(
ini la dia La Defense. tu blakangtu semua tu office la tu. actually time nih dah pukul 8 mlm tau. tp cerah lagi. naya betul kalau puasa nih. :P
since malam masih muda, kitorang pegi la Moulin Rouge. apa itu moulin rouge? owh yang itu takkan tatau. filem yang nicole kidman belakon tuuuuuu. :P
okeh. sekian laporan hari kedua di Paris. bole tahan lenguh jugakkan.
owh lagi satu, bukti saya dah besar dan boyot: baju putih yg saya pakai tu ada 4 butang semua skali. 3 butang telah tertanggal pada hari tersebut. tinggal butang yg plaing atas je. :(